Sebuah rumah agam yang lama dibiarkan,kosong tidak berpenghuni dan gelap. Sudah tentu cliche untuk menyeramkan keadaan,kenalah waktu malam baru nampak keseramannya. Lagi-lagi dengan rumah besar,barulah logik katanya. Sekumpulan anak remaja memasuki rumah agam tersebut,dengan kamera yang canggih mereka merakamkan suasana dalam rumah tersebut.Mereka terdiri dari lima orang remaja,dua lelaki dan tiga lagi adalah perempuan. Mestilah perempuan kalau bukan apa? Pondan?
Author benci pondan.
Tiada kena-mengena hidup dan mati,abaikan omelan author.
Tiada perbualan di antara mereka,sebaik sahaja masuk mereka merasakan sesuatu yang tidak kena. Tiga orang gadis berjalan sambil berpegangan tangan,dua lagi lelaki hanya berjalan sambil merakam keadaan dalam rumah agam tersebut.
Salah seorang remaja kepalanya tertoleh ke satu arah,susuk seorang budak berusia sekitar 6 tahun melintasi koridor. Remaja lelaki itu tergamam dan peluh jantan mengalir,dia cuba memberitahu rakannya yang lain tetapi tidak diendahkan.
"Hey guys,kita balik la.. Aku rasa tidak sedap hati ni.." ujar remaja itu.
"Eh takut ke? Jangan jadi lelaki la.." kata rakannya yang lain.
Remaja lelaki itu tidak mampu berkata apa-apa,dia hanya mampu mengekori rakannya yang lain. Tiba-tiba bunyi pintu dihempas,membuatkan salah seorang gadis remaja menjerit ketakutan.
Suasana menjadi sunyi seketika,mereka mula berpandangan dan menelan air liur. Lampu suluh dihalakan ke arah pintu,jelas pintu itu tertutup dengan rapat.
"Bunyi apa tadi tu?" soal salah seorang gadis remaja.
"Aku dah beritahu tadi,lebih baik kita patah balik.." ujar remaja lelaki itu.
"Jangan jadi penakut la,kalau kau nak balik.. Kau balik la seorang diri!" rakan lelakinya masih tidak percaya.
Tidak lama kedengaran bunyi kaca pecah,seorang lagi rakan perempuan mereka ternampak kelibat wanita berjalan di hujung kaki lima mereka berada. Pucat lesi terus rakan perempuannya,rakan lelaki pula terus melangkah mara ke hadapan.
"Shin-kun! Jangan nak berlagak berani! Kita balik je!" kata rakan perempuan seorang lagi.
"Kazumi-chan.. Aku bukan penakut macam korang.." kata rakan lelaki dipanggil Shin.
"Ini bukan soal penakut.. Tempat tiada siapa yang tinggal,tiba-tiba dengar bunyi pintu dengan kaca pecah.. Siapa nak main di bangunan kosong?" kata remaja lelaki pula atau namanya Riku.
"Mengarut.. Aku tak percaya benda macam ni.." ujar Shin dan terus berjalan meninggalkan mereka.
Riku hanya mengeluh melihat kedegilan Shin,Kazumi sentuh bahunya dan Riku menoleh ke arahnya.
"Bagaimana ni Kazumi? Yuko dah takut ni..." ujar rakan perempuannya,memandang ke arah rakannya bernama Yuko.
"Kazumi.." Riku menegur dan Kazumi menoleh ke arahnya.
"Kau bawa Yuko dan Kaoru keluar.." ujar Riku.
"Bagaimana dengan kau?" soal Kazumi.
"Seseorang perlu heret si bodoh tu keluar.." jelas Riku.
"Hati-hati Riku..." ujar Kazumi.
"Kau pun.. Jangan pedulikan jika ternampak apa-apa.. Faham?" Riku memberi pesanan dan Kazumi mengangguk sambil tersenyum.
"Riku-san..." Kaoru bersuara dengan tiba-tiba.
Riku hanya tersenyum sahaja kemudian dia terus melangkah meninggalkan mereka,Riku mengejar Shin yang sudah hilang dari pandangan.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...