Chapter 15 : That's Unexpected

1.4K 171 15
                                    


"Aku bencikan dewa..." ujar Sanzo dan Pheara mula mengalirkan air mata kemudian menggelengkan kepala.

Sanzo berjalan melepasi Pheara yang menangis,dia melangkah lemah menuju ke bilik tidurnya. Sophie hanya duduk di ruang tamu,mendiamkan diri sahaja.

Sejak hari itu Sanzo tidak keluar dari biliknya,berkurung sepanjang hari selain keluar menyiapkan makanan. Pheara tidak berani ingin menegurnya,Tez dan Elene tidak faham apa yang berlaku.

Apabila di dalam bilik Sanzo hanya menjadikan sake,sebagai peneman dan hanya memerhatikan ke luar tingkap. Pheara duduk bersendirian di luar,dia memikirkan kata-kata Sanzo.

Jika dia bencikan dewa kenapa muka Sanzo sedang menahan sakit?

Tidak lama tubuhnya diselimuti kain tebal,Pheara terkejut dan Sophie muncul dengan senyuman tidak lekang dari mulutnya.

"Puan Sophie.." ujar Pheara lemah.

"Jika kamu duduk luar lama-lama.. Kamu akan kena demam..." Sophie berkata lembut.

"Dewa pun boleh demam?" soal Pheara tersenyum.

Sophie mengambil tempat duduk di sebelahnya,kepala Pheara diusap dengan lembut. Pheara hanya diam tidak berkata apa-apa,Elene hanya memerhatikan dari jauh.

"Kamu masih fikirkan apa yang dikatakan oleh Sanzo?" soal Sophie dan Pheara mula mengalirkan air matanya.

"Saya..." Pheara tidak berani meneruskan kata-katanya.

"Adakah kamu menangis sebab Sanzo bencikan dewa dan dewi.." kata Sophie lagi dan Pheara menundukkan kepalanya.

"Ataupun kamu tidak mahu Sanzo bencikan kamu?" Pheara tersentak dengan soalan Sophie.

"Saya tak nak... Saya takut dia akan bencikan saya..." ujar Pheara.

"Aku tak bencikan awak Pheara..." Sanzo mencelah dan muncul dengan tiba-tiba.

Pheara terkejut dan menoleh,Sanzo berdiri di tepi tiang sambil memeluk tubuh. Rambut panjangnya disisirkan ke belakang,Sanzo berjalan ke arah Pheara dan Sophie. Sanzo segera duduk di sebelah Pheara,nafas helaan dilepaskan dan Pheara agak terkejut.

"Aku bencikan dewa.. Tapi aku tak bencikan awak..." ujar Sanzo dengan senyuman yang lembut.

"Sanzo..." Pheara mengalirkan air mata dan Sanzo mengesat air mata tersebut.

"Maaf tentang kata-kata aku tadi.." ujar Sanzo.

"Mustahil aku bencikan dewi seperti kau.." Sanzo mengusap pipi Pheara dan dewi itu tergamam kemudian tersenyum,sebelum diganggu oleh deheman Sophie.

Sanzo dan Pheara terus menjarakkan diri masing-masing,Sophie hanya tersenyum sahaja dan mukanya berubah serius serta mendongak ke arah langit.

"Mereka datang..." ujar Sophie.

Satu meteorit yang besar menjunam dari awan,Sanzo segera bangun dan perhatikan meteorit tersebut. Tez segera menghampiri di sebelah dia,Sanzo bersiap-sedia dengan pedangnya. Tez pula melagakan penumbuk,Sanzo melompat dan mendarat di atas bumbung dojo.

"Yamasato Blade Arts..." Sanzo kali ini menggunakan dua bilah pedang.

Matanya dipejamkan dan menunggu,Tez pula membiarkan Sanzo memulakan serang balas. Nafas dihelakan dan Sanzo mula tenang,bagaikan tiada apa-apa di sekeliling dan matanya dibuka seiring kedua bilah pedangnya dihunus.

ZRAASSH!!

ZWOSSH!!!

ZRAASSH!!!

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now