Chapter 55 : Brollmuthaz's Rage

1.2K 140 43
                                    


Tubuh badan Belzebob terbelah dan Sanzo hanya menyarung semula pedangnya,Tez pula mengibaskan tangannya dan merengus sahaja.

"Kau lambat la menyerang.." ujar Sanzo.

"Apa pulak? Aku tak minta pun pertolongan kau!" bidas Tez mengetap gigi.

"Woo tu bahaya.." ujar Belzebob muncul di satu tempat.

"Apa?!" soal Tez terkejut manakala Sanzo hanya mendiamkan diri..

Belzebob berdiri dengan tenang bagaikan tiada apa-apa,tetapi mukanya sedikit calar dan dia masih berlagak biasa. Senyuman sinisnya masih kekal seperti tadi,Tez merenungnya dengan tajam.

"Serangan kamu sememangnya hebat.. Jika aku lambat sikit pasti sudah mati.." kata Belzebob dan peluh mengalir di pipi.

Tez ingin melakukan tindakan namun Sanzo menghalang,Belzebob kehairanan dengan keadaan tersebut. Renungan Sanzo buatkan Belzebob terasa badannya terkena renjatan elektrik,air liur ditelan dan Sanzo menghela nafas pendek.

"Macam ni lah.. Kau pilih antara dua..." ujar Sanzo dan Tez hanya mendengar.

"Apakah ia?" soal Belzebob.

"Pertama.. Kau nak terus berlawan? Kedua.. Atau kau nak berundur?" soalan Sanzo mengejutkan Tez dan Belzebob.

"Apa maksud kau ni Sanzo?" soal Tez.

"Kenapa dengannya?" Sanzo menyoal.

"Kau nak lepaskan demon tu?!"

"Aku bagi dia dua pilihan..."

Tidak lama lepas itu kedengaran hilai tawa daripada Belzebob,Sanzo dan Tez hanya memerhatikan dia sahaja. Mukanya ditekup dan menggigil,lantas mengibas tangannya lalu menghasilkan gelombang yang kuat menolak Sanzo dan Tez ke belakang sedikit.

"MANUSIA KOTOR! JIJIK! BERANI KAU MEMANDANG RENDAH PADA AKU?!" Belzebob menjerit dan amarah menguasai diri.

Amukan kuasa Belzebob hanya diperhatikan oleh Sanzo dan Tez,mereka berbalas pandangan dan seolah-olah ada kemusykilan dalam diri masing-masing.

"Manusia? Siapa?" soal Tez.

"Apa?" Belzebob kehairanan.

"Kalau kau maksudkan orang ni,dia separuh naga,separuh dewa... Manusia sikit la.. Itupun nenek dia.." ujar Tez memberi penjelasan panjang lebar.

"Aku tak pernah jumpa nenek aku.. Rasa dah beribu tahun dia pergi.." Sanzo berfikir sejenak.

"Tapi dia tetap nenek kau.." kata Tez.

"Betul juga.. Walaupun aku tak kenal dia.." jelas Sanzo.

"Sabarlah bro.. Yang hidup pasti mati.. Kecuali immortal macam kita..." ujar Tez menepuk bahu Sanzo.

Sekali lagi Belzebob diabaikan dan dia menggigil menahan marah,lalu menjerit dengan kuat dan meletupkan seluruh kawasan. Gegaran kuat terhasil dan dirasai jelas oleh Pheara serta yang lain,Pheara mula risaukan Sanzo ketika itu.

Belzebob terapung di tengah-tengah kawasan kawah hasil dari perbuatannya,dia menundukkan wajahnya kemudian ketawa puas. Habuk dan asap tebal sahaja kelihatan,tetapi satu tekanan terhasil dan melenyapkan habuk serta asap yang ada.

Tekanan itu hasil dari kibasan sayap gergasi,yang terbuka melindungi Sanzo dan Tez. Malah sayap tersebut adalah milik Tez,si demon menghela nafas lega. Sanzo pula hanya mendiamkan diri,semasa letupan itu berlaku Tez sempat mengeluarkan sayapnya.

"Mus.. Mustahil..." kata Belzebob terketar-ketar.

"Oi apa main-main letup ni? Rosak keindahan alam kau tahu?" soal Tez selamba dan Sanzo membuat muka blur sahaja.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now