Chapter 37 : Poison & The Reason

1.2K 129 30
                                    


Astia dan Aphys berada di halaman dojo,kemudian pintu utama dibuka. Tez muncul melangkah masuk,Aphys kehairanan dan Astia langsung tidak ambil peduli. Elene yang mengekori dari belakang,mula risau dan tertanya-tanya siapa pemuda yang selamatkan dia.

Imbas semula...

"Ikhwan,Ikhwan Syah Al'Solleh.." ujar pemuda itu.

"Nama yang unik.. Kau adalah dewa juga ke?" soal Tez.

"Dewa? Nah.. Saya cuma manusia biasa sahaja.." jelas pemuda bernama Ikhwan itu.

"Manusia biasa tak mampu keluarkan api dari tangan.." ujar Elene dan Ikhwan hanya tersenyum.

"Itu mungkin saya luar biasa sedikit sebagai manusia.." kata Ikhwan dan Tez serta Elene berpandangan.

"Lagi satu.. Individu tadi adalah penyamar.." jelas Ikhwan dan mereka berdua terkejut.

"Jika tiada masalah lain,saya minta diri dahulu.." kata Ikhwan berjalan melepasi mereka.

Tez dan Elene tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Ikhwan,tetapi mereka jelas merasai individu itu bukanlah manusia biasa.

"Nanti!!" Elene ingin bertanya lagi namun apabila dia toleh,individu bernama Ikhwan telah hilang dari pandangan.

"Dia.. Dia.. Hilang.." Tez tergamam.

"Siapa dia? Malah mampu bercakap dalam bahasa kita.." Elene mula bingung.

"Itu perkara kedua.. Pertama sekali,tadi dia kata Rea yang menyerang awak bukan Rea yang sebenar?" soal Tez dan Elene terdiam.

Tez terus berlari pergi dan ingin kembali ke dojo,Elene segera menyusul dari belakang menemaninya.

Imbasan tamat...

"REA!!" Tez menolak kasar pintu slide bilik Rea,mukanya yang sedang marah terus berubah terkejut.

Rea terbaring dalam keadaan menahan sakit,badannya pula berpeluh dan nafasnya tidak stabil. Tez segera meluru ke arahnya,Rea diletakkan pada pangkuannya.

"Rea! Hey! Apa yang berlaku ni?!" soal Tez mula cemas dan Elene yang baru muncul terkejut dengan apa yang berlaku.

"Thaz...is Elene okay?" soal Rea.

"Yeah.. She's fine now.. But what's going on? What happened to you?" soal Tez cemas.

"The one who attacked Elene is a imposter.." jelas Rea dan Tez hanya mendengar.

Rea memberitahu selepas gagal mencederakan Elene,penyamar tersebut melarikan diri dan bertemu dengannya. Malah berlaku pertarungan di antara mereka,tetapi Rea tidak berjaya menghalangnya kerana terkena racun oleh penyamar tersebut.

"Damn it..! Where I have to find the cure!! I can't let you die!.." Tez berkata cemas.

"Oh my cute little brother.. You really love me that much?" soal Rea tersenyum.

"It's not the time you joking around!" ujar Tez.

"Apa yang berlaku ni?" soal Sophie dan terkejut melihat keadaan anak perempuannya.

Sophie segera mendapatkan Rea,Tez diarahkan meletakkan Rea di atas futon. Sophie memeriksa keadaan anaknya,dia terkejut kemudian menggelengkan kepala.

"Racun tu amat berbahaya.." ujar Sophie.

"Tiada penawar ke?" soal Tez.

"Ada.." ujar Sophie dan Tez tersenyum girang.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now