Chapter 87 : War & Reinforcement From Another World

973 107 22
                                    

🔶Imej untuk Kenji di media🔶

(Gambaran untuk Army of Dead)

Kenji menghela nafas pendek,melihat Sanzo dan yang lain pergi. Lengannya ditarik oleh Aphys,Kenji menoleh ke arah Aphys.

"Okay ke kami di sini?" soal Aphys.

"Yalah.. Takkan kami perlu bersembunyi di sini.." kata Astia pula tidak berpuas hati.

"Kita akan lindungi dojo ini serta God Emperor dan Goddess Empress.." jelas Irish pada Aphys.

"Ya.. Kita tidak tahu sama ada dojo ini selamat jika kita tinggalkan.." balas Kenji.

"Maknanya kita juga akan berlawan?" soal Astia dan Kenji mengangguk.

"Yossha! Asobo yo!!" Astia berkata girang.

Tez menjerit seiring mencengkam muka askar kematian,lalu menyeret askar tersebut dihempaskan ke tanah. Gegaran yang kuat terhasil,dia menggayakan tangannya membuka cakar dan meluru laju ke arah ratusan askar kematian yang menyerang.

KRAANG!!

KDANGG!!

Elene yang mengekorinya hanya mampu memerhatikan sahaja Tez menggila,Sanzo dan Pheara bersama yang lain baru tiba.

"Frirja! Hilna..! Kamu pergi bantu orang awam.. Irene pula ikut saya dan Sanzo.." Pheara berkata seiring menyeru pedangnya.

"Baiklah.." Frirja dan Hilna berpandangan kemudian siap sedia dengan menyeru senjata masing-masing.

Frirja dan Hilna terbang pergi dari situ,Irene pula menyeru lembingnya dan terus bersiap-sedia.

"Master.." seorang ninja berpakaian serba hitam,muncul melutut ke arah Sanzo.

"Hanzo.. Bagaimana dengan yang lain?" soal Sanzo.

"Penduduk kampung kami telah pindahkan.. Kini Hattori serta yang lain sedang pertahankan kawasan masing-masing.." jelas ninja bernama Hanzo.

"Bagus.. Pastikan jangan sampai mereka sentuh manusia.." jelas Sanzo dan Hanzo mengangguk faham kemudian hilang dari pandangan.

Sanzo menyedari kehadiran askar kematian,malah mengepung mereka dan Irene ingin mula menyerang tetapi dihalang oleh Pheara.

"Goddess?" soal Irene kehairanan.

Sanzo melangkah ke hadapan dengan tiba-tiba,pedangnya ditarik sedikit dan askar kematian tersebut mengaum lalu ingin menerkam Sanzo. Irene terkejut dan ingin bertindak,tetapi Sanzo hanya dengan muka yang tenang menarik pedangnya.

INFINITY SLASH!!

Sekelip mata askar kematian dipotong bagaikan dicincang dengan pisau pemotong daging sehingga hancur.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now