Chapter 102 : Happiness & New Life

1.1K 100 8
                                    


Perlawanan yang lama telah berakhir,namun meninggalkan kesan mendalam bagi umat manusia. Melihat tempat mereka menjadi medan peperangan dengan begitu sahaja,Sanzo yang dipapah oleh Pheara menyaksikan dari langit. Mereka turut ditemani yang lain,Kenji dan Lucas sekadar mendiamkan diri.

"Peperangan yang berlaku meninggalkan kesan yang teruk.." ujar Osiris.

"Benda seperti ini tidak boleh dielakkan..." satu suara mencelah.

Semua menoleh dan Osiris terkejut,Asheia kehairanan dengan reaksi Osiris. Sanzo melutut pada individu yang muncul itu,Kenji pun sama turut berbuat demikian.

"Yang Mulia Amaterasu..." ujar Sanzo dan Kenji serentak.

"God Emperor of this Realm.." ujar Osiris.

Lelaki yang digelar Amaterasu diiringi Takemikazuchi dan Ebisu,begitu Bishamonten yang menjeling ke arah Sanzo. Pheara sedar tindakan Bisha dan segera dewi perang itu,kerana menyedari Pheara perasan tindakan dia  segera mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Yamasato Kenji.. Yamasato Sanzo.. Kishiryu.. Bangunlah.." ujar Amaterasu tersenyum.

Amaterasu memandang ke bawah,melihat keadaan kerosakan yang dialami selepas peperangan yang berlaku.

"Ia mengambil masa yang lama untuk mereka bangkit.." jelas Amaterasu dan Sanzo merasa serba-salah.

"Tiada apa yang mampu kita lakukan?" soal Irene.

"Mustahil.. Jika dengan kuasa kita tidak dapat pulihkan dengan cepat.." Elene membalas sambil menggelengkan kepala.

"Betul ke?" soal Frirja pada Tez.

"Ya.." Tez menjawab pendek.

"Kata-kata daripada seorang yang mengalah.." Hilna berkata sinis.

"Hey Hilna!" Elene bengang dengan usikan Hilna pada Tez.

Irish yang memegang bahu Aphys,hanya berbalas tenungan dengan Sophie. Mereka tidak mahu masuk campur,Astia pula meletakkan kepalanya pada tubuh Sophie,dia sudah kepenatan kerana pertarungan tadi. Ruhiel dan Rea berdiri secara bersebelahan,dua orang gadis itu hanya mendiamkan diri.

Lucas menoleh Lohrryn meminta jawapan,Lohrryn menggelengkan kepala tanda tiada jawapan yang mampu membantu manusia di bawah.

"Apa kata serahkan pada aku?" soal satu suara dan semua menoleh.

Zanery Zane ataupun lebih dikenali sebagai Z,tersenyum berdiri memerhatikan keadaan bawah. Sanzo kehairanan dengan kehadiran Z,apa yang Z buat di sini dan Kenji ingin berkata-kata namun Z memintanya supaya diamkan diri sahaja.

"God of Creator...?" Osiris terkejut begitu juga Amaterasu.

Z tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Osiris,Z segera menghalakan tangan ke arah dunia di bawah. Cahaya terhasil dan Z halakan ke dunia tersebut,cahaya yang terang menerangi seluruh kawasan. Sanzo dan yang lain menutupi matanya,Osiris dan Amaterasu hanya membesarkan mata.

Seluruh kawasan yang rosak teruk pulih,bangunan-bangunan yang runtuh mula dibaiki begitu sahaja. Seluruh kawasan yang hancur,dipulihkan seperti tidak terjadi apa-apa. Osiris memandang ke arah Z yang sedang fokus melakukan restoration,kemudian petikan jari dilakukan oleh Z dan semua menjadi seperti sediakala.

"Alright my work here is done.." ujar Z dan semua menoleh ke arahnya.

"Good day guys.. No need to thank me... And adeu!" sebaik sahaja berkata begitu,Z terus lenyap di hadapan mereka.

Sanzo hanya mampu terdiam dan keadaan dunia,telah pulih sepenuhnya apabila mereka turun untuk melakukan pemeriksaan. Ternyata lelaki bernama Z tadi,tidak bermain-main dengan dia. Lengannya disentuh oleh Pheara,Sanzo menoleh ke arah Pheara dengan penuh tanda-tanya.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now