Aku menyandar pada dinding,Ebisu pula hanya memandang ke luar halaman. Sambil membelakangkan aku,dia sekadar mendiamkan diri. Perasaan marah dan dendam bermain dalam fikiran,melihat gadis kecil seperti Aphys menjadi mangsa dewa bernama Igdes.Aku betul-betul ingin pecahkan muka dewa tak guna itu,tapi bukan cara aku untuk merempuh masuk ke God Realm. Ini akan menambahkan kesulitan dalam hal Pheara,aku menghela nafas pendek.
"Apa yang kau fikirkan Sanzo?" soal Ebisu.
"Tiada apa.. " kata aku dan Ebisu hanya tersenyum.
"Aku percaya kau nak cari dewa bernama Igdes itu bukan? Kau nak pecahkan mukanya,patahkan tulang dia.. Lepas tu kisar sampai lumat..." ujar Ebisu dengan muka tidak berperasaan.
"Kau ingat aku bodoh ke? Lagi satu aku tak ada nak patahkan tulang atau kisar ke apa.. Berhenti baca fikiran orang dewa sengal.." kata aku menghela nafas pendek dan Ebisu hanya ketawa sahaja.
"Berapa lama kita tak berbual macam ni?" soal Ebisu.
"Entah.. Beratus tahun agaknya.." balas aku main meneka.
"Salah kau terperuk dalam dojo tu.." ujar Ebisu menjeling.
"Diamlah.. Tak susahkan kau pun.." bidas aku membalas jelingannya.
"Tapi kau buat Bishamonten risau.." ujar Ebisu lagi dan aku hanya menghela nafas pendek.
"Perlu ke kau sebut nama dia?" soal aku mengerutkan dahinya.
"Come on Sanzo.. Everybody make mistakes.." jelas Ebisu.
"Mistake for killing you own friend?" soalan aku buatkan Ebisu terdiam.
"If she wanna ask a forgiveness,I already forgive her.. But to stay like old time,never.. You can told her that.." tambah aku dan melangkah masuk ke dalam bilik.
Ebisu hanya mendiamkan diri sahaja,dia tidak berganjak dan hanya memerhatikan ke luar halaman. Aku sedar Aphys sudah bertenang,mereka memandang ke arah aku. Pheara dan aku berbalas tenungan kemudian mengangguk,aku pula sekadar tersenyum kelat dan menghampiri Aphys.
Aku dan Aphys agak lama berbalas pandangan,dia jelas risau dan takut kemudian aku menghela nafas pendek. Kepala aku usap beberapa kali,kemudian memandang Aphys.
"Siapa nama kau?" soal aku dengan nada lembut.
"Aphys,Goddes of Sky.." ujar Aphys agak takut-takut,rambutnya aku usap dan dia tersentak namun hanya terkebil-kebil.
"Bagus.. Nama aku Yamasato Sanzo.. Kau nampak aku macam normal.. Tapi aku adalah manusia yang hidup ratusan tahun.." jelas aku dan Aphys terkejut kemudian dia mula tersenyum.
"Waa... Hebatnya..." ujar Aphys dan aku tersengih mengusap kepalanya lagi.
"Boleh saya panggil awak abang Sanzo?" soalan Aphys mengejutkan semua termasuk aku sekali.
"Abang? Tapi kenapa?" soal aku.
"Tak tahu.. Tapi berbual dengan abang Sanzo buatkan saya mempunyai keluarga.." jelas Aphys dan aku mendiamkan diri.
"Tak boleh ke?" soal Aphys dan aku menghela nafas pendek,kemudian menoleh ke arah Pheara dan dewi itu tersenyum menganggukkan kepala.
"Panggillah apa yang kau suka.." ujar aku mengusap kepala Aphys sekali lagi,tanpa aku sedar Aphys memeluk aku.
"Terima kasih..." ujar Aphys memeluk aku begitu erat,aku hanya tersenyum dan membalas pelukannya.
Pheara,Elene,Sophie dan Astia hanya memerhatikan dengan senyuman. Ebisu pula sekadar tersenyum bangga,dia hanya menghela nafas pendek dan beredar pergi. Adakah dia tahu perkara seperti ini akan berlaku?
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...