"Awak berguru di bawah Raja Naga?" soal Pheara."Itu agak.. Me.. Nak.. Jub.. Kan.." kata Bisha kagum.
"Saya tak rasa ia sesuatu yang mengagumkan.. Ajaran dia amat ketat dan tegas.." jelas Sanzo tersenyum kelat.
"Maksudnya?" soal Pheara.
Sanzo hanya tersenyum dan menceritakan bagaimana melatihnya,dalam jangka masa yang lama dan boleh dikatakan hampir dua tiga tahun. Ajaran daripada insan bernama Ikhwan,juga merupakan neraka baginya.
"Neraka? Maksudnya?" soal Bisha.
"Latihan Ikhwan bukan sembarangan,setiap dari apa yang diajar mempunyai skill tersendiri.. Saya bernasib baik mampu mempelajari dengan cepat..." jelas Sanzo.
"Waa... Bagaimana manusia boleh hidup ratusan tahun selain kes awak?" soal Pheara dan Sanzo tersenyum mengingati apa yang berlaku.
Selepas tiga tahun Ikhwan terus hilang begitu sahaja,Sanzo cuba mencari gurunya namun Ikhwan tidak dapat dijejaki dan selepas Bisha ceritakan sebenarnya Ikhwan adalah orang dari dunia lain barulah Sanzo faham.
"Kalau begitu peredaran masa dunia kita lebih cepat dari masa di dunia Ikhwan Syah.." ujar Sanzo dan Pheara mula faham.
"Apa yang dia masa tu Bisha?" soal Sanzo dan Bisha agak terkejut,kemudian mengingati semula.
"Dia keluarkan sesuatu dari tubuh orang yang menyamar menjadi Rea.." jelas Bisha dan Sanzo teringat sesuatu.
"Aku mencari sesuatu di dunia ini.. Tetapi tidak tahu di masa bila.. Rasanya aku dah salah masuk zaman ni..hahaha..."
Sanzo hanya tersenyum sahaja dan agak kecewa,dia tidak dapat bertemu dengan gurunya lagi.
Tetapi mengetahui Ikhwan dalam keadaan yang lebih baik,dia menghela nafas lega dan tersenyum kepada Pheara.
"Asalkan dia bahagia..itu sudah cukup.. Sebabkan dia aku mampu berada di tahap ini." kata Sanzo tersenyum,Pheara dan Bisha mengangguk setuju.
Tez pada masa itu menguap panjang,Rea memandangnya dengan penuh tanda tanya. Tez hanya menekup muka,dia meraup dan menggeliat panjang.
"Sakit gak tidur duduk ni.. Salah kau la.." kata Tez dengan muka monyok.
"Salah aku? Aku yang sakit okay?" kata Rea bengang.
"Tapi kau dah sihat." balas Tez dengan muka blur.
Rea menghembus nafas dan merenung adiknya,Tez tersentak dengan renungan kakak dia. Air liur ditelan dan merasakan kakaknya,sedang marah padanya.
"Kau dan Elene.. Bercinta?" soal Rea dan Tez bagaikan dipanah petir,dia belum bersedia untuk beritahu mengenai hal ini pada kakak sulungnya.
"Ya atau tidak?" soal Rea.
"A-apa yang kakak fikirkan seperti itu..?" soal Tez menelan air liur.
"Kamu apabila cuba menipu akan tergagap.. Seperti sekarang ni la.." kata Rea dan Tez ingin membuka mulut.
"Memang kami bercinta.. Kau nak buat apa?" soal Elene dari belakang Tez,Aphys dan Astia masih lagi tidur di ribanya.
"Elene!" Tez mula risau dan Rea merengutkan dahi.
"Apa yang kau nampak dalam diri Tez? Sebab apa kau cintakan dia?" soal Rea.
"Pentingkah? Kena ada sebab yang kukuh?" soal Elene pula dan Rea mengetap gigi.
"Dia adik aku,sudah tentu penting untuk aku tahu.." jelas Rea dan Tez hanya mendiamkan diri.
"Apa yang buatkan kau bertanya seperti ini?" soal Elene.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...