Chapter 85 : Preparing For The Worst

928 115 3
                                    


Asheia dalam keadaan yang berbaring di dalam futon,diusap kepalanya oleh Osiris. Dia menghela nafas lega kerana orang yang dia sayang tidak apa-apa,Asheia membuka matanya perlahan-lahan dan terkejut kerana Osiris ada bersamanya.

"Osiris..." ujar Asheia tergamam dan Osiris tersenyum membelai rambutnya.

"Syukurlah kamu tidak apa-apa.." kata Osiris dan Asheia matanya,mula berkaca dan mengalirkan air mata.

Kenji dan Irish hanya sekadar memerhatikan sahaja,Sanzo dan Pheara berpandangan. Tez dan Elene turut sama berada di situ,Lucas dan Sophie pula duduk di ruang tamu tidak mahu mengganggu

"Kayangan sekarang dalam keadaan yang bahaya.. Apa yang awak akan lakukan?" soal Sophie.

"Saya bukan watak jahat.. Jadi saya tak tahu.." kata Lucas selamba.

"Apa yang awak merepek ni?"

"Tiada apa-apa.."

Tidak lama lepas itu,Kenji dan Irish muncul ditemani Sanzo dan Pheara. Tidak lupa Tez dan Elene,Lucas hanya sekadar memerhatikan mereka duduk berhampiran dengan dia.

"Jadi bagaimana mereka?" soal Lucas.

"Osiris ada menemani Asheia.. Kita tidak perlu risaukan mereka sangat.." jelas Irish.

Lucas hanya mengangguk faham,Sanzo pula mengalihkan kepalanya ke arah Kythes. Orang yang menggelarkan dirinya daripada puak naga seperti keluarga ayahnya,Kythes hanya mendiamkan diri duduk di penjuru berseorangan.

"Jadi ayah..." Sanzo mula berbicara dan Kenji serta yang lain menoleh ke arahnya.

"Ayah tidak mahu terangkan mengenai dia?" soal Sanzo dan mengalihkan pandangan ke arah Kythes.

"Sama sahaja.. Bapa borek anak rintik.. Sentiasa prajudis.." ujar Kythes tersenyum,tiada balasan daripada Sanzo dan hanya memandang Kythes dengan curiga.

"Nama dia Kythes.. Dia adalah salah seorang dari puak naga sama seperti datuk kau,Sanzo.." jelas Kenji menenangkan keadaan.

"Pure or demi?" soal Sanzo.

"Pure.." ujar Kenji dan Sanzo kekal dengan mukanya yang dingin.

"Ianya okay Sanzo.. Dia bukan seseorang yang mencurigakan.."jelas Kenji lagi dan Pheara menyentuh bahunya.

"Saya rasa awak patut percayakan dia.. Lagipun dia dah selamatkan God Emperor.." ujar Pheara dengan senyuman yang manis,Sanzo hanya menghela nafas pendek.

"Baiklah.. Aku akan tukar soalan.." kata Sanzo dan semua menunggu soalannya.

"Army of Dead.. Apakah ia? Kenapa ayah dan yang lain seperti takut bila mendengar nama ini..?" soalan Sanzo membuatkan Kenji berubah air mukanya.

"Beribu tahun yang lalu.. Kayangan mempunyai tentera yang handal.." Osiris dengan tiba-tiba mencelah.

Semua menoleh ke arahnya yang melangkah masuk ke dalam ruang tamu,Osiris duduk bersebelahan Kenji dan mengambil nafas.

"Bagaimana Asheia?" soal Kenji.

"Dia okay.. Dia cuma sambung tidur je.." kata Osiris.

"Jadi tuan.. Berkenaan Army of Dead.." Pheara mencelah dan Osiris mengangguk faham.

Puluhan ribu tahun yang lalu,Kayangan mempunyai tentera yang amat hebat dan skill yang tinggi. Mereka mampu menewasakan tentera demon king,tanpa ada masalah sedikit pun.

Namun mereka terlalu taksub dengan peperangan,sehingga mereka menyerang pihak demon yang tidak menyerang manusia ataupun makhluk lain.

Kuasa mereka begitu hebat dan jika tidak dibendung,pasti masalah yang berat akan timbul. Jadi pemerintah Kayangan terpaksa hentikan mereka dengan cara paksaan.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now