Chapter 25 : I'm Gonna Love You,for Eternity

1.4K 141 11
                                    


Aphys bersama Astia bergelak tawa di halaman dojo,Sophie dan Elene hanya memerhatikan sahaja. Rea pula ketika itu menonton rancangan di television,sambil
dia memegang alat kawalan jauh. Pheara hanya mengibaskan kain cadar,lalu menyidai pada ampaian.

Dia mengingati semula Sanzo yang meluahkan perasaan,membuatkan Pheara ketawa kecil dan hatinya amat gembira serta berbunga. Sanzo yang berjalan di kawasan berhampiran,perasan Pheara sedang menyidai pakaian.

Sanzo menyandar pada sebelah tiang,dia memerhatikan Pheara agak lama. Dia tersenyum sendirian memerhatikan Pheara,tidak lama Tez yang muncul entah dari mana merenungnya juga. Sanzo membuat muka blur,dia menghela nafas pendek.

"Apa kau nak?" soal Sanzo dan Tez kepala dibenam ke dinding,Tez menarik kepalanya dan menghela nafas pendek.

"Kau nak bunuh aku ke?" soal Tez menjeling ke arah Sanzo.

"Ala.. Macam la boleh,skill penyembuhan kau tu pulih setiap satu saat.." kata Sanzo lagi.

"Kau tahu?" soal Tez.

"Budak kecil pun boleh agak.." bidas Sanzo dan Tez tersengih.

"Hey Sanzo..." ujar Tez dan Sanzo menoleh.

"Kau tak risau jika orang yang menyerang Aphys adalah orang yang sama menyerang Pheara?" soal Tez dan Sanzo berfikir sejenak sambil memerhatikan Pheara yang selesai menyidai pakaian.

"Aku peduli apa..? Aku tidak kira siapa dia.. Aku akan lindungi mereka berdua.." kata Sanzo dan Tez tersengih.

"Bagaimana dengan Elene?" soal Tez.

"Kau la yang lindungi dia..." ujar Sanzo dan Tez menjungkitkan bahu.

"Apasal aku pulak?" soal Tez.

"Kau ada hati dengan dia kan?" Sanzo menyoal.

"Mana mungkin Elene! Dia tu dah la kasar! Macam gorilla..." ujar Tez dan Sanzo yang tersengih,menyedari seseorang di belakang Tez dan menunjukkan isyarat ke belakang.

"Apa? Apa ada di belakang... Oopss...." ujar Tez berpeluh-peluh apabila Elene berdiri di belakangnya sambil tersenyum di bayang kegelapan.

"Siapa gorilla?" soal Elene tersenyum.

"Hello? Ya ibu? Tez datang!" Tez terus memecut lari dari situ,Sanzo terkebil-kebil menyaksikan keadaan itu. Elene mengetap gigi dan menggigil,kemudian matanya bersinar.

"DEMON FREAK!!!"

"CRAZY GODDES!!"

KRAANG!!

KRAKKK!!!

Tez mengelak tetakan Elene dan mereka berkejaran sehingga ke luar dojo,Sanzo hanya memerhatikan keadaan itu sahaja tanpa berbuat apa-apa. Aphys dan Astia turut menyedari keadaan tersebut,Sophie dan Rea hanya berpandangan kemudian tersenyum serentak.

"Apa yang berlaku?" soal Pheara sebaik menghampiri Sanzo.

"Gurauan di pagi hari.." jelas Sanzo tersenyum sambil menggelengkan kepala.

Sanzo dan Pheara mendiamkan diri,tiada ingin bersuara dan mereka seperti agak kekok. Sanzo menggaru pipi dan Pheara menunduk memandang bawah,mukanya agak merah sedikit. Mengingati semula ketika Sanzo meluahkan perasaan,dia tersenyum sendirian dan Sanzo memerhatikannya kemudian berdehem.

"Err.. Pheara.." ujar Sanzo dan Pheara menoleh ke arahnya.

"Saya nak keluar beli barang.. Err.. Awak nak turut serta...?" soal Sanzo memberi pelawaan.

"Ya! Dengan berbesar hati!" Pheara berkata dengan nada ceria,Sanzo agak terkejut dan tersenyum.

"Okay.. Kita akan berjumpa dalam masa sejam.." ujar Sanzo mengusap kepala Pheara.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now