Chapter 47 : Okay,now I Have a Relative?

1.3K 151 26
                                    


Irish dibaringkan di atas katil di mana bilik Aphys berada,dia diminta Sanzo supaya menemani ibu mereka. Aphys mengangguk dan Irish,hanya mengusap kepala anak gadisnya.

Pada masa yang sama,Ikhwan sedang duduk di beranda,Hazen menghampiri dia dan duduk di sebelahnya.

"Ikhwan.. Boleh aku tanya satu soalan?.." ujar Hazen.

"Apa dia,eyepatch?" soal Ikhwan dan Hazen hanya tersengih apabila Ikhwan menggelarkan dia seperti itu.

"Benda betul pun. Aku pakai penutup mata.." bisiknya sendirian.

"Kau nak tanya apa?" soal Ikhwan dan Hazen menghela nafas panjang.

"Kau kata Sanzo adalah separuh naga.. Maksudnya kau yang berikan kuasa naga tu pada dia?" soal Hazen.

"Kau mengarut apa ni? Bila masa aku bagi? Kuasa tu memang sudah ada pada Sanzo sejak dia lahir.." jelas Ikhwan.

"Maksud kau?" soal Hazen.

"Dia dapat daripada ayah dia..,manusia separuh naga.." jelas Ikhwan dan Hazen terkejut.

"Maksudnya ayah dia adalah separuh naga?" soal Hazen ingin kepastian.

"Ya.. Jadi Sanzo adalah manusia campur naga campur dewa.." kata Ikhwan.

"Bagaimana nak gelarkan Sanzo adalah apa?" soal Hazen.

"Trinity?" teka Ikhwan dengan tersengih,Hazen menekup mukanya.

"Tak boleh gak.." ujar Hazen dan Ikhwan hanya tersenyum.

"Kau tahu siapa nama ayah dia?" soal Hazen lagi.

"Nah.. Aku tak pernah tanya.." ujar Ikhwan.

"Kau kata dari dunia lain? Tak nak balik ke? Boleh balik sendiri tak?" soal Ikhwan.

"Hmm.. Aku boleh balik sendiri.." jelas Hazen.

"Kalau macam pergi la balik.. Semak je kat sini lama-lama nanti kata author ambil populariti..." ujar Ikhwan dengan muka tidak bersalah.

"Jangan risau author aku pun kata tak kisah.." balas Hazen.

"Kamu berdua mengarut apa ni?" soal Sanzo muncul dengan tiba-tiba.

"Tiada apa,kan Raja Naga..?" soal Hazen.

"Ya.. Betul tu.." jelas Ikhwan.

"Betul ke ni?" soal Sanzo curiga dan dalam masa yang sama,Sophie berjalan ke arah mereka.

"Tapi Sanzo.." ujar Hazen dan Sanzo menoleh ke arahnya.

"Siapa ayah kau? Dia separuh naga?" soal Hazen dan Sanzo hanya tersenyum.

"Aku tak tahu siapa ayah aku sebenarnya.. Dia tidak beritahu apa identitinya..." jelas Sanzo dan Ikhwan sekadar mendiamkan diri.

"Nama dia?" soal Hazen ingin tahu.

"Kau nak jadi wartawan ke Hazen?" soal Sanzo pula dan Hazen ketawa sahaja.

"Jawab je la.. Aku terasa ingin tahu..." jelas Hazen dan Sanzo tersenyum.

"Kenji.. Nama dia Yamasato Kenji.." jawab Sanzo dan Sophie hanya mendengar.

"Kalau dia adalah naga.. Separuh naga maksud aku.. Mesti dia ada nama lain?" soal Ikhwan.

Sanzo dan Hazen menoleh ke arahnya,Sanzo mula berfikir dan teringat sesuatu. Kata-kata ayahnya mengenai sesuatu,ia mengenai nama lama ayahnya?

"Kalau tak silap.. Jesar?" sebaik Sanzo berkata sedemikian,Sophie terkejut dan keluar segera.

Ikhwan dan Hazen berpandangan,Sanzo agak terkejut dengan reaksi air muka Sophie. Lantas Sophie memegang bahu Sanzo,tidak tahu apa yang berlaku dan Sanzo hanya mendiamkan diri.

