BOOMM!!!!Z keluar dari kepulan asap tebal,kemas meluncur dengan tersenyum selamba. Dua orang angel mengejar,Noirax dan Draven dengan pantas.
"Uuu... So fast.. Impressive!" ujar Z dan Draven bergerak ke belakang,hayunan pedang dilakukan pantas.
"Whoopss!! Careful.. That's look like really..really sharp as hell." ujar Z mengelak tetakan pedang.
Noirax pula memusingkan lembingnya,lalu puluhan lembing terapung di udara. Z bersiul dan Noirax melancarkan serangan,Z pula segera melompat dan mengambil salah satu lembing lalu gunakan menangkis puluhan lembing lain yang terbang dan menyerangnya.
TANG!!
KRAANG!!
ZTANGG!!
Z berjaya mematahkan semua serangan itu,dengan mudah dan dia tersenyum lalu merejam lembing tersebut semula ke arah Noirax.
Gadis tidak beremosi itu hanya mengelak,namun sedikit calar pada pipinya. Drevan menujah tusukan pedang,Z pula segera menghasilkan pedang dibentuk cahaya lalu menahan serangan Drevan.
"Ouhoo.. Careful sweetheart.." ujar Z dan menolak Drevan ke belakang.
Igdes tertanya-tanya siapakah individu tersebut,kenapa Noirax dan Drevan sukar untuk apa-apakan dia?
Dia ternampak satu keping medal emas,diikat pada pinggang Z dan Igdes mengamati benda tersebut. Igdes tersentak dan memetik jari,Noirax dan Drevan terhenti pergerakan lalu kembali pada Igdes.
"Apa? Kau nak lawan ke?" soal Z.
"Kau... Bagaimana.. Medal itu ada pada kau?" soal Igdes tangan terketar-ketar menuding pada medal.
"Ini ke? Aku punya,sudah semestinya ada dengan aku.." penjelasan Z buatkan Igdes mengetap gigi.
Igdes mengangkat kedua-dua tangannya,diangkat perlahan-lahan ke atas langit. Kilat dan guruh muncul silih berganti,awan berkumpul dan menjadi mendung bertukar hitam seperti kepulan asap.
"Why God of Creator come to this universe?!" soal Igdes ingin bersiap-sedia untuk menyerang Z.
"You can say I search for something..." ujar Z dan Igdes melancarkan serangan.
Z hanya dengan muka tanpa emosi,menggerakkan pedang cahaya menulis perkataan. Huruf-huruf terapung di udara,bertulis 'shield' lalu serangan Igdes dihalang dengan mudah.
"Damn it!!" Igdes menjerit marah dan menyerang tanpa henti,namun semua hanyalah sia-sia.
Z menulis satu ayat yang tidak panjang dan tidak pendek,ia bertulis seperti berikut.
'Go back to where you from'
"That's enough.. Go back.." ujar Z menghalakan tangannya ke arah Igdes dan dua angel tersebut,sekelip mata mereka terus hilang daripada pandangan mata.
Igdes terkejut apabila dia dihantar dengan mudah,oleh Z dan kini dia berada di Kayangan semula. Noirax dan Drevan berpandangan,mereka hanya mampu mendiamkan diri sahaja.
"No... Damnnnnn you!!!" jerit Igdes dengan amarah yang tinggi.
Z hanya mendiamkan diri,dia melenyapkan pedang cahaya yang ada dalam genggaman tangannya. Z mendongak ke atas,memandang orang yang ada di dalam kiub kristal itu. Sarah muncul dari portal dimensi,menghampiri Z yang memerhatikan Sopheriel.
"Apa yang awak nak buat?" soal Sarah.
"Tiada apa.." balas Z.
"Gadis ini...serupa dengan Pheara,Goddes of Valkryie.." satu suara menegur dan Z menoleh,Ikhwan berjalan ke arah mereka.
"Bukankah raja naga sepatutnya di dunia di mana Yamasato Sanzo berada?" soal Sarah.
"Itu 'doppelganger' dia.." jelas Z.
