Kenji memerhatikan bilah pedang miliknya,kemudian dia gilap dengan teliti. Perbuatannya diperhatikan Osiris seperti budak-budak,matanya terkebil-kebil memerhatikan Kenji."Kau jaga barang kau dengan baik.. Pedang ni seperti sudah baru ditempa kelihatannya.." ujar Osiris tersenyum.
"Pedang ini ditempa dari taring mendiang ayah aku.." kata Kenji dan Osiris kehairanan.
"Taring ayah kau?" soal Osiris.
"Aku ni separuh manusia.. Separuh naga..." jelas Kenji dan Osiris mengangguk faham.
"Ibu aku manusia.. Jatuh cinta dengan seekor naga iaitu ayah aku.." kata Kenji memberi penjelasan.
"Jadi pedang ini..?" soal Osiris.
"Ia adalah memento untuk mendiang ayah aku... Pedang ini amat tajam dan juga sukar untuk patah..." jelas Kenji lagi sambil tersenyum.
"Tetapi kenapa kau hanya jadikan sebagai pameran di rumah kau?" soal Osiris.
"Aku tidak pernah berjumpa dengan ayah aku.. Semasa aku lahir hanya ada ibu aku sahaja.. Serta pedang ini.." jelas Kenji dan Osiris hanya mengangguk mendengar sahaja.
"Kalau kau tak pernah jumpa.. Bagaimana kau tahu..." kata Osiris dan dipotong Kenji.
"Ayah aku adalah naga? Sebelum ibu aku meninggal dunia,dia ceritakan segala-galanya mengenai ayah aku.. Bagaimana mereka bertemu,serta bagaimana mereka jatuh cinta..." kata Kenji tersenyum.
"Ayah meninggal dunia kerana apa?" soal Osiris ingin tahu lagi.
Kenji tidak menjawab dan bangkit dari duduknya,dia meletakkan pedang tersebut kembali di atas dinding seperti kebiasaannya. Kenji segera beredar meninggalkan Osiris yang terpinga-pinga,dia kehairanan kenapa Kenji tidak mahu ceritakan.
"Korang dewa ni memang suka menyibuk ke?" soal satu suara dan Osiris menoleh.
Lucas berdiri sambil menyandar pada pintu rumah,Osiris agak terkejut dengan kehadiran Lucas. Mereka berbalas tenungan agak lama,tidak lama Irish pula muncul.
"Kau..." Irish merenung Lucas dengan tajam.
"Tak payah la buat muka seram.. Tidak cantik.. Nanti Kenji tak suka.." ujar Lucas selamba dan Irish tersentak mukanya merah.
"Kau memang nak mampus ya demon?" soal Irish menahan marah dan pada masa itulah,Kenji muncul dengan menendang Lucas keluar rumah.
DUSH!!
Lucas terpelanting keluar bergolek beberapa kali,sebelum berhenti jauh sedikit dari halaman rumah Kenji. Irish dan Osiris hanya tergamam dengan tindakan Kenji,dia selamba menyepak rakannya sendiri?
"Kau memang manusia..." sebelum sempat Irish menghabiskan kata-katanya,Lucas memintas dengan segera.
"HOI APAHAL? KES SEMALAM TAK HABIS LAGI KE? SELAMBA JE KAU SEPAK AKU?!" Kenji berkata bengang.
"Kau tak tahu bukak kasut kau ke? Ingat rumah aku ni mewah sangat nak bawak masuk kasut kotor berdebu tu?" kata Kenji pula membidas Lucas,Osiris memandang ke bawah lantai dan betul kotor keadaan lantai tersebut.
"Oups! Tak sengaja teehee?" kata Lucas membuat muka comel dan sebiji penumbuk hinggap lagi ke mukanya.
Sila tunggu seketika...
Kenji menjamah sarapan pagi,Osiris juga sama kecuali Irish. Lucas pula mukanya penuh lebam,kerana perbuatan Kenji yang bengang dengan dia.
"Seriously.. Kau perlu ke pukul aku macam ni sekali.. Sakit tahu tak.." rungut Lucas sambil menjamah makanan.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...