Chapter 9 : Ebisu,God Of Merchant

1.5K 162 0
                                    


Awan yang tenang dan agak hangat cuaca ketika itu,bunyi burung bersiul menyanyikan iramanya kedengaran. Sanzo duduk bersila di atas kusyen khas,rokok paip disedut dan hembusan asap dilepaskan. Elene memerhatikan dari jauh,dia mengambil keputusan untuk tinggal di dojo itu untuk membantu proses pemulihan Pheara.

"Dia tu macam orang tua gayanya?" soal Elene ketika itu bersama Pheara.

"Memang tua.. Sebab dia dah berusia 850 tahun..." jelas Pheara dan Elene terkejut.

"Manusia mampu hidup selama itu ke?!" soal Elene.

"Dia immortal.." ujar Tez muncul tidak lama kemudiannya.

"Immortal?" soal Elene.

Sanzo menguap panjang dan meregangkan ototnya,dia memerhatikan kawasan luar dan teringatkan kisah yang lama. Dia tersenyum melihat halaman rumahnya,bayangan Koharu yang sedang memerhatikan bunga mula bermain.

"Kau ni suka duduk seorang diri kenapa?" soal Tez menegur dengan tiba-tiba,Sanzo hanya mendiamkan diri.

"Apa yang kau nak?" soal Sanzo menghela nafas pendek.

"Jangan la dingin sangat.. Aku saja nak temankan kau.." jelas Tez tersengih.

"Aku tak ingat pun minta kau temankan aku.." ujar Sanzo.

"Apabila tsundere berkata..." Tez mengusik.

Swing!!

"Ops...relax brader.. Tak perlu nak letak pedang kat leher aku..." kata Tez apabila bilah pedang Sanzo,berada di lehernya.

"Maaf.. Habit.." ujar Sanzo.

"TAK KELAKAR SETAN!!"

Sanzo menyimpan semula pedangnya,dia kembali memandang ke hadapan. Tez hanya menggaru kepala sahaja,dia tidak dapat mengerti apa yang difikirkan oleh Sanzo.

Lelaki berambut panjang perang coklat gelap itu bangun,Tez memerhatikan Sanzo melangkah pergi. Pheara hanya diam memerhatikan Sanzo pergi,Elene pula tidak faham apa yang berlaku.

"Sekejap kau nak ke mana?" soal Tez.

"Lawat seseorang..." ujar Sanzo tanpa berhenti.

"Sanzo!" Pheara memanggilnya.

Sanzo menoleh ke belakang,Pheara berlari anak ke arahnya. Sanzo kehairanan kenapa Pheara memanggilnya,Pheara berhenti di hadapannya.

"Kenapa ni?" soal Sanzo.

"Boleh saya ikut awak?" soal Pheara dan Sanzo terkejut.

Sanzo tidak berkata apa-apa,dia hanya berpaling dan berjalan ke arah pintu utama. Pheara tersenyum lalu menyusul Sanzo dari belakang,Elene pula hanya mendecih kerana tindakan Pheara.

Seorang lelaki berambut hitam dan berpakaian sut lengkap warna serba putih,pendek dan kemas memerhatikan Sanzo serta Pheara keluar dari dojo lama itu.

"Temple?" soal Pheara.

"Yeah... God of Merchant. Ebisu.." jelas Sanzo.

"God of Merchant?" soal dewi itu.

"Tengok siapa yang datang...Yamasato-san.." ujar satu suara dan Pheara terkejut,kerana pemilik suara itu berada betul-betul di belakangnya.

Pheara terperanjat dan secara spontan menjarakkan dirinya,Sanzo hanya memerhatikan dia sahaja. Pemilik suara itu adalah seorang lelaki,penampilan dia dengan pakaian formal penjaga kuil dan senyuman tidak lekang dari mulutnya.

"Maafkan saya gadis muda.. Saya kejutkan kamu ke?" ujar lelaki itu.

"Sudah semestinya.. Kau tiba-tiba muncul macam tu je.. Kau ingat dia boleh berlagak normal?.." soal Sanzo mengangkat kening sebelah kiri.

"Haha... Apa hajat kau datang sini Yamasato-san?" soal lelaki itu lagi.

