Sanzo berdiri tenang membalas tenungan mata setiap satu syaitan,si ketua syaitan mengetap gigi dan kemarahannya memuncak. Tez dan Pheara ingin membantu,tetapi Sanzo mengangkat tangan tanda dia boleh uruskan."SEMUA SERENTAK!! BUNUH DIA!!" Jerit si ketua syaitan.
Lima ekor syaitan mengepung Sanzo di semua arah,si ketua syaitan pula memetik jari. Rantai hitam keluar dari tanah ingin membelit Sanzo,namun sekelip mata rantai hitam dicincang potong.
"Apa?!" soal si ketua syaitan.
"Ada trick lain?" soal Sanzo pula.
"Don't get full yourself!!! Attack!!" kerah si ketua syaitan dan semua syaitan menyerang ke arahnya.
"Yamasato Secret Blade..."
Namun Sanzo dengan tenang menarik pedangnya,suasana sekeliling bagaikan menjadi perlahan bagi pandangan mata Sanzo. Hulu pedang digenggam dan renungan Sanzo,bertukar tajam dan sekelip mata.
ZRAASSH!!
ZTANGG!!!
ZWOSSH!!!
Ketua syaitan terkejut kerana hanya dalam tidak sampai seminit,empat pengikutnya dipancung dengan mudah oleh manusia di hadapannya.
"Dancing in the Dust.."
Semua syaitan rebah tidak lagi bernyawa,tinggal si ketua syaitan sahaja yang masih berdiri. Sanzo menghunuskan pedang ke arahnya,si ketua syaitan melihat renungan Sanzo dan merasakan Sanzo bukan manusia biasa.
"Siapa sebenarnya kau?" soal si syaitan.
"Seperti kau nampak,aku manusia.." ujar Sanzo.
"Manusia tidak sekuat ini!!" kata syaitan itu tidak percaya dan meluru laju ke arah Sanzo.
TANG!!!
"Siapa kau?!" soal si syaitan dan Sanzo menangkis setiap serangannya.
"Aku dah beritahu bukan? Aku manusia.." ujar Sanzo.
KRAANG!!
Sanzo menyeret ke belakang dek libasan si syaitan yang kuat,si syaitan mendesak Sanzo dengan hayunan senjatanya yang deras. Tetapi Sanzo hanya kekal tenang tanpa menunjukkan sebarang masalah.
KRAANG!!!
Pedang katana Sanzo kemas menahan tetakan senjata syaitan itu,pedangnya bergegar ditekan oleh si syaitan. Sanzo menghela nafas pendek,si syaitan menyedari sesuatu dan terkejut.
Sanzo seperti berkata tetapi tidak kedengaran dan syaitan itu terkejut,lantas Sanzo memancung leher si syaitan. Kepalanya bergolek di hadapan Sanzo,Tez dan Pheara keluar dari tempat mereka bersembunyi. Namun Pheara air mukanya seperti mendengar apa yang dikatakan oleh Sanzo,tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja.
"Selesai ke?" soal Sanzo.
"Tak.. Kau kena runtuhkan gerigi tu..yang menghalang gua tu.." jelas Tez.
"Kenapa kau tak buat?" soal Sanzo dan Tez menghalakan tangannya ke arah gerigi.
Tetapi renjatan kilat mencederakan tangan Tez dengan tiba-tiba,Sanzo dan Pheara terkejut dengan apa yang berlaku.
"Gerigi besi tu hanya boleh dihancurkan oleh manusia sahaja.." jelas Tez dan tangannya kembali pulih.
Sanzo hanya menghela nafas sahaja,dia memerhatikan keadaan gerigi yang menghalang jalan masuk ke dalam gua itu. Agak lama dan Pheara mendekatinya,Sanzo menghalang Pheara terus mara dan pedang diangkat.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...