Sanzo berdiri memerhatikan kolam ikan di hadapannya,dia memandang sekeliling kawasan dan nafas dihelakan. Apa yang dia dengar agak sukar untuk diterima,Sophie adalah ibu saudaranya sendiri.Amreadous,Brollmuthaz dan Astia adalah sepupu dia. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh,apabila dia toleh Pheara berada di belakangnya sambil tersenyum.
"Pheara.." ujar Sanzo tersenyum kelat.
"Awak okay?" soal Pheara.
"Lima puluh-lima puluh rasanya.. Semua datang mengejut.." jelas Sanzo.
"Bukankah ia benda yang elok? Sekurang-kurangnya awak sekarang ada keluarga sendiri.." ujar Pheara.
Sanzo tersenyum dan Pheara membalas dengan senyuman juga,mereka agak lama berbalas tenungan dan sedikit demi sedikit mereka mula rapat.
BRAAM!!!
"Apa yang berlaku?!" soal Pheara melihat dinding pagar roboh,Sanzo sedikit kecewa dan menahan geram.
"Uhuk!! Uhuk!! Serius la serang menggila macam tu?!" soal Tez keluar dari kepulan asap habuk tebal.
"Tez..." suara Sanzo kedengaran dan Tez sedar dia mengganggu mereka berdua.
"Sanzo..? Aku..." ujar Tez.
"Kau dah siap buat wasiat?" soal Sanzo mengepalkan penumbuknya.
"Tak! Nanti sekejap!!" Tez menahan Sanzo dari melakukan tindakan.
Irene muncul mendarat kasar di belakang Tez,Pheara agak terkejut dan dia mengenali gadis blonde itu. Pada masa yang sama juga,Hilna dan Frejya turut baru sahaja pulang.
"Ah shit..!" Tez berkata cemas dan Irene ingin melancarkan serangan.
"Mati lah!!" Irene ingin menusuk lembing.
Sanzo mendecih dan menarik Tez,kemudian menahan tusukan lembing dengan kepitan dua batang jari.
"Sila berhenti gadis muda.. Mana adab kau datang rumah orang?" soal Sanzo.
"KE TEPI MANUSIA!" bentak Irene dan Tez mula risau.
"Nope.. Sini rumah aku.. Kau nak jahanamkan tempat tinggal orang lain?" soal Sanzo.
"Saya kata... KE TEPI!!" Irene membentak lagi sekali.
"Itu bukan Irene?" soal Frejya.
"Ya.. Tak salah lagi..." ujar Hilna.
"Kita patut hentikan?" soal Frejya lagi.
"Nah.. Immortal tu boleh uruskan.." kata Hilna dan Frejya agak terkejut.
Sanzo hanya menghela nafas pendek,lalu menggunakan tekanan dan menolak Irene keluar dari kediaman dojo tersebut. Pada masa yang sama juga,Irish tersedar dari lenanya dan mendengar bunyi bising.
"Kau cari nahas manusia!" ujar Irene tidak dapat membendung kemarahannya.
"Aku suruh kau bertenang bukan? Tapi kau degil.." jelas Sanzo.
"Aku tak perlukan nasihat kau!!" jerit Irene marah dan Elene baru tiba di situ,Sanzo menyedari kehadiran dia.
"Irene cukuplah tu..." kata Elene.
"Akak jangan menyibuk.. Saya nak ajar manusia ni,berani dia mengganggu urusan saya.." kata Irene.
"Irene!! Cukup!! JANGAN LAWAN DIA!!" Elene memberi amaran.
Irene tidak pedulikan langsung amaran Elene,lalu meluru ke arah Sanzo dengan melakukan tusukan lembing. Sanzo pula hanya menghela nafas,lantas menarik pedangnya dan menahan tusukan lembing daripada Irene.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
Storie d'amoreApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...