Chapter 53 : See You Again,someday

1.2K 136 8
                                    


Ikhwan dan Hazen berjalan di kawasan gelap,mereka berhenti di hadapan pintu gerbang. Sebesar dua kali ganda dari manusia,bercorak matahari dan rembulan. Pintu kanan bercorak matahari,manakala di sebelah kiri adalah rembulan.

"Matahari.. Juga.. Bulan?" soal Hazen dan menyedari Ikhwan menghampiri pintu tersebut.

Si Raja Naga menghampiri pintu gergasi itu,kemudian menghalakan tapak tangan pada pintu tersebut. Tidak lama pintu itu,terus terkuak luas dan Ikhwan hanya melangkah masuk. Hazen segera mengekorinya,pintu tersebut kembali tertutup rapat.

"Hey Ikhwan..." sapa Hazen dan Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Berkenaan 13 Servant of Demon.." jelas Hazen lagi.

"Kenapa dengan mereka?" soal Ikhwan.

"Adakah mereka mencari host di dunia ini?" soal Hazen dan Ikhwan mengangkat bahu.

"Aku tidak pasti,tetapi itu bukan tujuan mereka.." jelas Ikhwan.

"Eh? Bukankah kau kata mereka bertukar host?" soal Hazen lagi.

"Memang.. Tapi tujuan mereka kali berlainan..." ujar Ikhwan dan Hazen mengangguk sahaja kemudian mengangkat bahu.

"Mereka ingin bebaskan penghancur alam semesta,si Apocalypse.." jelas Ikhwan dan Hazen kehairanan.

"Sejauh mana kekuatan Apocalypse ini?" soalan Hazen hanya dijawab senyuman oleh Ikhwan lalu si raja naga terus berjalan semula.

"Ikhwan?" soal Hazen kehairanan dan malas nak bertanya.

Ikhwan tidak menghiraukan soalan Hazen,dia terus berjalan dan mengesan sesuatu. Lantas dia terus mempercepatkan langkahnya,Hazen juga mengekori dia dan mereka berhenti di satu tempat.

Satu kawasan yang terang,malah penuh dengan tulisan kuno pada dinding dan juga di lantai. Ikhwan hanya bereaksi selamba,Hazen pula terkebil-kebil melihat semua itu.

"Nampaknya kuil purba ni dari dunia aku.." kata Ikhwan mengangguk faham.

"Ha?" soal Hazen dan Ikhwan memerhatikan tulisan itu lalu sedar.

"Tulisan semua ni datang dari 1000 tahun yang lalu dari dunia aku.. Kedua aku boleh baca dan faham bahasa kuno semua ni.." kata Ikhwan lagi.

Hazen terdiam dan Ikhwan merasa pelik,kenapa kuil purba dari dunia Mithgar berada di sini?

Ikhwan menyedari sesuatu dan seseorang muncul,Soren berdiri di hadapan kuil purba. Tangan diangkat ke udara dan bebola gelap terhasil,dia tersengih sinis dan membaling ke arah kuil tersebut.

"Hazen!" ujar Ikhwan memegang lengan Hazen.

"Apa yang kau nak buat?" soal Hazen dan saat itu suasana menjadi kabur.

Ka-BOOMMM!!!!

GRAANGG!!!

Letusan kuat berlaku dan Sanzo merasakan gegaran kuat,dia memandang ke satu arah dan kuil itu hancur. Soren ketawa terbahak-bahak,Ursula dan Lusha muncul di belakang Soren.

"Raja naga dah mati!! Hahahah!!" ujar Soren melihat keadaan yang rata.

"Aku dah mati? Begitu mudah.." ujar satu suara.

Soren terhenti dari terus ketawa,Ursula dan Lusha memandang ke satu arah. Meriam naga dihalakan kemudian dilepaskan tembakan,mereka bertiga mengelak dan letupan kuat berlaku.

Soren terkejut melihat Ikhwan berdiri tanpa ada kesan apa-apa,Hazen juga berada di sebelahnya hanya berdiri dengan muka tidak menunjukkan sebarang perasaan.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now