Chapter 22 : Aphys,Goddes of Sky

1.5K 158 12
                                    


Kayangan

Sebuah taman yang indah dengan bunga mekar,keharuman semulajadi membuatkan kita terlena seketika. Rama-rama berterbangan di udara menghinggap di atas bunga,aku menongkat dagu sambil memerhatikan kanak-kanak bermain di taman.

Nama aku Aphys The Goddess of Sky,langit adalah kawasan jagaan aku. Memastikan tiada demon menceroboh sesuka hati,tapi kadang-kadang aku suka berehat di taman ini untuk melepaskan bebanan seketika. Aku menggeliat panjang dan helaan nafas dilepaskan,alangkah indahnya jika begini berterusan.

Tiba-tiba bahu aku disentuh,apabila aku toleh terus terkejut.

"Goddess Aphys..." seorang wanita berambut hitam,merenung aku dengan tajam.

"Goddess Irish..." ujar aku menelan air liur.

"Apa yang kamu lakukan di sini?" soal wanita bernama Irish.

"S-saya..."

"Kamu curi tulang?"

"Saya cuma berehat!"

"Berehat? Dalam keadaan sekarang ni?" soal Iris dengan renungan tajam,aku hanya mampu tertunduk diam.

"Pergi lakukan tugasan kamu..." arah Irish dan aku hanya mampu mengangguk.

"Baik,ibu..." ujar aku.

"Berapa kali aku dah beritahu? Jangan panggil aku dengan panggilan itu..." Irish merenung aku sekali lagi,aku hanya mampu mengangguk sahaja dan beredar.

Irish,Goddess of Battle dan dia adalah ibu aku. Tetapi sebaik sahaja aku lahir,aku terus diletakkan bawah jagaan dewa lain. Iris kadang-kala menjenguk aku,tetapi hanya sebagai memastikan aku tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Sebab utama dia lakukan sebegitu pada aku,hanya kerana aku separuh manusia dan dia membencikan manusia. Sedangkan aku adalah anak dia,juga mempunyai bukti aku seorang dewa.

Aku ada dengar khabar angin beratus tahun yang lalu,aku juga ada seorang abang tetapi ibu telah bunuhnya sebaik lahir. Seorang ibu sanggup bunuh anaknya sendiri?

Jika begitu kenapa dia tidak tamatkan nyawa aku?

"Kenapa mengelamun seorang diri?" soal satu suara dan sebaik aku toleh,Goddess Elene memandang aku dengan senyuman.

"Goddess Elene.. Ia tiada apa yang penting.." jelas aku.

"Iris lagi?" soalan Elene buatkan aku tersentak.

"Bingo.." ujar Elene pendek dan aku hanya mendiamkan diri.

"Saya tak faham kenapa dia layan anak sendiri seperti orang luar? Sebab kamu ada darah manusia?" Elene berkata dengan muka tidak berpuas hati.

"Goddess Elene..." ujar aku pendek dan Elene memandang ke arah aku.

"Manusia... Apa pendapat Goddes Elene?" soal aku dan Elene agak terkejut kemudian tersengih.

"Boleh tahan.. Mereka tidak berkuasa seperti kita,tapi mereka mengenali kelemahan masing-masing..." ujar Elene.

"Jadi sebab itu Goddes Elene lebih suka turun ke bumi?" soalan aku buatkan Elene termenung kemudian tersentak.

"Goddes Elene?" soal aku lagi.

"Tak ada apa.. Sebenarnya.. Saya ingin tanya awak sesuatu.." soal dewi itu dan aku hanya kehairanan.

"Igdes dan Aena.. Mereka ada lakukan perkara yang mencurigakan?" soal Goddes Elene dengan muka yang serius.

Aku terdiam kemudian berfikir sejenak,tapi aku menyedari ada seorang dewi tidak kelihatan sejak 2 bulan.

Goddes of Valkryie,Pheara...!

Adakah Goddes Elene tanya disebabkan ada kena-mengena dengan kehilangan Dewi Pheara?

"Ada sesuatu yang berlaku pada dewi Pheara?" soal aku dengan nada perlahan dan dewi Elene hanya menghela nafas pendek.