"Dopple-what? Ouh.. Shadow clone..." ujar Sarah baru faham.
"Yep.. Diri sebenar aku ada di dunia tu.." kata Ikhwan dengan muka selamba.
"Apa yang kau buat di sini?" soal Z.
"Aku nak tanya kau,kenapa kau tak tamatkan je riwayat dewa tadi?" soal Ikhwan dan Z hanya tersenyum simpul.
"Ia tak seronok la kan? Masih terlalu awak.. Lagipun budak Yamasato tu ada dendam perlu dilunaskan..." jelas Z bersahaja.
"Kau suka main-main ye?" kata Ikhwan.
"Cermin diri kau..kenapa kau tak habiskan Cpu-Biology code name Darren?" soal Z.
"Jadi siapa dia?" soal Ikhwan memandang ke arah individu di dalam kiub kristal,di mana individu bernama Sophierel.
"Alih topik pula?" Sarah berkata sambil menggelengkan kepala.
"Yuki Sarah.. Maaflah tak sedar kewujudan kau di situ.. Ada kata apa-apa ke?" ujar Ikhwan tersenyum sinis.
"Klon atau tak,kau memang menjengkelkan selalu.." kata Sarah menahan bengang,Z pula hanya memandang ke arah Sophierel.
"Kemungkinan Sophierel ini ada kena-mengena dengan Pheara sendiri.." kata Z dan Ikhwan serta Sarah menoleh ke arahnya.
"Kembar?" soal Sarah.
"Mustahil.. Bagaimana jika mempunyai wajah serupa tetapi tiada pertalian darah?" duga Ikhwan.
Z hanya mendiamkan diri dan menoleh ke satu arah,haiwan aneh di tempat itu hanya memerhatikan mereka sahaja. Takut dengan daya kuasa milik Ikhwan dan Z,Sarah menghela nafas pendek.
"This doesn't going anywhere.."
Pada masa yang sama,Ikhwan yang original sedang menghala tapak tangan ke arah Irish. Sanzo,Pheara,Aphys,Astia dan Sophie hanya menunggu. Tez dan Elene juga begitu,Lucas pula sudah beredar. Hazen menyilangkan tangannya pada bahagian dada,agak kagum dengan apa yang dilakukan oleh Ikhwan.
Setelah dalam beberapa minit Ikhwan menarik semula tangannya,tanda telah selesai melakukan kerjanya. Sanzo menghampiri gurunya untuk mengetahui apa yang berlaku,Ikhwan menghela nafas pendek.
"Bagaimana guru?" soal Sanzo risau.
"Tiada masalah.. Sihir itu boleh dihapuskan..." ujar Ikhwan dengan muka selamba.
"Betulkah guru? Terima kasih.." kata Sanzo dan Pheara tumpang gembira.
"Boleh tahan raja naga,kau memang handal..." Hazen berkata sambil menepuk bahu Ikhwan berulang-kali.
"Tapi ada sesuatu yang kau kena lakukan.." kata Ikhwan dan Sanzo kehairanan.
"Apa yang perlu aku lakukan?" soal Sanzo.
"Kau sanggup lakukan?" soal Ikhwan merenung Sanzo.
"Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk sembuhkan ibu aku.." ujar Sanzo yakin dan Ikhwan memerhatikan mukanya agak lama,kemudian dia menghela nafas pendek.
Irish hanya menundukkan kepalanya,dia tidak berbuat apa-apa. Sekadar mendengar apa yang Sanzo katakan dan Ikhwan bangun,berdiri memandang tepat ke anak mata Sanzo.
"Kau perlu bunuh ibu kau.."
Sanzo dan yang lain terkedu mendengar penjelasan Ikhwan,Hazen mencekak baju kolar Ikhwan dengan pandangan tidak berpuas hati. Irish hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa.
"Hey! Apa maksud kau ha?!" soal Hazen geram,Ikhwan hanya berlagak selamba.
========================
Kenapa Ikhwan beri cadangan seperti itu?
Apa maksud sebenar dia
Please COMMENT & VOTE for more updates
Thanks
Ciao
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...