Sanzo membuka matanya perlahan-lahan,siling adalah benda pertama dia nampak. Tidak lama kepala Pheara menjengah,Sanzo sedar kepalanya berbantalkan riba Pheara."Sanzo awak tidak apa-apa?" soal Pheara risau dan Sanzo menekup muka.
"Apa yang berlaku?" soal Sanzo.
"Saya jumpa awak pengsan di belakang.." jelas Pheara dengan pandangan sayu.
Sanzo segera bangkit dan memegang kepalanya,apa yang membuatkan dia pengsan?
Dia tidak dapat mengingati dengan jelas,apa yang berlaku sebenarnya?
Persoalan demi persoalan bermain di dalam mindanya.
Sanzo memandang Pheara yang tersenyum padanya,gadis dewi itu hanya membalas tenungan mata Sanzo.
"Terima kasih sebab bantu aku.." kata Sanzo dan Pheara menggelengkan kepalanya.
"Saya cuma balas semula apa yang awak lakukan pada saya..." jelas Pheara dan Sanzo kehairanan.
"Pheara?" Sanzo merenung dalam-dalam tepat ke arah anak matanya.
"Sekarang saya hanya mampu lakukan perkara seperti ini,awak bersusah-payah melindungi saya.." ujar Pheara dan Sanzo hanya mendiamkan diri.
"Sekurang-kurangnya,biar saya lakukan apa yang saya boleh lakukan.." jelas Pheara dan bayangan seseorang bermain sebaik sahaja Pheara,tersenyum ikhlas dan Sanzo hanya sekadar mengusap belakang kepala.
Sanzo kemudian bangun dan meregangkan ototnya,jari-jemarinya pula dibunyikan meregangkan tulang jarinya. Nafas helaan dilepaskan dan menoleh ke arah Pheara yang masih duduk,Pheara kehairanan dengan tenungan Sanzo.
"Aku pergi mandi dulu..." ujar Sanzo.
"Okay!" Pheara berkata sambil tersenyum girang dan Sanzo tersentak.
Lelaki itu segera beredar dan meninggalkan Pheara,dia mencapai tuala dan membersihkan dirinya. Air yang baru dipanaskan,dia masuk ke dalam kolah mandian.
Sanzo menyandar pada dinding kolah,dia mendongak ke atas dan terfikir kenapa dia boleh pitam?
"Aku boleh pula tidur atas riba dia.." ujar Sanzo kehairanan.
Tidak lama lepas itu kedengaran bunyi aneh,Sanzo segera bangkit dan mengenakan tuala menutupi bahagian penting tubuhnya. Dia mencapai bajunya dan disarung,kini Sanzo lengkap berpakaian.
Dia berjalan ke belakang dojo,pedang kemas di genggaman. Sanzo menumpukan perhatian dan memejamkan matanya,saat dia mengesan sesuatu segera menarik pedang lalu menghayunkan pantas.
"Woo!! Jangan bunuh aku!" seseorang menangkap bilah pedangnya.
Lelaki berambut putih salji,tersengih mencengkam pedang Sanzo,malah dengan kepitan tapak tangannya yang amat kuat. Sanzo pula hanya merenung lelaki itu dengan tajam,lelaki misteri itu merasakan aura bunuh yang amat kuat.
"Beritahu aku... Siapa nama kau,apa tujuan kau menyelinap masuk ke dalam kawasan rumah aku?" soal Sanzo.
"Boleh kau bertenang... Nama aku Tez,cuma jalan-jalan,nampak dojo ni menarik perhatian aku.." jelas lelaki kenalkan diri sebagai Tez.
"Aku dapat hidu bau demon dari tubuh kau..." ujar Sanzo.
"Kau hidu aku? Uuhh gay ke apa?" soal Tez dan urat timbul,entah datang dari mana dua bilah pedang disilangkan pada kawasan leher Tez sehingga dia terduduk.
"Bertenang... Bertenang... Aku gurau je.. Uuh.. Tajam pedang ni ye? Hehe.." ujar Tez tersengih menelan air liur.
"Apa tujuan kau datang sini?" soal Sanzo dengan renungan membunuh.
"Macam aku kata,cuma jalan-jalan je.." jelas Tez.
"Menceroboh masuk kediaman orang?" soal Sanzo lagi merapatkan lagi bilah pada leher lelaki itu.
"Aku berani bersumpah!! Aku tidak ada niat jahat!!" ujar Tez.
"Baiklah... Apa nama sebenar kau?" soal Sanzo.
"Brollmuthaz... Candidates of Demon King.." jelas Brollmuthaz dan Sanzo merenung dia agak lama,kemudian menarik menyimpan semula pedangnya.
"Bangun.." ujar Sanzo memberi arahan.
Brollmuthaz atau Tez segera bangun,dia hanya membersihkan pakaiannya yang kotor akibat terjatuh ke tanah. Tez tersenyum dan menyedari sesuatu,Sanzo diperhatikan dengan teliti.
"Kau kekal abadi?" soal Tez teruja.
"Ya.. Bagaimana kau tahu?" soal Sanzo pula sambil menyilangkan kedua tangan ada bahagian dada.
"Mata aku ni,boleh nampak hayat manusia.. Contoh manusia biasa,jika hayat dia cuma 70 tahun.. Ada nombor tertera pada badannya.. Tapi kau,nombor tiada jadi ia tanda untuk orang yang kekal abadi.." jelas Tez tersengih.
"Apa yang candidate of demon king buat di dunia manusia?" soal Sanzo.
"Aku larikan diri sebenarnya.." jelas Tez dan Sanzo terkejut.
"Larikan diri?" soal Sanzo lagi.
"Ya.. Aku tak berminat nak kuasai Hell.." jelas Tez mengeluh.
"Jadi bagaimana kau boleh keluar dari Hell Gate?" Sanzo menggosok belakang kepalanya.
Hell Gate
Dua penjaga lengkap berzirah berdiri dengan muka bengis,tugasnya adalah menjaga Hell Gate supaya jangan benarkan sesuka hati demon keluar masuk ke bumi
Brollmuthaz ada calon untuk demon king seterusnya,tetapi dia tidak mahukan gelaran itu.
"Yo!" sapa Brollmuthaz tersengih.
"Lord Brollmuthaz,apa khabar..." kata salah satu pengawal itu.
"Sihat je terima kasih.." ujar Brollmuthaz tersenyum.
"Apa tujuan tuan ke mari..?" soal seorang lagi pengawal.
"Aku nak pusing-pusing,bosan sangat duk Hell.. Jadi boleh kan bukakan untuk aku?" soal Brollmuthaz tersenyum.
"Apa sahaja untuk bakal raja kami.. Silakan tuan.. Kami akan mengiringi kamu.." jelas pengawal itu tersenyum.
Tetapi Brollmuthaz terus memecut keluar dan hilang dari pandangan mata,dua orang pengawal itu terdiam kemudian menjerit cemas kerana Brollmuthaz melarikan diri.
"Jadi lebih kurang macam tu la.." jelas Brollmuthaz atau Tez tersengih,Sanzo hanya mampu terdiam.
"Kau demon yang licik.." Sanzo berkata tidak percaya.
"Terima kasih hehe..." Tez tersengih.
"Aku tak puji kau.. " ujar Sanzo dengan muka tiada perasaan.
========================
Hello guys
How are you doing?
Doin well or in dipshit?
Senyum je la,fikirkan benda yang gembira atau baca cerita aku
Mesti Hilang stress😁😁
So far bagaimana penceritaan?
Boleh difahami?
Beritahu di ruangan komen ya
Itu je la
Ciao!
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...