Lucas membelakangkan Irish sedang cedera,merenung ke arah lelaki menggelar dirinya sebagai Igdriren. Saat Irish ingin melancarkan serangannya,Igdriren muncul dengan tiba-tiba dan menyerang Irish dalam sekelip mata.Hasilnya Irish terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri,lukanya parah dan perlu dirawat namun lelaki di hadapan Lucas kelihatan tidak membenarkannya dia pergi.
"Musuh ini bukan sembarangan..." ujar Lucas di dalam hatinya.
"Kau juga demon.. Kenapa melindungi dewi? Mereka adalah musuh kita.." kata Igdriren.
"Heh.. 'kita'? Maaflah,aku bukan macam kau..." balas Lucas tersengih.
"Begitu... Haa..." ujar Igdriren memejamkan mata,kemudian tangannya mengeluarkan aura kegelapan.
Lucas merasai badannya menjadi berat,Igdriren menggunakan magik graviti dan Izach hanya mendiamkan diri.
"Jadi kau boleh mati sekali..." kata Igdriren dengan muka yang tiada emosi.
"Ouh yeah? Kau siapa nak tentukan mati hidup?" soal Kenji yang muncul dengan tiba-tiba.
Igdriren terkejut sebelum menahan satu serangan,lalu terpelanting jauh merempuh pokok-pokok yang berada berhampiran.
"TUAN IGDRIREN! BERANI KAU.. HUH?" Izach mengetap gigi dan terdiam,melihat bentuk Kenji.
Izach dapat melihat aura Kenji yang begitu besar,menyelubungi seluruh tubuhnya ketika dalam bentuk demon slayer. Igdriren kembali bangkit dan mendecih,dia menghela nafas pendek.
"Ken!" Lucas termengah-mengah sebaik bebas dari kuasa graviti Igdriren.
"Kau okay kawan?" soal Kenji membantu Lucas.
"A-aku OK.. Tapi Irish.." kata Lucas mendecih menoleh ke arah dewi tersebut.
Kenji memeriksa keadaan Irish,dia terkejut dan mengetap gigi menahan amarah. Izach hanya memerhatikan pemuda itu,Igdriren kembali berada di sebelahnya.
"Lord Igdriren.." ujar Izach.
"Kau mampu memukul aku dengan kuat..." kata Igdriren merenung Kenji yang membelakangkan dia.
"Kau buat apa dengan dia?" soal Kenji dan Lucas merasai kemarahannya.
"Siapa dia pada kau? Kekasih?" soal Igdriren.
"AKU TANYA KAU BUAT APA DENGAN DIA?!!" Kenji melepaskan kuasanya dan Igdriren terkejut,Izach pula terkedu melihat kuasa Kenji.
Kenji meletakkan semula Irish di atas tanah,dia bangun perlahan-lahan sambil matanya merenung tepat ke arah Igdriren. Lucas hanya sekadar mendiamkan diri,Kenji dan Igdriren berbalas tenungan.
"Kau pekak ke demon? Aku tanya kau buat apa dengan dia?" soal Kenji.
"Aku berikan dia racun..." jelas Igdriren dan Kenji serta Lucas terkejut.
"RACUN?!" Lucas berkata terkejut.
"Ya... Dia tidak akan mati dengan cepat.. Tapi sedikit demi sedikit dia akan bertemu maut.." ujar Igdriren dengan senyuman licik,sebelum mukanya dibenam penumbuk oleh Kenji.
DUUUSSH!!
Igdriren terbenam ke tanah dan rekahan besar berlaku,Izach terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana kuasa Kenji melangkauinya.
"Ini serius..." ujar Igdriren bangkit dan berada di belakang Izach.
Satu letusan berlaku dan Igdriren menarik Izach serta melarikan diri,Kenji mengetap gigi mengejar Igdriren dengan aura membunuh.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...