Chapter 40 : Memory

1.3K 133 15
                                    

790 tahun yang lalu...
Edo period

YAMASATO SANZO,20 TAHUN sedang berdiri di hadapan kubur ayahnya. Dia hanya mendiamkan diri,hampir 15 tahun ayahnya meninggalkan dia.

Dia hidup berseorangan sejak lima tahun,sejak ayahnya pergi meninggalkan dia.

YAMASATO KENJI

"Oto-sama... Maafkan Sanzo.." ujar Sanzo mengetap giginya.

Selama dua puluh lima tahun dia hidup bersendirian,dia kecewa dengan dirinya yang lemah tidak mampu melindungi ayahnya. Ibunya pula tinggalkan dia seperti sampah dan sebab itu,Sanzo simpan dendam yang mendalam.

Dia ingin membalas dendam dia satu hari nanti,Sanzo menziarahi kubur bapanya buat kali terakhir. Dia ingin mempelajari segala ilmu di dunia ini,tidak kira apa jenis sekalipun.

"Even I have to become a darkness..."

Pemuda itu pergi dengan hati yang dipenuhi kebencian,Sanzo mengepalkan penumbuknya dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Sanzo melalui pelbagai kampung,hutan dan juga gurun. Seseorang sedang duduk di tepi jalan,Sanzo terhenti dari melangkah dan mula ragu-ragu.

Adakah orang itu perompak?

Sanzo nekad dan teruskan langkah,dia berjalan melepasi lelaki itu. Tiada apa-apa yang lelaki tersebut,lakukan dan hanya duduk tanpa lakukan apa-apa.

Sanzo sempat menjeling ke belakang,lelaki itu telah hilang dari pandangan. Sanzo tergamam dan teruskan melangkah,adakah orang itu ialah hantu?

Pemuda itu tidak hiraukan apa yang akan berlaku,dia harus melangkah ke hadapan untuk terus mencapai matlamatnya. Pada masa yang sama,individu tadi memerhatikan Sanzo dari ketebalan rumput di dalam hutan.

Sanzo berhenti di satu perkampungan,dia memandang sekeliling dan melangkah masuk. Penduduk di situ agak peramah,memberi sapaan dan juga senyuman.

Rumah tumpangan berjaya dia cari,sebaik sahaja dia masuk semua pelanggan hanya memerhatikan dia sahaja. Sanzo menundukkan kepalanya tanda hormat,tidak lama semua pelanggan di situ kembali buat hal masing-masing.

"Irrashai okyaku-san.." ujar tuan kedai tersenyum,seorang wanita berusia sekitar 30-an lebih.

"Sumimasen...saya inginkan bilik untuk tumpang tidur semalam..." ujar Sanzo pula.

"Baik.. Sila ikut saya.." kata tuan kedai dan Sanzo hanya mengangguk sahaja.

Setelah selesai urusan untuk sewa sebilik bagi satu malam,Sanzo duduk di atas katil dan menghela nafas pendek. Dia memandang ke luar jendela,melihat kesibukan penduduk kampung tersebut.

Sanzo menyedari sepasang suami isteri,bersama anak mereka yang masih kecil. Mereka kehairanan melayani anaknya,Sanzo teringat pada ibu dan bapanya.

Wajah ibunya bermain dan segera dia memadamkan terus dari ingatan,mainan memori lepas dihentikan dan dia merengus kasar.

"Kenapa mesti aku ingat dia?" soal Sanzo dan penumbuk dikepalkan dengan kuat.

Malam menjelang dan bulan penuh ketika itu,Sanzo yang baru selesai mandi sekadar memerhatikan keadaan kampung waktu malam. Matanya redup memandang ke luar jendela,dengan tiba-tiba dia terasa sesuatu dan badannya kesakitan.

Sanzo terjatuh dan belakang tubuhnya,terukir satu tatu dan sebaik selesai. Tatu bergambar seekor naga mula muncul,Sanzo langsung tidak menyedari perkara tersebut.

Awal-awal pagi Sanzo telah keluar,selepas membayar untuk semalaman. Dia melangkah keluar dan meneruskan langkahnya,Sanzo tidak tahu ke mana dia harus pergi. Tetapi hatinya menyuruhnya terus melangkah,jangan sesekali berpatah balik.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now