Sophie White
(ibu kepada Tez)"Terima kasih kerana selamatkan saya.." ujar ibu Tez menunduk hormat.
"Ianya tak ada apa.. Saya sekadar membantu sahaja..." Sanzo membalas dengan senyuman.
"Yang penting puan sudah selamat.. Err.." Pheara mencelah dan siapa nama ibu Tez ni?
"Maafkan kerana lambat kenalkan diri.. Saya Sophie White.. Rasanya awak semua tahu siapa sebenarnya saya.." ibu Tez memberi pengenalan dirinya,Sophie White.
"Jadi puan dikurung selama 400 tahun?" soal Sanzo.
"Lebih kurang.. Selepas lahirkan Thaz.. Ketika dia berusia 10 tahun.. Dia tangkap saya dan kurung saya di Lembah Maut.." jawab Sophie.
"Ada mereka lakukan sesuatu pada ibu?" soal Tez mula risau jika terjadi apa-apa.
"Nasib ibu baik.. Selama ibu dikurung,mereka tak mampu apa-apakan ibu.." jelas Sophie.
Sanzo menghela nafas pendek kemudian bangun meninggalkan kami,Elene muncul dengan hidangan teh. Pheara seakan tahu apa yang difikirkan oleh Sanzo,entah kenapa pandangan matanya seperti menahan kesakitan.
Lelaki itu berjalan ke belakang halaman dojo,sambil berpeluk tubuh dan mendongak ke arah langit. Nafas helaan dilepaskan dan wap dingin keluar dari mulutnya,dia mengetap gigi rapat.
"Ibu hah?"
Sanzo mula mengingati memori lama dan saat wajah seseorang,muncul dia terus menghentak batang tiang sehingga hancur. Pheara dan yang lain tersentak,Sanzo sudah hilang dari pandangan apabila diperiksa. Pheara memandang ke sekitar kawasan,dia mula risau dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.
"Sanzo-san?"
Sanzo berada di kawasan bukit yang berada di belakang dojo,dia memandang ke arah dojo kemudian pergi. Dia ingin mencari ketenangan,ingatan yang dia tidak mahu ingat kini kembali. Tetapi sesuatu datang meluru ke arahnya,Sanzo sedar dan menarik pedangnya.
KRAANG!!!
Igdes muncul dan menyerang hendap ke atas Sanzo,namun serangannya berjaya ditangkis tanpa sebarang masalah. Muka Sanzo tenang dan Igdes tersenyum kemudian berundur ke belakang,Sanzo kembali menyarung pedangnya.
"Siapa kamu?" soal Sanzo.
"An old acquaintance of Pheara.." kata Igdes tersenyum sinis.
"Ah.. The corrupt god.. I see.." ujar Sanzo.
"What do you say?" soal Igdes berang.
"Nothing... What do you want?" soal Sanzo.
"Simple.. Give me Pheara to me.. And I will consider life..." kata Igdes dan Sanzo mengeluh.
"And you think I'm gonna follow that? Suck it up.." ujar Sanzo.
"Fine... Uagi..." Igdes memberi arahan.
Seseorang muncul dari belakang Sanzo dan menyerang hendap,namun seseorang muncul dan menangkis serangan tersebut. Bishamonten atau Bisha menyelamatkan Sanzo,kini dia dan Sanzo membelakangkan antara satu sama lain.
"You should watch your back.." ujar Bisha tersengih.
"I don't need your help.." ujar Sanzo dingin.
"Haha..don't be like that.." Bisha berkata tersenyum.
Igdes memetik jari dan beberapa askar dewa,muncul dan Sanzo meletakkan tangan bersedia di pemegang pedang. Bisha pula sudah lama menunggu,Igdes dan Uagi hanya merenung mereka.
"Hentikannya..." satu suara menegur dan muncul Ebisu lalu mendarat di sebelah Sanzo.
"Kamu siapa..?" soal Igdes.
"Dewa Igdes.. Sila berundur,kalau tidak mahu bermusuhan semua dewa di dunia ini..." ujar Ebisu.
"Kau mengugut aku?" Igdes menahan amarah.
"Fikir semula... Igdes,kamu bukan dewa di dunia ini... Jika kamu menyerang orang kami secara terbuka,kamu sudah mengumumkan perang ke atas kami.." Igdes tersentak mendengar penjelasan Ebisu,kemudian dia merenung ke arah Sanzo.
"Kali ini kau selamat..." ujar Igdes.
"Aku rasa kau..." balas Sanzo dan Igdes mengetap gigi,kemudian bersama Uagi terus hilang dari pandangan.
"Aku tak perlukan bantuan korang..." kata Sanzo pada Ebisu dan Bisha.
Sanzo tidak menunggu dan terus beredar,menuruni bukit membiarkan dua orang dewa itu memerhatikannya. Sanzo hilang dari pandangan mata kasar,Ebisu menghela nafas panjang.
"Stubborn immortal.." ujar Ebisu dan Bisha ketawa kecil.
Sanzo melangkah masuk ke dalam dojo,melalui pintu hadapan dan Pheara orang pertama menyambutnya. Bayangan Koharu bermain di matanya,dia melihat imej Koharu dalam diri Pheara. Elene dan Tez memerhatikan dari jauh,Sophie hanya tersenyum melihat gelagat anaknya.
"Selamat pulang.." ujar Pheara dan Sanzo tersenyum kelat,tanpa sempat sedar Pheara sudah berada dalam pelukannya.
Elene terkejut dan ingin menyerang namun Tez sempat menahan,dengan memeluk Elene menghalang dewi itu mara. Pheara terkejut kerana Sanzo memeluknya dengan tiba-tiba,dia tergamam dan bingung.
"Lepaskan saya!" kata Elene.
"Hey! Bawa bersabar!" Tez masih memeluknya dan tanpa sedar tangan mencengkam buah dada Elene.
Sophie menekup mulut melihat perangai berani anaknya,Elene terdiam dan Tez terus berundur ke belakang. Mukanya berpeluh dan memerhatikan tapak tangannya,Elene memandang ke arahnya dengan tajam.
"MAMPUSLAH DEMON TAK GUNA!!!" Jerit Elene menyeru senjatanya.
"ARGHHH!!! SUMIMASEN!!" rayu Tez dan berlari dikejar oleh Elene sehingga keluar dari dojo.
Pada masa yang sama Sanzo kekal memeluk erat Pheara,manakala Pheara masih terkejut dengan tindakan Sanzo. Pelukan yang merindui seseorang,iaitu seseorang yang tidak mungkin akan kembali lagi.
"Sanzo? Kenapa ni?" soal Pheara membalas pelukan Sanzo.
Sanzo baru tersedar dan segera melepaskan Pheara,Sanzo mukanya jelas dalam kesedihan. Pheara tergamam melihat keadaan Sanzo,muka lelaki itu diusap dengan kedua-dua tangannya.
"Pheara aku adalah anak kelahiran campuran dewa dan juga manusia..." jelas Sanzo dan Pheara terkedu.
"Ayah aku manusia biasa.. Ibu aku dewa.." tambah Sanzo dan Pheara mula menggigil.
"Satu hari ibu aku tinggalkan kami.. Meninggalkan aku yang masih kecil.. Semata-mata untuk kesenangan dirinya.." jelas Sanzo dan Pheara tergamam,Sophie mendengar dari dalam.
"Aku bencikan dewa..."
==========================
Sanzo telah berkata jujur
Adakah dia turut membenci Pheara juga?
Kena stay untuk menunggu update seketika
Ciao!
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...