Seseorang mendarat di atas menara tangki air,dia memerhatikan keadaan kota manusia. Elene mengerdipkan mata sebelum memerhatikan pakaian manusia yang sedang sibuk dengan aktiviti masing-masing,tubuhnya bersinar dan bajunya berubah kepada pakaian casual."Wait for me,Pheara..."
Sanzo berada di dapur membuat nasi kepal(onigiri) dibantu Pheara,Tez pula hanya memerhatikan mereka berdua. Dia menongkat dagu sambil menguap,Tez menggaru belakang lehernya. Teh dihirup kemudian terkejut,sebelum mengangguk tanda katakan teh itu sedap.
"Baiklah terima kasih kerana sudi menunggu..." tegur Pheara sambil menghidangkan sarapan pagi.
Onigiri bersama Miso Soup,Tez mengalir air liur kerana bau yang menyelerakan. Tez terdiam dan terasa bersalah,Pheara kehairanan dan Sanzo hanya menuangkan air teh mengisi semula ke cawan Tez.
"Kau ni kenapa?" soal Sanzo melihat perubahan air muka Tez.
"Pheara-san.. Aku nak beritahu kau satu perkara..." ujar Tez memandang ke arah Pheara.
"Perkara apa?" soal Pheara.
"Sebenarnya aku adalah demon.." jelas Tez dan Sanzo terkejut,kerana Tez bongkarkan rahsianya.
"Saya tahu.." balas Pheara dan dua orang lelaki itu memandang ke arahnya.
"Bagaimana?" soal Tez terkejut.
"Mata saya mampu mengesan orang itu manusia atau dewa dan syaitan.." jelas Pheara tersenyum.
"Kenapa kau diamkan sahaja?" soal Sanzo menjeling ke arah Pheara.
"Saya tak rasa Tez adalah ancaman.. Cuma.." kata Pheara terhenti tidak habiskan ayatnya.
"Tapi apa?" soal Sanzo.
"Kuasa dia bukan calang-calang dari demon biasa saya berdepan.." jelas Pheara lagi.
"Jika itu awak musykil.. Aku adalah Candidates of Demon King.." ujar Tez.
"Jika candidates... Kenapa awak berada di sini? Dunia manusia?” soal Pheara.
“Sebab aku tidak berminat nak hidup sebagai demon..." jelas Tez dan Sanzo serta Pheara terkejut.
"Kenapa kau kata macam tu?" soal Sanzo.
"Boleh aku makan sekarang? Sejuk nanti makanannya..." kata Tez mengalihkan topik.
Sanzo ingin bertanya namun Pheara menghalang,dewi itu menggelengkan kepala dan Sanzo menghela nafas. Mereka bersarapan seketika dan soalan itu dibiarkan tidak terjawab,tidak lama selepas mereka bersarapan. Sanzo menggilap bilah pedangnya,dia diperhatikan oleh Tez yang tidak henti-henti merenung pedangnya.
"Kau berminat?" soal Sanzo.
"Yeah... Aku dapat rasa kuasa menakutkan datang dari pedang tu.." jelas Tez.
"Pedang ni digelar Chi o Taberu Hito......" jawab Sanzo tersenyum dan bayangan seorang wanita bermain di mindanya.
"Pemakan darah? Ini pedangnya?" kata Tez.
"Pedang ni dah bunuh jutaan nyawa... Sehinggakan bilahnya berwarna merah.." ujar Sanzo.
"Aku pernah dengar mengenai namanya,tak sangka pemiliknya adalah kau?" soal Tez.
"Nah... Pedang ni bukan milik aku.." jelas Sanzo.
"Hah? Maksud kau?" sebelum Tez dapat meneruskan soalan,Pheara sudah mencelah.
"Sanzo... Boleh kita pergi shopping?" soal Pheara menegur dari jauh.
"Sure... Kau nak ikut?" soal Sanzo menoleh ke arah Tez.
"Boleh gak..." jawab si demon.
Shopping District
Tez bersiul melihat kesibukan di kawasan pasaraya,Sanzo dan Pheara hanya memerhatikan gelagat demon tersebut. Pheara sekadar tersenyum dan Sanzo pula hanya menggelengkan kepala,mereka melangkah masuk ke kawasan pasaraya.
"Apa yang aku nak masak malam ni ye?" soal Sanzo sendirian.
"Hamburger!" ujar Tez.
"Tak sihat..." jelas Sanzo dengan muka tanpa berperasaan.
"Aku demon,takkan mati dengan mudah..." jelas Tez tersengih.
"Macam tu ya.. Kalau begitu.." ujar Sanzo.
"Huh?" Tez kehairanan.
"Boleh aku cuba..." kata Sanzo cuba mencabut pedang katana sambil mata bersinar.
"KEN O SUKUE!! (Simpan pedang tu!!)"
Pheara hanya ketawa kecil melihat gelagat mereka berdua,siap sahaja mereka membeli-belah terus pulang. Tez bertekak dengan Sanzo,manakala Sanzo hanya menunjukkan muka tanpa emosi.
"Aku nak tanya kau.." ujar Tez.
"Apa dia?" soal Sanzo acuh tak acuh.
"Kau immortal?" soal Tez dan Pheara terkejut.
"Tez awak tahu?" soal Pheara terkejut.
"Ya.. Aku mampu nampak usia seseorang.. Tidak kira demon,manusia atau dewa.." jelas Tez.
"Waa... Menarik.." ujar Pheara.
"Macam Sanzo dia dah berusia 850 tahun... Pheara pula 450 tahun..." Tez memberi penjelasan dengan tersengih.
Sekelip mata sebilah pedang menembusi tubuh Tez,Pheara terkejut dan Sanzo terkedu lalu mendongak ke atas. Seseorang berdiri di atas bumbung rumah,Pheara yang terkejut diperhatikan oleh orang itu.
"Akhirnya jumpa juga..." ujar orang itu berkata seiring mendarat di hadapan mereka,Pheara memandang ke arahnya dan terkejut.
"Elene?" soal Pheara tergamam.
"Hai Pheara..." Elene berdiri tersenyum ke arahnya.
Sanzo hanya dengan muka tanpa emosi,dia memerhatikan gadis bernama Elene dan kesan kuasa yang luar biasa datang daripada Valkryie tersebut.
"Kau! Pulangkan semula Pheara pada aku!!" Elene memberi amaran pada Sanzo.
"Elene,nanti ini salah faham..." jelas Pheara.
"Bagaimana kalau aku tak nak?" balas Sanzo dengan muka tersengih.
"Jangan rumitkan keadaan!!" Pheara berkata.
"Sakit..." satu suara berkata dan mereka bertiga terdiam.
"Its HURT DAMN IT!!!!" Tez bangkit dengan pedang dicabut dari tubuhnya.
"APA? Tak mungkin! Ia tepat ke jantung!!" Elene terkejut.
"Sebab dia demon..." ujar Sanzo dengan muka tiada emosi.
"Candidates of Demon King.." tambah Sanzo.
"Kau nak mampus ya dewa tak guna!!" Tez hilang sabar.
"Nanti!!" Pheara cuba menghalang.
"Menarik..." Sanzo tersengih.
=============================
Hello guys we meet again in Goddes & The Immortal
Bagaimana chapter kali ini?
Tak nak buat panjang sbb ia kisah permulaan dan santai
Kita jumpa lagi di update seterusnya
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...