"Lembah Maut?" soal Sanzo dan Tez dengan muka comel serta mengangguk laju kemudian mukanya dicengkam oleh Sanzo."Kau jangan buat muka comel boleh tak?" Sanzo berkata dengan muka yang bengang.
"Okay.. Okay! Sakit! Sakit!!" keluh Tez dek cengkaman muka oleh Sanzo.
Muka Tez dilepaskan oleh Sanzo,Pheara menghela nafas sambil mengurut dada. Sanzo menyilangkan kedua tangan pada atas dada,dia memandang Tez dan menunggu penjelasan demon itu.
"Ada sesuatu yang aku nak lakukan di sana..aku tak boleh minta bantuan dari puak demon..." ujar Tez memulakan penjelasan.
Sanzo menghela nafas pendek,dia malas nak bertanya apa-apa. Mereka berada di dalam keretapi elektrik,menuju ke tempat yang dituju. Akhirnya mereka tiba di satu tempat,bernama Okinawa dan Tez mendahului kerana dia sahaja yang tahu jalannya.
Tez berhenti di dalam hadapan sebuah hutan,Sanzo hanya menyilangkan kedua tangan pada dada. Pheara sekadar mendiamkan diri,Tez menghalakan tapak tangan dan satu portal terbuka perlahan-lahan. Sanzo agak kagum dengan kebolehan Tez,Pheara hanya tergamam dan Tez tersenyum bangga.
"Kau apahal muka macam tu?" soal Sanzo.
"Hebat tak aku? Kau kagum kan dengan aku kan? Kan? Kan?" soal Tez mengangkat - angkat sebelah kanan.
"Kau ada masa nak berkata seperti itu?" soal Sanzo dan Tez tersedar.
"Mari pergi.. Kita tak boleh biar orang lain nampak kita di sini..." ujar Tez dan Sanzo serta Pheara hanya melangkah masuk portal.
Tez segera menyusul sambil menutup portal tersebut,Sanzo hanya memerhatikan keadaan lembah maut yang dimaksudkan oleh Tez. Pheara tergamam dan merasai aura merbahaya yang jelas terasa,Tez melangkah mendahului mereka berdua.
Satu bayang bergerak laju dan melompat ke udara,Sanzo menoleh sedikit ke belakang dan sasarannya adalah.
ZRAASSH!!!
Pheara
Sanzo memusingkan pedangnya sebelum disarungkan semula,makhluk seperti lipas terbelah tubuhnya. Pheara hanya tergamam kerana tidak dapat menyedari serangan seperti itu,Sanzo menghela nafas pendek melihat Pheara yang sedang kecewa.
Tanpa sedar kepala Pheara disentuh oleh Sanzo,dewi tersebut terkejut dan Sanzo mengusap kepalanya perlahan-lahan sambil menghelakan nafas.
"Sa... Sanzo-san?" soal Pheara.
"Jangan paksa diri.. Awak belum sembuh sepenuhnya.." ujar Sanzo dan Tez hanya menjadi pemerhati.
"Tidak salahkan harapkan aku bukan?" soal Sanzo tersenyum dan Pheara tersentak kemudian membalas senyuman Sanzo,melihat senyuman Pheara membuatkan usapan tangan Sanzo terhenti.
"Boleh saya harapkan awak.. Hehe.." ujar Tez menggedik dan Sanzo timbul urat lalu menarik sebilah pisau.
"Baiklah kita akan gerak sekarang..." Tez berkata sambil kepalanya terpacak pisau milik Sanzo dengan darah memancut.
Pheara hanya ketawa kecil dan Sanzo membuat muka menyampah,kawasan yang mereka berada agak sunyi. Malah diselangi suara burung gagak,Pheara dan Sanzo mengekori Tez dari belakang.
"Kita dah sampai..." ujar Tez dan Sanzo agak terkejut,Pheara hanya mendiamkan diri.
Satu gua yang dipasang gerigi yang besar,malah dikawal oleh enam ekor demon. Tez membuat muka serius dan seperti berada dalam masalah,Sanzo hanya memerhatikan dia tanpa berkata apa-apa.
" Apa yang kau nak lakukan?" soal Sanzo.
"Apa maksud kau?" soal Tez semula.
"Aku mungkin tak kenal kau sangat.. Tapi seperti ada seseorang yang kau ingin selamatkan.." duga Sanzo dan Tez terkejut kemudian tersenyum.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...