"Sebelum tu.. Pheara.. Dia ni dewa di kuil ni,Ebisu.. Gof of Merchant.." jelas Sanzo memandang ke arah Pheara.

"Woo... Pheara? Goddes of Valkryie?" soal Ebisu terkejut.

"Yeah... She is.." jawab Sanzo dan penampilan dia terus berubah sekelip mata,menjadi seorang lelaki kacak dengan muka selamba.

"Don't bother.. That's his real appearance.." jelas Sanzo melihat Pheara terkejut.

"I see... So,what make you come here?" soal Ebisu merenung Sanzo.

"Can we talk inside.. Sure hot outside.." kata Sanzo menyilangkan kedua tangan pada bahagian dada.

Ebisu tidak berkata apa-apa dan menghela nafas pendek,kemudian dia melangkah melepasi kuil tersebut. Pheara memandang Sanzo dan Sanzo hanya mengangguk,sebelum dia melangkah mengekori Ebisu dan Pheara menyusul.

Mereka berhenti di satu tempat,di penghujung tempat kuil itu. Pheara hanya kehairanan dan tertanya-tanya,apa yang Ebisu ingin lakukan. Dia sedar Sanzo membuat muka biasa,Ebisu menyentuh dinding pagar lalu kelihatan tulisan mengenai sesuatu seketika.

Pintu muncul di dinding dan terbuka,Ebisu melangkah masuk dan Pheara was-was pada pertama kalinya. Sanzo memegang tangannya,Pheara terkejut dengan tindakan Sanzo.

"Jangan risau.. Saya ada..." ujar Sanzo.

"Kau kata macam la aku ni mampu mengancam dewi level seperti dia.." ujar Ebisu geram menahan marah.

"Jangan la marah,kau marah ke?..." ujar Sanzo tersengih.

"Silakan duduk..." ujar Ebisu pada Pheara sambil tersenyum.

"Sanzo kau nak duduk di luar ke?" soal Ebisu menjeling ke arah Sanzo.

"Kau tak pelawa.. Aku diam je la.." ujar Sanzo dengan muka selambanya.

Ebisu mula merenungnya dengan tajam dan Sanzo segera duduk,tanpa kata apa-apa yang menaikkan kemarahan.

"Jadi boleh jelaskan apa yang berlaku?" soal Ebisu.

Pheara memandang ke arah Sanzo,mereka berbalas pandangan kemudian Sanzo mengangguk tanda selamat jika meminta pertolongan daripada Ebisu. Pheara memulakan cerita dan Ebisu mendengar dengan teliti,Sanzo pula hanya mendiamkan diri sahaja.

"Dewa menyerang dewi? Agak lucu..." ujar Ebisu.

"Lagi teruk mereka ada senjata yang mampu membunuh dewa atau dewi.. Ia membuatkan ramai dewa dewi akan jatuh..atau lebih teruk,dewa tiada lagi.." jelas Ebisu mengurut dagu.

"Tapi kalau kes Pheara,aku rasa mungkin senjata tu hanya mampu lumpuhkan kuasa dewa dewi.. Sebab sekarang kuasa Pheara masih tidak mampu diseru..." jelas Sanzo dan Ebisu menghela nafas pendek.

"Sanzo.. Aku nak cakap sikit dengan kau.." ujar Ebisu dan bangun lalu beredar,Sanzo hanya mengekorinya dari belakang.

Pheara kehairanan tetapi dia tidak fikirkan apa-apa,Sanzo mengekori Ebisu sehingga satu tempat.. "

"Apa yang kau nak beritahu?" soal Sanzo.

"Kenapa kau tolong dia?" soal Ebisu pula.

"Dia perlukan pertolongan bukan?" soal Ebisu lagi.

"Jadi apa masalahnya..?" balas Sanzo.

"Kau bencikan dewa.. Kenapa kau nak tolong salah seorangnya?" soal Ebisu

Sanzo tidak berkata apa-apa,dia mendiamkan diri dan Pheara langsung tidak tahu apa-apa ketika itu menunggu Sanzo menghela nafas pendek,dia memandang ke arah Ebisu.




















Sanzo bencikan dewa dewi?

Aku akan berikan update yang normal

Harap korang terhibur

Itu jelah

Ciao!

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now