Chapter 2 : Goddes & The Festival

2.1K 190 11
                                    

Pheara bangun dari lena dan memandang sekitar kawasan,dia teringat apa yang berlaku malam tadi. Pheara segera bangkit dari katil,dia tahu sini bukan Kayangan.

Pheara melangkah perlahan dengan berhati-hati,kesakitan akibat tikaman itu masih terasa. Dia berjalan sehingga melihat seseorang,duduk di kaki lima memandang ke luar.

Pheara masih teringat orang lelaki itu adalah individu yang menyelamatkan dia apabila diserang oleh askar berzirah,lelaki tersebut menyedari sesuatu dan menoleh ke arah Pheara. Mereka berdua berbalas tenungan,lelaki itu atau namanya Yamasato Sanzo memberikan senyuman pada Pheara.

"Selamat pagi... Awak tidur lena?" soal Sanzo.

"Terima kasih.." ujar Pheara.

"Bagaimana dengan kecederaan awak? Sudah kurang..?" soal Sanzo lagi.

"Rasanya..?" Pheara menjawab tersenyum,dia seakan bingung.

"Jangan fikir sangat.. Awak lapar?" soal Sanzo.

Pheara mengangguk sahaja kemudian Sanzo bangun,dia mempelawa Pheara mengekorinya ke dapur. Makanan sudah sedia terhidang,nasi dan ikan grill serta sup miso.

"Awak tahu gunakan?" soal Sanzo menghulurkan chopsticks pada Pheara.

Pheara tidak menjawab dan hanya menyambut huluran chopsticks,dia menjamah makanan yang dihidangkan. Sebaik menjamah segera Pheara menunjukkan reaksi gembira,matanya bersinar-sinar tersenyum girang.

"Sedap bukan? Ada lagi.. Jika kamu ingin tambah.." jelas Sanzo tersenyum.

"Terima kasih,satu lagi..!" ujar Pheara menghulurkan mangkuk nasi pada Sanzo.

"Baik..." Sanzo mencapai dan menambahkan nasi untuk Pheara.

Selesai bersarapan Sanzo berdiri tegak di tengah-tengah gelanggang dojo,Pheara hanya memerhatikan sahaja Sanzo yang sedang memejamkan matanya. Nafas helaan dilepaskan kemudian sebaik matanya dibuka,dia terus menghayunkan penumbuk dan berlatih seni pertahanan diri.

Pheara mulanya memerhatikan dengan minat,tetapi dia tersentak kerana melihat seseorang dalam diri Sanzo yang sedang berlatih. Tetapi Pheara tidak dapat mengingati siapa,Pheara hanya diam dan perhatikan gerak-geri Sanzo.

Sanzo melepaskan helaan sebaik menamatkan latihan,dia mengawal pernafasan dengan baik. Pheara sekadar tersenyum sahaja,Sanzo mengambil tuala yang disangkutkan berhampiran kawasan.

"Yamasato? Boleh saya tanya satu soalan?" soal Pheara dengan tiba-tiba.

"Panggil sahaja Sanzo.." kata Sanzo menoleh ke arah Pheara.

"Baiklah Sanzo,siapa yang mengajar awak seni pertahanan diri?" soal Pheara dan Sanzo hanya menggelengkan kepala.

"Awak tidak mahu beritahu?" Pheara ingin tahu.

"Bukan tidak mahu,tetapi tidak boleh jika aku ingin beritahu..." jelas Sanzo.

"Apa maksud awak?" soal Pheara lagi.

"Aku tidak ingat siapa yang ajar aku.." kata Sanzo tanpa perasaan.

Pheara terdiam dan Sanzo hanya beredar meninggalkan dewi itu sendirian,Pheara hanya memerhatikan sahaja Sanzo pergi.

Sanzo mengemaskan setiap bilik dalam dojo,Pheara hanya memerhatikan sahaja dari jauh. Sanzo diperhatikan oleh Pheara tanpa dewi itu bersuara,selesai sahaja mengemaskan apa yang perlu. Sanzo mengambil masa untuk duduk berehat dan Pheara menghampirinya.

"Awak rajin betul mengemas.." ujar Pheara.

"Sebab untuk sediakan bilik untuk kau.." jelas Sanzo.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now