Takemikazuchi dan Ebisu mengekori Aphys dan Astia,dua sahabat itu berjalan sambil berpegangan tangan. Irene pula rancak berbual dengan dewa kilat,Ebisu hanya membuat hal sendiri. Frirja memandang Takemikazuchi sahaja,Hilna pula kehairanan dengan gelagat rakannya itu."Betul ke? Kamu berkawan dengan tuan Sanzo?" soal Irene menunjukkan minat.
"Yep! Kami kawan dia.. Sanzo banyak membantu kita betul tak Ebisu?" Takemikazuchi berkata dengan ceria.
"Antara dia dan kamu berdua.. Mana yang lebih kuat?" soal Irene dan dua dewa itu berpandangan.
"Kalau pasal tu..." kata Ebisu dan Takemikazuchi mencelah.
"Kami tidak pernah berlawan antara satu sama lain.." ujar Takemikazuchi pula.
"Tapi Sanzo mampu melawan ribuan demon.." Ebisu pula mencelah,mereka semua kecuali Takemikazuchi terkejut dengan kenyataan Ebisu.
"Betul ke ni?" soal Irene tergamam.
"Ya.." ujar Ebisu pendek.
"Masa tu kira-kira 400 tahuny yang lalu.. Kami dewa berhadapan masalah dengan peperangan menentang demon.. Kami tidak cukup manpower untuk melawan balik... Orang-orang kami cedera teruk.. Malah ada beribu datang menyerang.. Masa tu fikir kami hilang harapan.. Tetapi..." ujar Ebisu menghentikan kata-katanya.
"TETAPI?" soal mereka serentak dan Takemikazuchi tersengih.
"Sanzo datang entah dari mana dan terus menyembelih demon yang berjumlah hampir beratus ribu..." jelas Takemikazuchi pula.
"Masa tu Sanzo bagaikan raksasa menyembelih seekor demi seekor syaitan yang mara.. Hinggakan ratusan syaitan lari ketakutan.." kata Ebisu pula.
"Waaa..kalau begitu Sanzo lebih menakutkan dari syaitan?" soal Irene dan Hilna hanya mendiamkan diri,mengingati pertama kali mereka bertempur membuatkan Hilna mengetap gigi.
"Hilna...?" Frirja mula risau dan Hilna menggelengkan kepala mengatakan dia tidak apa-apa.
"Tidak sangka abang Sanzo kami hebat!" ujar Aphys.
"Ya.. Rasanya lebih hebat dan kuat dari abang saya.." Astia pula menyokong dan dia ketawa girang.
"Tez pasti sedih bila dengar tu.." ujar Aphys tersenyum kelat.
Aphys dan Astia terdiam mendengar apa yang diceritakan oleh dua dewa itu,mereka berpandangan kemudian tersengih kerana mengetahui kehebatan Sanzo.
"Aphys.. Astia.." ujar Takemikazuchi dan dua sahabat itu menoleh ke arahnya.
"Pastikan kamu jangan beritahu benda ini pada Sanzo.." ujar Takemikazuchi meletakkan jari telunjuk pada bibirnya.
"Ya.. Ia rahsia.." ujar mereka berdua serentak sambil meletakkan jari telunjuk pada bibir masing-masing.
Takemikazuchi tersentak kerana menyedari sesuatu,Ebisu juga sama memandang sekeliling kawasan. Makhluk aneh dalam berkumpulan,mengintai dari sebalik semak dan tempat tersembunyi.
"Takemikazuchi... Ini.." ujar Ebisu dan Takemikazuchi tersengih.
"Ya.. Aku tahu.. Ayakashi.." kata Takemikazuchi.
"Ayakashi? Apa tu?" soal Irene.
"Ia sama je dengan syaitan yang kamu para dewa lawan.." jelas Ebisu sudah mengeluarkan dua bilah pedang.
"Kami juga akan bantu.." ujar Hilna.
"Tak payah.. Kami boleh uruskannya.." Takemikazuchi berkata sambil tersengih.
"Kamu bertiga lindungi dua orang gadis ni.." kata Ebisu.
"Tapi saya pun nak berlawan!" Astia berkata sambil mengembungkan pipi tidak puas hati.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...