Chapter 44 : Sopheriel

1.3K 138 42
                                    


Aena dan Ashliel menghadapi masa sukar,di hadapan mereka bukan sembarangan orang. Ikhwan dan Hazen hanya memandang mereka,Aena menoleh ke arah Pheara.

"Celaka kau Pheara!! Kenapa kau sentiasa bertuah seperti ini!?" Aena membentak.

Sanzo pula melindungi dia dan yang lain,Astia juga bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Aena terus mengaktifkan kuasanya untuk pergi dari situ,Ashliel hanya mendiamkan diri dan turut lenyap dari pandangan mata kasar mereka.

"Mereka dah pergi? Macam tu je?" soal Hazen dan Ikhwan hanya menjeling dia sahaja,Sanzo menghampiri Ikhwan.

"Guru?" soal Sanzo dan Ikhwan tersenyum.

"Lama tak berjumpa.." ujar Ikhwan.

"Yeah.. 800 tahun lebih.." jelas Sanzo.

"Dunia kau.. Tak sama peredaran masa dengan dunia aku.." jelas Ikhwan tersengih.

"Guru patut beritahu saya.." kata Sanzo.

"Kau umpama kanak-kanak yang tak boleh berpisah dengan aku masa tu,kau ingat senang?" soal Ikhwan menyilangkan tangannya,Sanzo mukanya merona merah dan tersenyum.

"Hentikannya,ia memalukan kalau diingat semula.." jelas Sanzo dan Ikhwan sekadar tersengih,lalu sedar Irish memandang ke arahnya sambil memeluk Aphys.

"Itu ibu kau?" soal Ikhwan dan Sanzo tersenyum sambil mengangguk.

"Kau bencikan dia?" soal Ikhwan lagi dan Sanzo menggelengkan kepala.

"Walau saya cuba,saya tak boleh bencikan dia guru..dia tetap ibu saya..." jelas Sanzo tersenyum kelat,Ikhwan memegang bahu Sanzo.

"Kadang-kala kita kena lebih memaafkan dari terus membenci... Lagipun..." Ikhwan mengambil nafas,Sanzo kehairanan.

"Lagipun apa guru?" soal Sanzo pula.

"Ibu kau perlukan rawatan untuk hilangkan sihir daripada penyamar dewa tu..." jelas Ikhwan.

"Kalau begitu.. Apa kata kita ke kediaman saya?" Sanzo memberi cadangan dan Ikhwan menoleh ke arah Hazen.

"Kau nak join?" soal Ikhwan pada Hazen.

"Bolehlah.. Apa salahnya.." kata Hazen itu.

"Boleh dia ikut?" soal Ikhwan pada Sanzo,Astia memegang lengan Sanzo.

"Boleh dia ikut? Bolehlah ya abang Sanzo,dia dah tolong kita... Bolehlah..." Astia merayu dan Sanzo tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Sudah tentu sweetheart.. Dia boleh ikut sekali..." jelas Sanzo dan Astia memeluk Sanzo.

Ikhwan dan Hazen hanya tersenyum,mereka mengekori Sanzo dan Pheara serta yang lain pulang ke rumah Sanzo. Hazen bersiul kagum kerana melihat rumah besar itu,Astia hanya tersengih dan ketawa melihat reaksi Hazen.

"Besar betul rumah ni..." kata Hazen melihat rumah yang amat besar.

"Ini dojo la der.. Tempat ni bekas sekolah mengajar seni bermain pedang atau seni pertahanan diri.." jelas Ikhwan sambil melangkah masuk,Hazen mengangguk beberapa kali.

"Master Hazen.. Marilah masuk.." ujar Pheara tersenyum dan Hazen tergamam melihat senyuman dewi itu.

Hazen tersentak apabila terbayang wajah Aveline,sedang tersenyum dengan aura menakutkan. Dia menggelengkan kepala dan terus melangkah masuk,entah kenapa Hazen boleh merasakan aura isterinya dari sini.

"Kau kenapa?" soal Ikhwan.

"Ha? Tak,tak ada apa... Cuma seram sejuk je.. Hehe.." kata Hazen tersenyum dan peluh menitik.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now