Suasana pagi yang sunyi dan hanya kedengaran bunyi burung berkicauan,daun kering yang gugur berterbangan ditiup angin. Suhu cuaca adalah 9°celcius dan kelihatan Sanzo,sedang berdiri tegak di tengah-tengah halaman belakang dojo. Matanya dipejam dan hakama bahagian atas dibiarkan lepas,menunjukkan tubuh sebelah atas yang sasa.Suhu sejuk tidak dihiraukan dan sebaik matanya dibuka,tangannya terus menghayunkan penumbuk dan tendangan. Sanzo sedang melakukan latihan fizikal,Tez dan Elene yang berbual sambil berjalan kadang-kala bertekak terhenti sebaik melihat latihan Sanzo.
"Sanzo berlatih..." kata Elene.
"Ya..aku nampak.." ujar Tez hanya mendiamkan diri.
Pheara pula yang sedang menyediakan teh,sedar latihan Sanzo dan Pheara mula memerhatikan lelaki tersebut. Sophie yang baru sahaja memasuki dapur,menyedari gelagat Pheara dan sedar siapa yang gadis itu perhatikan. Sophie tersenyum dan ketawa kecil,lalu menghampiri Pheara.
"Tangan awak berhenti bergerak Pheara..." ujar Sophie dan Pheara tersentak kerana terkejut.
"KYAAA!!!!"
Jeritan Pheara kedengaran dan Sanzo terhenti dari berlatih,Tez dan Pheara juga mendengarnya. Mereka ingin bergerak ke sana,namun Sanzo terlebih dahulu bergerak pantas menuju ke dapur. Pheara dalam keadaan tergamam,Sanzo yang muncul terkejut melihat keadaan air teh tumpah ke lantai.
"Ah.. Maaf Pheara.. Saya tak sengaja.." ujar Sophie dan Sanzo segera memegang tangan Pheara.
"Pheara awak okay? Ada luka?" soal Sanzo memeriksa tangan Pheara,Sophie yang sedikit terkejut kemudian tersenyum.
Pheara menggelengkan kepala dan muka merona merah,Sanzo membantu dengan membersihkan tangan Pheara yang basah. Tetapi Pheara menahan malu,kerana Sanzo dalam keadaan tidak berbaju sebab hakama dipakai dibuka separuh.
"Tolong berhati-hati..." ujar Sanzo.
"Maaf... Saya akan gantikan.." kata Pheara.
"Saya tak kisah pun pasal barang tu.. Yang penting awak tidak ada apa-apa.." jelas Sanzo dan Pheara terkejut kemudian mengangguk faham tanpa berkata-kata.
Tez dan Elene hanya memerhatikan sahaja,Sophie pula sekadar ketawa kecil dan beredar menuju ke ruang tamu. Sanzo membersihkan set minuman yang pecah,Pheara hanya menghela nafas pendek sebaik keluar dari kawasan dapur.
"Pheara." sapaan Elene buatkan Pheara tersentak.
"Elene..." kata Pheara melihat Elene berjalan ke arahnya.
"Awak okay? Apa yang berlaku?"
"Tak ada apa.. Semuanya okay.."
Pheara segera melangkah pergi,Tez sekadar memerhatikan keadaan itu. Kepalanya yang tidak gatal digaru,bahu dijungkit kedua-duanya tidak faham apa yang berlaku.
Selesai mandi Sanzo segera keringkan tubuhnya,almari dibuka dan hakama tersusun rapi di dalam. Pakaian disalin dan nafas dihelakan,sebaik sahaja keluar dari biliknya. Dia terserempak dengan Pheara yang kebetulan lalu di situ,mereka berdua berbalas pandangan agak lama.
"Berapa lama nak lawan tenung-tenung?" soal Tez mengejutkan mereka berdua dan menoleh ke arah Tez.
"Apa tengok aku? Kiss!!" kata Tez dengan selambanya,Sanzo dan Pheara terkejut kemudian mula geram.
Sanzo dan Pheara beredar tinggalkan Tez yang melekat ke dinding,kali ini bukan perbuatan Sanzo sahaja tetapi Pheara turut membantu.
"Nice teamwork..." ujar Tez mengangkat ibu jari lalu terjatuh,Sophie yang memerhatikan dari jauh hanya tersenyum sahaja.
Sanzo duduk di bawah gazebo,sambil memerhatikan keadaan langit. Awan putih berarak begitu perlahan,burung-burung berterbangan secara berkelompok dengan siulan merdu. Sanzo menghela nafas dan wap keluar dari mulutnya,tidak lama dia sedar Pheara muncul membawa set air minuman teh.
"Nak minum teh?" soal Pheara.
"Apa salahnya.." ujar Sanzo.
Pheara mengambil duduk dan meletakkan set minuman di atas meja,kemudian dia menuang dengan gaya yang lembut. Senyuman Pheara diperhatikan oleh Sanzo agak lama,kemudian sebaik Pheara memandang ke arahnya segera Sanzo menoleh ke arah lain.
"Ada yang tidak kena?" soal Pheara.
"Tak.. Awak teruskan.." ujar Sanzo mukanya merah sedikit.
Pheara kehairanan dan meneruskan menuang air teh,selesai mengisi air dia hulurkan cawan berisi air teh ke arah Sanzo.
"Terima kasih Pheara.." ujar Sanzo.
"Sama-sama.. Sanzo-san.." Pheara mengangguk.
Air teh dihirup dengan sopan,Pheara tersenyum kemudian mengangguk puas hati. Sanzo sekadar tersenyum sahaja melihat gelagat Pheara,terima kasih pada Sophie rasanya ajarkannya mengenai penyediaan air teh.
"Awak okay?" soal Pheara dan Sanzo memandang ke arahnya.
"Kenapa awak tanya?" Sanzo kehairanan.
"Cuma gerak hati,awak tidak seperti biasa.." jelas Pheara dan Sanzo agak terkejut kemudian tersenyum.
"Hari ni hari istimewa..." kata Sanzo.
"Hari istimewa?" Pheara ingin tahu lebih lagi.
"Hari ulang-tahun perkahwinan saya.." jelas Sanzo dan Pheara terkedu.
Elene terkejut melihat keadaan Tez yang terbaring di atas lantai,dia menghela nafas pendek sambil memandang dinding yang retak. Lantas membantu Tez bangun,Elene menggelengkan kepala dan Sophie memanggil mereka.
Bisha duduk sendirian di kerusi awam yang diletakkan khas dalam taman,dia sekadar memerhatikan beberapa orang kanak-kanak yang bermain dan bergurau di taman. Ebisu muncul tidak lama dan duduk di sebelahnya,Bisha sekadar menghela nafas pendek.
"Apa yang kau buat di sini?" soal Bisha dan Ebisu hanya tersenyum.
"Hari ni hari ulang-tahun bukan?" soal Ebisu.
"Ulang-tahun?" Bisha tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Ebisu.
"Ouh tolong la.. Jangan cakap kau dah lupa.." kata Ebisu.
"Kau nak cakap apa Ebisu? Terus-terang sahaja!" Bisha merenungnya Ebisu.
"Ulang-tahun perkahwinan Sanzo dan Koharu.." Ebisu memberi jawapan dan Bisha tersentak.
"Juga hari yang sama kau bunuh dia..." tambah Ebisu..
============================
Hellooo guys
Apa khabar
Lama tunggu
Apa pendapat korang mengenai chapter kali ini?
Harap berpuas hati
Komen dan vote
Ciao!
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...