Chapter 32 : Igdes's Secret?

1.2K 144 40
                                    


Seperti biasa hari yang normal dengan Tez,dikejar oleh Elene kerana Tez masuk ketika dia sedang mandi. Sophie dihidangkan air teh oleh Aphys,Astia pula menghidangkan onigiri (nasi kepal)dan mereka duduk minum serta makan bersama.

"Aku tak sengaja!!" Tez berteriak.

"Awak memang sengaja kan?!" soal Elene mengenakan pakaian Valkryie,pedangnya dtarik dan Tez menangkap dengan kedua-dua tapak tangannya.

"Salah kau tak kunci!!" Tez mempertahankan dirinya.

"Saya tak peduli,awak memang nak mengintai sebenarnya kan?!" Elene menekan pedang dan Tez sedaya-upaya menahan.

"Woo... WOooo! Tajam pedang ni sayang.." Tez menahan susah-payah,Elene tersentak dengan kata-kata Tez sebenta tadi.

"Elene?" soal Tez kerana Elene tidak lagi ingin menyerangnya.

"Sayang?" soal Elene dan Tez tersentak,Elene merenung Tez semula dengan muka merah.

"Saya tidak akan jatuh cinta pada syaitan seperti awak!!" Elene menjerit dan menumbuk muka Tez sehingga tercampak keluar.

Tez terjatuh di halaman luar dojo,di dalam kolam ikan dan Elene hanya mengetap gigi lalu terus pergi dari situ. Mulutnya ditekup dan mukanya,merah padma dan terus berlari pergi.

"Abang Tez hidup lagi ke?!" soal Aphys dari dalam.

Tez bangun dan keluar dari kolam ikan,tidak lama Rea menyerahkan tuala serta sabun cecair.

"Pergi mandi..bau busuk.." jelas Rea dengan muka selamba.

Tez tersengih sahaja dan beredar,menuju ke bilik mandi sambil bersiul.

Takemikazuchi sekadar ketawa sahaja,melihat keadaan tersebut dan memandang ke arah Sanzo.

"Meriah sekarang rumah kau.. Aku nak duduk kat sini la.." ujar Takemikazuchi.

"Jangan harap,aku lambung kau ke atas semula.." kata Sanzo merenung dewa kilat itu dan Pheara hanya duduk di sebelahnya.

"Tolong la aku bergurau sahaja.. Lagipun aku cuma melawat sahabat lama.." ujar Takemikazuchi tersenyum.

"Hah. Lama.. Sangat lama 200 tahun..baru sekarang nak datang melawat.." bidas Sanzo.

"Hahaha.. Kau rindukan aku ye?" soal Takemikazuchi tersengih.

"Jangan mimpi,aku tak harap kau datang.." ujar Sanzo tersenyum.

Sanzo dan Takemikazuchi berbual panjang,Pheara tidak mahu masuk campur lalu beredar. Tetapi Sanzo menangkap tangannya,Pheara terkejut dan Takemikazuchi kehairanan.

"Takei.. Aku nak minta pendapat kau.." ujar Sanzo dan 'Takei' adalah panggilan biasa Sanzo baginya kerana Takemikazuchi terlalu panjang.

"Aku sedia mendengar.." Takemikazuchi tersenyum melihat reaksi sahabatnya.

Sanzo menceritakan semuanya pada Takemikazuchi,mengenai dari bagaimana dia dan Pheara bertemu. Apa permasalahan yang berlaku,segala-galanya diceritakan pada Takemikazuchi.

Senyap...

Sanzo dan Pheara menunggu pendapat Takemikazuchi,mulut Takemikazuchi terbuka dan

Hachoo!!

Sanzo tertunduk dan Pheara tersenyum kelat,Takemikazuchi yang membersihkan bibirnya menyedari Sanzo tertunduk.

"Hello kawan? Kau okay?" soal Takemikazuchi dan Sanzo mengangkat kepala dengan renungan membunuh.

"Baiklah.. Aku akan terangkan dari pengalaman aku.." kata Takemikazuchi berdehem.

"Lebih baik cepat..." Sanzo berkata bengang.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now