Chapter 84 : Calamity Nearing & Réunion

1K 131 37
                                    


Osiris dipapah berjalan dan dia memerhatikan keadaan sekeliling,dia tertanya-tanya siapa lelaki bertopeng itu. Osiris dibantu duduk menyandar pada sebatang pokok besar,Osiris menyedari dan mendongak ke atas.

"Yggdrasil tree?" soal Osiris di dalam hati,kemudian dia memandang ke arah lelaki bertopeng tersebut.

"Siapa kau?" soal Osiris menahan sakit pada bahagian rusuknya.

"Jangan bercakap.. Tunggu dalam beberapa minit.." ujar lelaki itu.

Tubuhnya bersinar dengan tiba-tiba,Osiris merasai kesakitan pada tubuhnya mula pudar dan lenyap. Osiris cuba bangkit dan tidak sangka lukanya yang teruk,sembuh begitu sahaja dan dia menoleh ke arah lelaki tersebut.

"Siapa kamu? Kenapa kamu membantu saya?" soal Osiris.

"Sebab tuan tidak ditakdirkan mati dalam keadaan tersebut.. Serangan tadi adalah serangan yang beracun.. Jika terlambat sudah pasti tuan tidak mampu menggunakan kuasa tuan..." jelas lelaki tersebut.

Osiris again terkejut mendengar penjelasan lelaki bertopeng,dia mengingati lelaki misteri yang menyerangnya dan mengetap gigi.

"Nama saya Kythes.. Saya daripada puak naga.. Gembira bertemu dengan pemerintah Kayangan..." ujar lelaki itu melutut memberi hormat,Osiris menghela nafas pendek.

"Bekas.. Saya bukan lagi pemerintah Kayangan.. Selepas tewas dengan Igdes.." jelas Osiris.

"Dia menang dengan kotor.. Tuan masih lagi pemerintah Kayangan... Tetapi saya ada berita buruk untuk tuan..." ujar Kythes.

"Apa dia?"

"Kurungan Tentera Kematian.. Itulah sebab utama Igdes menewaskan tuan..."

Osiris tersentak dan mukanya pucat,dia bangkit dengan segera dan Kythes menghalang.

"Tuan ingin ke mana?" soal Kythes.

"Aku kena halang Igdes.." jelas Osiris.

"Hanya dengan kuasa kamu seorang?" soal Kythes.

"Saya tidak digelar God Emperor tanpa sebab.." ujar Osiris.

"Saya tahu tuan ingin pertahankan Kayangan.. Tetapi Xirgiarth,mampu menghalang tuan.." jelas Kythes.

"Xirgiarth?"

"Ya... Lelaki yang menyerang tuan..."

"Kau kenal dia?"

"Dia sama seperti saya.. Daripada puak naga tetapi puak naga iblis.. Puak naga yang berpihak dengan demon gelap.."

"Apa yang kita boleh lakukan sekarang?"

"Kita kena turun ke bumi.. Berjumpa dengan Kenji-sama.." ujar Kythes.

"Huh? Sekejap! Kamu sebut nama siapa?" soal Osiris.

"Yamasato Kenji.." ujar Kythes.

"Kenji masih hidup..?" soal Osiris tidak percaya.

"Ya,dia telah dihidupkan oleh seseorang.." jelas Kythes melangkah pergi,Osiris mengekorinya dari belakang.

"He's been resurrect?"

"Yes.. And your wife,Empress is safe.. Now she's with Kenji.."

Osiris menghela nafas lega,dia ingin bertemu semula dengan rakan lamanya. Bulatan portal terhasil di bawah kakinya,dia dan Kythes terus hilang dalam sekelip mata.

========================

Asheia dibaringkan di atas futon,kemudian Irish menarik menyelimutinya. Dia memandang ke arah Sanzo dan Kenji,Pheara pula hanya duduk di sisinya memandang Asheia yang tidak sedarkan diri.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now