Tez menguap panjang ketika berjalan di awal pagi,sedang dia menggaru perut langkah dia terhenti. Kelihatan Sanzo sedang melakukan tekan tubi dengan hanya seluar track-suit dan tidak berbaju,manakala Aphys duduk di belakang badannya.Irish dan Pheara juga ada bersama,mereka berbual dan Tez hanya tersenyum sahaja lalu berlalu pergi.
"Jadi kita memang adik beradik?" soal Sanzo dan Aphys mengangguk sambil tersenyum.
"Semua ni sememangnya gila.." kata Sanzo selamba melakukan tekan tubi.
"Abang tak suka?" soal Aphys.
"Kenapa tak suka? Cuma terkejut.. Memikirkan Sophie tu adalah ibu saudara kita.. Rea,Tez yang sengal tu dan Astia adalah sepupu kita..." kata Sanzo panjang lebar.
"Abang.. Tak elok kata abang Thaz macam tu.." ujar Aphys tersenyum menggelengkan kepala.
Sanzo sekadar tersenyum sahaja,kemudian dia terus melakukan tekan tubi tanpa henti. Aphys terus berbual dan bergurau dengan abangnya,dia merasakan gembira kerana dia benar-benar mempunyai keluarga.
"Muka kau yang tersenyum lebih bagus.." ujar Sanzo dan Aphys terdiam.
"Benarkah?" soal Aphys.
"Aku tidak akan berbohong pada adik aku sendiri.." kata Sanzo tersenyum dan masih lakukan tekan tubi.
"Kalau macam saya akan sentiasa tersenyum.." ujar Aphys tersenyum girang dan Sanzo tersenyum sambil memejamkan matanya.
"Tapi jangan senyum sorang-sorang,nanti orang lain ingat adik abang gila.." usikan Sanzo buatkan Aphys tersentak kemudian mengembungkan pipinya.
"Comelnya muka dia.." ujar Sanzo selamba.
"Tak nak kawan abang,baka!.." kata Aphys dan Sanzo ketawa kecil.
"Jangan gelak lah!" ujar Aphys menahan geram.
Gelagat dua beradik itu diperhatikan oleh Irish,dia menundukkan wajahnya dan mengingati semula wajah Kenji.
Irish mengingati wajah pemuda yang mengubahkan dia mengenai persepsi manusia,juga seorang manusia yang menambatkan hatinya. Sehingga dia ingin hidup sebagai manusia,maka lahirnya Sanzo dan ketika dia sedang kandungkan Aphys. Igdes datang mengganggu mereka sehingga keluarga mereka berpisah,dirinya dikawal selama beribu tahun dan dia tidak mampu berbuat apa-apa.
Irish hanya mampu menyaksikan Aphys diabaikan oleh dirinya sendiri,dia tidak dapat mengawal dirinya dan perkara ini adalah sesalannya seumur hidup. Irish terasa bahunya dipegang dan dia menoleh,Pheara tersenyum pahit dan menggelengkan kepalanya.
"Tolong jangan buat muka macam tu.. Puan tidak salah apa-apa..." ujar Pheara.
"Saya cederakan suami saya.. Tinggalkan anak saya dan abaikan anak yang baru saya lahirkan.. Bagaimana kamu kata saya tidak ada salah apa-apa..?" soal Irish dan Pheara terdiam.
"Apa yang berlaku sudah berlaku.." Sanzo menegur dengan tiba-tiba,dia berjalan ke arah mereka sambil mengesat peluh.
"Sanzo.. Ibu..ah.. Layak lagi untuk menggelar diri ni ibu pada kamu?" soal Irish tersenyum kelat.
Sanzo,Pheara dan Aphys hanya memerhatikan wanita itu. Sanzo menghela nafas pendek,dia membuka mulut semula.
"Ayah pernah beritahu saya.. 'Walau dewa sekali melakukan kesilapan..' masa itu selepas ibu tinggalkan kami..." jelas Sanzo dan Irish mendongak.
"Walaupun ibu cederakan ayah,dia tidak sesekali mengajar saya untuk membenci ibu sendiri.. Dia sering minta saya maafkan ibu..." jelas Sanzo duduk di sebelah Irish,Aphys hanya duduk di sebelah Pheara.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...