Sanzo di usia 300 tahun duduk di bawah pokok,di atas bukit yang tinggi dan dari situ dapat melihat permandangan keadaan bandar. Sanzo hanya memejamkan mata menikmati tiupan angin lembut,senyuman terukir dan mula ingin terlena.Tetapi...
"Hey! Hey! Sanzo!" gadis musang berekor sembilan menerpa ke arahnya.
Lena Sanzo hilang dek gadis musang berekor sembilan,ataupun namanya Koharu dan Sanzo melagakan kedua penumbuk pada dahi kiri serta kanan Koharu. Sanzo terus menekan kuat kerana geram,Koharu hanya merengek kesakitan dan satu pukulan padu membuatkan Sanzo terpelanting.
"Hey.. Jangan buli Koharu!" Bishamonten seorang dewa perang,memeluk Koharu yang sedang menangis kerana perbuatan Sanzo.
"Buli?" soal Sanzo yang terbaring kemudian bangun,Bisha dan Koharu memerhatikan sahaja.
"Aku nak tidur tengahari,tapi musang bodoh ni ganggu aku!!" kata Sanzo geram.
"Saya tak bodoh okay!" bidas Koharu dan tersentak melihat renungan menakutkan Sanzo,hayunan kaki hampir mengenai Sanzo namun sempat dielaknya.
"Oi tomboy,jaga sikit!" Sanzo berkata selepas berundur beberapa langkah ke belakang.
"Tomboy?" soal Bisha melepaskan pelukan Koharu.
Sanzo hanya mendiamkan diri,Bisha menarik pedangnya dan urat dahi timbul. Koharu menelan air liur,manakala Sanzo mengeluh pendek.
"I'M GONNA KILL YOU!!!" Jerkah Bisha.
"OUH.. I LIKE TO SEE YOU TRY! TOMBOYISH!!!" balas Sanzo.
Memori lama bermain di kepala Sanzo,tetapi dia segera padam dan menoleh ke sebelah. Tez sedang lena terbaring di sebelahnya,Sanzo memerhatikan muka Tez tersengih ketika tidur. Pemuda itu mula terasa jengkel dan menyepak Tez jatuh,maka menjeritlah Tez meraung kesakitan.
Sanzo segera beredar membiarkan Tez,dia menekup mukanya dan menghela nafas pendek. Dia turun dari atas bumbung,lalu menuju ke bilik tidurnya. Mukanya diraup perlahan dan sekali lagi menghela nafas pendek.
"Sudah 400 tahun huh?" soal Sanzo sendirian.
"Awal masuk tidur dia?" soal Sophie.
"Siapa? Sanzo?" soal Elene dan Sophie mengangguk sambil tersenyum.
"Mungkin sebab banyak minum?" duga Elene.
"Saya tak rasa sebab tu..." Pheara berkata dan Sophie serta Elene menoleh ke arahnya.
Manakala di luar kawasan dojo,seseorang berjalan di hadapan pintu pagar utama. Bisha memerhatikan pintu dojo,matanya dipejam dan melangkah pergi.
"Tak apa Bisha... Semuanya akan okay.. Jadi jangan menangis..."
Bisha memegang kepalanya dan terasa sakit,dia tertanya-tanya kenapa?
"Ingatan lama... Kenapa baru sekarang?" soal Bisha sendirian.
Sanzo berbaring di atas tilam,dahinya diletakkan lengan dan dia memerhatikan keadaan siling biliknya. Matanya semakin berat dan pandangan terus gelap tanpa dia sedar.
Pada masa yang sama juga,mimpi mengenai kisah silam mula bermain.
"Sampai bila awak nak terus tidur?" soal satu Koharu dan Sanzo berbantalkan ribanya,sekadar tersenyum mengusap muka Koharu.
"Kalau boleh nak macam ni sahaja.." kata Sanzo tersenyum ceria.
"Geez.. Bangunlah.." ujar Koharu mencebik.
Sanzo hanya ketawa kecil melihat perangai isterinya,alangkah bagus jika keadaan ini kekal selamanya. Rambut putih Koharu yang panjang,dibelai lembut dan senyuman gadis musang tanda gembira dibelai oleh Sanzo.
"Awak memang tak boleh berbaik ke dengan Bisha?" soal Koharu.
"Kenapa awak tanya macam tu?" soal Sanzo.
"Memang saya tanya,sejak pertama kali kita kenal sampai kita berkahwin.. Awak pasti akan bertekak dengan Bisha..." ujar Koharu.
"Sebab dia dewa..." jawab Sanzo.
"Begitu juga ibu awak..." kata Koharu dan Sanzo segera mengangkat kepalanya dari riba Koharu.
"Jangan sebut tentang dia depan saya..." Sanzo berkata dengan muka yang serius.
"Maaf..." ujar Koharu.
"Saya pun sama... Maaf..." balas Sanzo dan Koharu menarik lembut kepala Sanzo supaya baring semula ke ribanya.
Suasana sunyi seketika dan mereka berdua mendiamkan diri,agak lama dan kedengaran bunyi burung bernyanyi. Cengkerik mengiramakan muzik tambahan,bunyi tiupan angin lembut turut jelas kedengaran.
"Sanzo..." ujar Koharu.
"Ya..sayang?" balas Sanzo.
"Kalau satu hari nanti saya sudah tiada.. Adakah awak cari pengganti?" soalan Koharu.
"Kenapa tanya macam tu?" soal Sanzo.
"Tak ada apa.. Cuma nak tahu..." balas Koharu menggoyangkan sembilan ekornya.
"Mungkin tiada... Sebab saya sayangkan awak seorang..." jawab Sanzo.
"Tapi satu hari nanti,awak kena cari juga pengganti..." kata Koharu mengusap rambut Sanzo,kemudian dia turunkan kepalanya ingin mencium Sanzo.
Sanzo tersedar dari mimpinya,malah lebih mengejutkan di sisinya ada Pheara yang terkejut. Mereka berdua berbalas pandangan agak lama,muka Pheara merah padma dan terus menundukkan kepala tanda memohon maaf lalu berlari keluar.
"MAAFKAN SAYA!!" Pheara berkata sebaik jauh sedikit dari bilik Sanzo,manakala Sanzo yang baru sedar dari tidur hanya terkebil-kebil.
"Apa hal dengan dia?" soal Sanzo.
"Alamak sikit je lagi..." Tez berkata sambil berdiri di sebelah katil Sanzo.
Sanzo menoleh ke arah Tez yang berdiri selamba,sambil mencekak pinggang dan mereka berbalas pandangan.
"Apa yang kau buat dalam bilik aku?" soal Sanzo dan Tez tersentak.
"Eerrr..itu ada penjelasan yang baik..." ujar Tez mengatur ayat dan Sanzo menarik pedangnya.
"Ouh ya.. Aku nak dengar..." Sanzo merenung Tez dengan tajam.
"Habislah aku..."
==========================
Hellooo guys
Sihat ya
Tak sangka siri ringan seperti ini mendapat sambutan
Aku akan update sekerap yang boleh
Jadi komen dan vote cerita aku
Sila beri kerjasama
Ciao!
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...