Chapter 65 : Now You Can Rest

1.1K 129 28
                                    


Tez terkejut dan mukanya pucat lesi,bagaikan terbeku kerana melihat sesuatu yang menyeramkan. Rambut hitam panjang dan muka benda itu putih,tanpa ada darah dengan mata hitam bulat.

Si syaitan ternganga tidak mampu bersuara,kening kiri tergerak-gerak dan hidung mengalir hingus. Benda itu merenungnya tanpa berbuat apa-apa,sampai satu tahap mulut benda tersebut bergerak.

"Oni-channn... Asoboyou..?"

Maka bergemalah suara pitching tinggi sehingga kedengaran dari luar,Sanzo dan Aphys terkebil-kebil. Mereka berpandangan lalu segera berlari masuk,Sanzo melihat Tez yang sedang terduduk.

"Oi Tez? Apahal kau jerit macam kena sampuk ni?!" soal Sanzo.

"Sanzo! Ada hantu!!" kata Tez menuding ke satu arah sebaik Sanzo menghampiri dia.

"Hantu? Mana?" soal Sanzo memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Tez.

Tez memandang semula ke arah dia bertemu benda itu,Tez terkejut kerana benda tersebut sudah tiada di hadapannya. Sanzo membantunya untuk bangun,Aphys hanya mendiamkan diri dan menyedari Astia tiada bersama Tez.

"Astia mana,abang Tez?" soal Aphys.

"Kami terpisah.. Dia kata nampak orang tadi..." kata Tez terketar-ketar dan Sanzo hanya menghela nafas pendek.

"Kita kena cari Astia.. Kalau boleh dengan mangsa yang hilang.." ujar Sanzo dan Aphys mengangguk setuju.

"Err.. Guys,boleh aku balik?" Tez bertanya.

"Tak boleh!.." jawab Sanzo dan Aphys berkata serentak.

"Figure.." ujar Tez sambil memainkan jari-jemarinya.

Sanzo melangkah dengan memerhatikan sekeliling kawasan,Aphys pula di belakang dan Tez kejap pandang ke kiri kemudian sekejap pandang ke kanan. Peluh membasahi mukanya dan air liur ditelan,apabila dia toleh ke sebelah kiri.

Seorang kanak-kanak berwajah pucat,memandang dari dalam cermin pintu dan Tez terbatuk darah. Sanzo dan Aphys hanya kehairanan,apa kena dengan syaitan yang seekor ni?

"Ha-ha-hahhantu...!!" ujar Tez mencebik bibir dan Sanzo menoleh,tiada sesiapa yang kelihatan.

"Tak ada sesiapapun?" soal Sanzo.

"Hish.. Sumpah aku tak tipu.. Dia jengah senyum sumbing dah macam joker dalam cerita batman der..!" Tez berkata dengan bersungguh-sungguh.

"Sudah.. Kita cari Astia sampai dapat.. Lepas tu baru putuskan nak buat apa seterusnya.." kata Sanzo pula dan Tez hanya mampu pasrah.

Aphys hanya menjadi pendengar,dia memandang ke belakang. Seorang wanita berpakaian serba putih,berdiri di hujung kaki lima sambil tersenyum. Tidak lama lepas itu dia pergi,Aphys hanya mampu tergamam dan bahunya dipegang.

Aphys menoleh dan Sanzo menggelengkan kepala,Tez pula hanya toleh kiri dan kanan.

"Jangan nak ikut.. Benda tu nak kita ikut.. Nanti satu lagi masalah.." jelas Sanzo dan Aphys mengangguk faham sahaja.

Sanzo memegang tangan adiknya,dia memandang kiri dan kanan. Adakah ini adalah semangat jahat,atau roh yang tidak tenteram?

Tez menyuluh jalan kaki lima dengan perasan gentar,jantung dia berdegup laju umpama keretapi lama. Tidak lama lampu suluh malap,lalu cahaya terus terpadam. Sanzo dan Aphys sekadar memerhatikan Tez yang gelabah,kerana lampu suluh mentolnya terbakar.

"Tidak.. Tidak..tidakkkkk... Kenapa kau terpadam? Kenapa?!! Ayarkk!!" ujar Tez berdrama sebelum disepak oleh Sanzo.

Tez terpelanting merempuh masuk ke dalam satu bilik,Sanzo menghela nafas panjang dan Aphys menekup mulutnya. Tez mengeluh kesakitan dan tertoleh ke kanan,seorang remaja lelaki berada di sebelah.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now