"Kamu kata Jesar?" soal Sophie.

"Ha? Kenapa ni?" Sanzo kehairanan.

"Nama asal ayah kau,Jesar?" soal Sophie dan Sanzo terkebil-kebil.

"Apa yang saya dengar dari dia sendiri ketika itu,ya...memang Jesar,Lord of The Skies..?" kata Sanzo lagi dan cengkaman bahu terlepas.

Sophie tergamam dan terduduk,Sanzo segera membantunya dan Sophie seperti terkejut. Ikhwan dan Hazen segera berdiri,mereka juga risau dan Pheara berlari ke arah mereka sebaik nampak apa yang berlaku.

"Kenapa ni puan?!" soal Sanzo  cemas.

"Jesar... Adalah adik saya..." tutur Sophie dan Sanzo terkedu mendengarnya.

Apa yang dikatakan oleh Sophie,jelas kedengaran oleh Pheara,Elene,Tez begitu juga dengan Rea. Aphys dan Astia tidak bersama kerana menemani Irish yang sedang berehat,Sanzo hanya mampu terkejut dan membantu Sophie bangun.

"Adik? Takkanlah.." kata Sanzo cuba menafikan.

"Mata dia biru seperti langit bukan? Rambut dia seperti kamu,perang.. Sentiasa tenang dan tersenyum.. Betul kan?" Sophie menyatakan ciri-ciri mengenai Jesar yang didakwa adiknya.

Sanzo terdiam dan apa yang dikatakan oleh Sophie adalah betul,rambut Sanzo diwarisi daripada ayahnya Kenji atau nama asalnya adalah Jesar.

Tez terkejut dan berpandangan dengan kakaknya,Rea juga tidak terelak dari terkejut. Pheara hanya mampu terdiam,dia juga terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Sophie.

"Ini bermakna Sophie adalah mak cik Sanzo?" soal Hazen dan Ikhwan memberi isyarat supaya diam.

"Jesar,ayah kamu.. Lahir dari perkongsian naga iaitu ayah kami,serta ibu manusia.. Selepas lahir.. Dia dijaga oleh ibu manusia dia..." ujar Sophie.

"Ibu manusia?" soal Ikhwan.

"Jesar boleh katakan adik tiri.. Yamasato Kenji adalah nama manusia dia.. Jika dia bertarung..barulah dia gunakan nama Jesar.." jelas Sophie dan Sanzo mula ingin tahu.

"Manusia tidak boleh hidup lama...ibu Jesar mati di usia 70 tahun.. Jesar pula mula sedar dia bukan manusia sebelum dapati nama dia satu lagi..." kata Sophie meneruskan penerangan.

"Semasa tu umurnya baru cecah 25 tahun.. Ayah kami datang ambilnya.. Memberitahu perkara sebenar,Kenji atau Jesar mula belajar tentang puak naga.. Mempelajari tinju naga.. Dia berada di Realm of Dragon selama hampir 20 tahun..." jelas Sophie lagi dan Hazen hanya mengangguk faham,Ikhwan menjeling Sanzo yang terkejut ketika itu..

"Jesar turun semula ke bumi.. Selepas berlatih dan dia merantau ke seluruh tempat.. Lepas itu kami terputus hubungan.. Tidak tahu sama ada sudah mati ataupun masih hidup..." ujar Sophie mengalirkan air mata.

"Sophie..." Pheara memeluknya dan Sanzo hanya mampu terdiam,dia tidak tahu nak memberi reaksi bagaimana.

Elene dan Tez serta Rea hanya mampu mendiamkan diri,Sanzo menekup muka dan helaan nafas dilepaskan panjang.

"Okay sekarang aku ada mak cik dengan sepupu?" soal Sanzo.

"Sanzo adalah sepupu kita?" soal Tez memandang Rea.















========================

Hahaha..twist again?

Terkejut tak?

Sophie adalah mak cik Sanzo

Brollmuthaz,Amreadous dan Astia adalah sepupunya

Apa reaksi Sanzo seterusnya?

Kena tunggu

Please COMMENT & VOTE untuk chapter seterusnya

Ciao

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now