"Ya.. Igdes serang dia 2 bulan yang lalu.." jelas dewi Elene.

"Kenapa tidak laporkan perkara ini?" soal aku mula risau.

"Kita tiada bukti menunjukkan Igdes melakukan semua itu.." ujar dewi Elene kecewa dan aku hanya menundukkan kepala.

"Janganlah risau.. Pheara ada bodyguard yang hebat..." jelas dewi Elene dan aku agak terkejut.

Bodyguard?

Seperti pengawal peribadi?

"Manusia?" soal aku dan dewi Elene tersenyum menganggukkan kepala.

"Adakah manusia itu seteruk yang ibu.. Tak dewi Irish..katakan?" soalan aku disambut senyuman tawar oleh dewi Elene.

"Jika kamu nak panggil dia ibu.. Panggil sahaja.. Saya tak kisah Aphys.." kata dewi Elene dan aku hanya mendiamkan diri.

"Berkenaan soalan kamu itu,manusia ni teruk? Tidak benar,sesetengah mungkin tetapi mereka boleh berubah.. Mampu berdikari dan juga teruskan hidup.. Mereka bergelut untuk hidup.. Ada yang pentingkan diri sendiri,ada juga yang jenis suka membantu tanpa mengharapkan balasan..." ujar dewi Elene mendongak ke atas,senyuman tidak lekang dari mulut dia.

Aku tergamam mendengar penjelasan dewi Elene,kemudian aku hanya mendiamkan diri dan tersenyum. Manusia adalah makhluk yang unik,kerap kali aku curi masa ke perpustakaan untuk mencari maklumat bagi manusia.

"Aphys..." dewi Elene menyentuh bahu aku dan menoleh ke arahnya.

"Ada masa kamu turun ke bumi.. Buat masa ini saya tinggal di bawah.. Sebuah dojo lama.." ujar dewi Elene mengibarkan sayapnya,kemudian ke belakang sedikit.

"Dewi Elene..." kata aku memanggilnya dan dia memandang sambil tersenyum.

"Terima kasih kerana sudi luangkan masa.." ujar aku tersenyum ceria.

"Sama-sama.. Jumpa lagi.." dewi Elene terus terbang pergi dari situ.

Aku menghela nafas pendek,sambil memandang ke atas. Langit membiru dan bulan jelas kelihatan,burung berterbangan secara berkumpulan melepasi kawasan. Amat cantik dan bergaya,alangkah bagus jika aku dapat bebas seperti itu. Sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh dewi Elene,aku tersenyum sendirian dan ketawa kecil.

"Mungkin saya patut turun jenguk ke bawah..."

Tetapi pada masa yang sama,ketika aku tidak sedar terkena serangan misteri. Sehingga aku terjatuh ke bumi,siapa yang serang aku?

Pada masa yang sama juga,Sanzo yang sedang duduk berehat di puncak gunung ketika berehat selepas melakukan latihan. Dia meneguk air mineral kemudian menghela nafas lega,saat itu dia perasan satu objek menjunam laju.

"Apa benda tu..." soal Sanzo dan apabila diamati,seperti manusia yang terbakar turun ingin menghempas laju ke bumi.

Sanzo terkejut dan melihat ke kiri dan ke kanan,kemudian dia melepaskan helaan nafas dan terasa sedikit perubahan. Lantas dia melompat tinggi ke arah objek tersebut,dia menangkap dan Aphys dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sanzo perasan sayap putih,dia mendecih dan menghela nafas pendek.

"Ouh.. Fuck... A god?"

Seseorang menurunkan senjatanya selepas menyerang Aphys,orang itu hanya beredar pergi dan melepasi Igdes tanpa berkata apa-apa. Senyuman sinis Igdes terukir dan Aena,hanya memerhatikan gelagat Igdes dan beredar.















==========================

Hellooo guys

Bagaimana update terbaru

Ni aku nak beritahu,ini update terakhir bagi GODDES & THE IMMORTAL

Selepas seminggu raya Insha Allah aku akan update.

Jadi komen dan vote ya

Asalamualaikum

&

Ciao!

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now