Chapter 63 : Smile Is Better

1.1K 135 19
                                    


300 tahun yang lalu..

Seekor demon berdiri di tengah-tengah mayat yang bergelimpangan,pandangan matanya bengis dan tangannya penuh dengan darah manusia yang dia bunuh tanpa belas kasihan.

Nafasnya termengah-mengah dan satu panahan,dilepaskan ke arahnya namun dia berjaya tangkis. Puluhan askar lengkap berzirah,sedang membidik anak panah dan sasaran mereka adalah dia.

Demon tersebut mengetap gigi mengangakan mulut,lantas menembak seperti meriam dan menghancurkan puluhan askar.

Brollmuthaz,sekitar usia 100 tahun mengetap giginya. Penumbuknya dikepalkan sekuat hati,matanya dipejamkan dan seseorang muncul dari belakang. Dia tersentak dan menoleh,libasan pedang dilakukan dan Brollmuthaz mengerang kesakitan dek libasan pedang melukakan tubuhnya.

Seorang samurai memegang pedang katana,Brollmuthaz sedar katana tersebut bukan pedang yang biasa. Ia pedang yang mampu mencederakan dan membunuh demon,dia mengetap gigi dan kemarahannya memuncak.

Sayap kepaknya dikibaskan,dia merenung tajam ke arah samurai tersebut. Brollmuthaz meluru ke arah samurai itu,lalu berlakunya pertarungan yang sengit.

Pertarungan untuk penentuan nasib manusia,Brollmuthaz bagaikan tidak boleh dibunuh. Entah kenapa dirinya seperti menangis,dia terlupa kenapa dia membunuh manusia dengan tanpa belas kasihan.

Air matanya mengalir dan raungannya,begitu kuat dan samurai itu menyedari Brollmuthaz teralih perhatiannya. Lantas dia melancarkan serangan,sekelip mata Brollmuthaz cedera parah.

Samurai itu terus melakukan tindakan susulan,Brollmuthaz mengetap gigi dan dia tidak mahu mati. Jeritan nyaring dan memekakkan telinga,Brollmuthaz hasilkan dan menyebabkan samurai itu terduduk akibat bunyi tersebut.

Brollmuthaz bingkas bangun dan terus berlari menyelamatkan diri,samurai itu hanya mampu memerhatikan dia pergi. Nafas lega dia helakan kerana demon tersebut,berundur dan harap demon itu tidak akan kembali.

Huff... Huff..

Demon itu berlari dan menyandar pada batang pokok,nafasnya mengah dan tidak stabil. Mukanya didongak ke langit,dia menghela nafas pendek dan menyambung langkahnya.

Huff.. Huff..

Luka di tubuhnya begitu sakit,dia memandang ke hadapan dan sekeliling kabur. Adakah dia akan mati begitu sahaja,dia masih belum dapat cari ibunya.

Huff... Huff..

Sampai di satu tempat dia berada di hadapan air terjun,Brollmuthaz tergamam dan matanya mengalihkan ke satu arah.

Brollmuthaz tergamam melihat seorang gadis,malah gadis itu tidak mengenakan seurat benang dan gadis itu berdiri berdekatan air terjun.

"Siapa?" soal gadis itu menoleh dan masa itu Brollmuthaz hilang kesedarannya,lalu terus rebah.

Pandangan Brollmuthaz terus gelap,tidak dapat meneruskan perjalanan.

Tidak lama lepas itu,pandangan dia kembali terang. Brollmuthaz terkebil-kebil kerana dia berada di atas futon,ditutupi selimut serta tubuhnya berbalut. Seseorang membantu dia dengan merawatnya,dia memandang ke kiri dan kanan.

Tiba-tiba bunyi tapak kaki memijak lantai,kedengaran dan pintu terbuka. Brollmuthaz memandang ke arah pintu tersebut,seorang gadis cantik berjalan masuk dan duduk di sebelahnya.

Brollmuthaz terkejut kerana gadis itu,cacat penglihatan tetapi gadis itu tersenyum.

"Awak dah bangun?" soal gadis itu.

"Err... Ya..." jawab Brollmuthaz.

"Kecederaan awak boleh tahan parah,tapi mujur la sempat saya jumpa awak.." ujar gadis tersebut.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now