Sanzo dan Pheara serta yang lain,memandang ke atas langit dan dua individu berbalas renungan.Brollmuthaz dan Haroth terapung di udara,mereka berbalas renungan tajam. Aura kuasa cahaya dan kuasa gelap berlaga kuat,awan sekeliling menjadi gelap seakan mendung.
"Aku akan balas semula sebab kau malukan aku masa itu.." Haroth menarik pedangnya.
"Jadi bersiap-sedia untuk mendapat kemaluan lagi sekali. Sekejap.. Salah ayat pulak.. Siap-sedia untuk dimalukan lagi sekali.. Ha baru betul.." kata Tez selamba.
"Seriously?" soal Sanzo.
"Mampuslah!!"
Haroth meluru laju ke arah Tez dan menghayunkan serangan,Tez menangkis dengan tangannya yang sudah bersisik naga. Haroth mengetap gigi menahan marah,lalu dia menarik pedangnya dan menetak bahagian lain.
Tez menangkap bilah pedangnya,Haroth terkejut sebelum perutnya dihadiahkan tumbukan. Haroth membulatkan matanya kesenakan,dia ternganga dan Tez berpusing sedikit ke atas sebelum sekali lagi menyepak Haroth sehingga tercampak jauh.
Tez mengejar Haroth yang tercampak,si angel terhempas di kawasan hutan merempuh beberapa pokok. Manakala yang lain berpandangan,Sanzo hanya menghela nafas pendek.
"Nak pergi tengok?" soal Hilna.
Sophie hanya duduk dan menunjukkan satu imej,iaitu imej di mana Haroth terhempas. Hilna terkejut dan Frejya hanya ketawa kecil,Irene sekadar menghela nafas pendek.
"That's pretty convenient.." ujar Pheara tersenyum.
"Okay.. Everyone.. We just gonna watch from here.." Sophie berkata dengan tenang.
Tez mendarat dan bersiul melihat kerosakan yang berlaku,Haroth kembali bangun dengan muka yang bengis.
"Sial kau syaitan tak guna!!" Haroth menjerit marah.
"Aku pulak? Kau rosakkan hutan.. Bukan aku.." kata Tez selamba.
Haroth meningkatkan kuasa dan bulatan cahaya,muncul di atas kepalanya dan Tez sekelip mata mukanya dihadiahkan pukulan lutut oleh Haroth. Tez tercampak jauh dan merempuh beberapa batang pokok,belum lagi Tez terjatuh dengan segera Haroth memijaknya.
BRAAM!!!!
KLONG!!
Tez terbenam di tanah dan merosakkan keadaan sekeliling,Haroth tersenyum namun mukanya pula terkena sepakan oleh Tez. Dagu Haroth sasaran Tez,tindakan Tez buatkan Haroth terdongak dan terapung sedikit ke udara.
Tez melompat berdiri dan penumbuknya,dikepalkan dengan erat dan menghayunkan penumbuk.
DUUUSSH!!!
Haroth melambung tinggi ke udara,Tez segera terbang ke udara dan tangannya sudah memegang tukul gergasi.
"Demon King Hammer!"
BRAAM!!..
Haroth melekat ke tanah dan rekahan yang teruk,berlaku dan Haroth menahan sakit. Dia mengetap gigi dan merapatkan kedua tapak tangannya,Tez tersentak sebelum terkena pancaran cahaya.
"Tez!" Elene mula risau.
"Dia tak apa-apa.." ujar Rea dan Elene menoleh ke arahnya.
"Kalau dia selemah itu.. Dia tidak akan terpilih jadi calon raja.." kata Rea lagi.
Haroth tersengih namun dia sedar sesuatu,Haroth memandang ke bawah dan Tez sudah berada betul-betul di hadapan.
"How's he..?" Haroth ingin melakukan serangan,tetapi Tez lebih pantas.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...