Chapter 36 : Elene & Tez

1.3K 135 78
                                    

Hilna dibantu oleh Frirja,Elene pula sekadar tersenyum kelat. Pheara pula hanya mendiamkan diri,dia merenung Sanzo dengan penuh pertanyaan. Ebisu telah larikan diri,Takemikazuchi pula tidak mahu memberi penjelasan. Bisha juga sama mendiamkan diri,Sanzo menyedari renungan Pheara.

"Pheara? Ada yang tidak kena?" soal Sanzo.

Pheara memandang lelaki itu agak lama,adakah patut dia tanya sekarang?

Mukanya ditekup dan menghela nafas pendek,Sanzo kehairanan dengan reaksi Pheara.

"Tidak apalah.. Bukan sekarang.." ujar Pheara dan Sanzo mengerutkan dahi.

"Betul?" soal Sanzo.

Takemikazuchi dan Bishamonten berbalas pandangan,kemudian Takemikazuchi memetik jari dan keadaan bertukar ke tempat asal semula. Hilna hanya mendiamkan diri,Elene pula memerhatikan Takemikazuchi.

Elene berpendapat kuasa dewa petir ini,bukan sembarangan kerana mampu mengubah lokasi sesuka hati seperti tadi.

"Mana Ebisu?" soal Sanzo.

"Balik.." ujar Bisha.

"Eh? Kejapnya?" Sanzo kehairanan dan Bisha tersenyum kelat melihat reaksi bengang Pheara.

Bisha memberikan isyarat pada Sanzo,merujuk pada Pheara dan Sanzo hanya memandang ke arah dewi tersebut. Pheara jelas sedang seperti merajuk?

"Pheara?" soal Sanzo.

"Apa?" Pheara menjeling ke arah Sanzo.

"Ada yang tidak kena?" soal Sanzo.

"Tiada.." ujar Pheara menahan geram.

Sanzo berjalan mendekati Pheara dan memeluknya,Bisha dan Takemikazuchi berpandangan. Elene dan Hilna serta Frirja memandang,mereka semua terkejut kerana Sanzo tanpa memberikan isyarat mengucup bibir Pheara.

"Apa yang awak buat? Orang ramai nampak la.." ujar Pheara mukanya merona merah dan masih dalam pelukan Sanzo.

"Awak pula kenapa? Merajuk tanpa sebab.." kata Sanzo dengan lembut dan Pheara terdiam tidak berani memandang ke muka lelaki yang memeluknya.

"Beritahu saya Pheara..." ujar Sanzo dengan lembut,Pheara yang mulanya diam membuka mulut.

"Ebisu.." kata Pheara.

"Ya kenapa dengan dia? Nak saya belasah dia ke?" soal Sanzo dengan muka tidak beremosi.

"Oi.. Oi.. Oi.." serentak Bisha dan Takemikazuchi berkata.

"Bukan itu.." balas Pheara dan Sanzo memandangnya.

"Kalau bukan,apa dia?" soal Sanzo.

"Ebisu gelar awak Kishiryu (dragon knight).." jelas Pheara.

Sanzo membesarkan mata sebaik mendengar kata-kata Pheara,pelukan dia terlerai dan Pheara terkebil-kebil memerhatikan Sanzo yang tiba-tiba senyap.

"Saya akan belasah Ebisu kejap lagi.. Pheara,kita kena berbincang.." ujar Sanzo dan Pheara didukung dalam keadaan bridal-style.

Sekelip mata Sanzo terus hilang dari pandangan,Takemikazuchi dan Bisha hanya berpandangan sahaja. Elene hanya tersenyum menggelengkan kepala,dia menoleh ke arah dua Valkryie itu dan terkejut. Reaksi Hilna jelas tidak menerima apa yang berlaku,manakala Frirja cuba menenangkannya.

"Berani dia cium dewi kita? Walaupun mereka bercinta.. SAYA TIDAK AKAN TERIMA SEMUA INI!!" Hilna membentak dan Elene serta Frirja tersenyum.

"Siapa kau? Ibu dia?"

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now