Chapter 20 : Tez's Little Sister

1.3K 155 5
                                    


Sanzo,Pheara dan Elene memerhatikan Rea memeluk Sophie. Tez hanya menekup muka,setelah lama memerhatikan akhirnya Sanzo membuka mulut.

"Miss Rea.. Apa tujuan kamu datang sini?" soal Sanzo dan Rea berhenti dari terus bermanja

Rea melepaskan pelukan Sophie kemudian dia berdehem,mukanya merah mungkin segan dengan perbuatannya. Dia menarik nafas kemudian dihelakan,Pheara dan Elene sekadar mendiamkan diri.

"Maafkan atas kebiadaban saya.. Kehadiran saya cuma nak memeriksa keadaan adik saya yang bebal ni.." kata Rea dengan muka serius.

"Macam tu.. Jadi tindakan adik kamu yang bebal selamatkan ibu miss Rea... Tidak diketahui oleh miss sendiri?" soal Sanzo lagi dan Rea agak terkejut kemudian menoleh ke arah Tez.

"Kamu patut bincang sebelum memukul adik awak.." ujar Sanzo lagi.

"Aku tak nak dengar itu dari mulut kau!" Tez berkata bengang.

"Kau marah ke?" Sanzo menyoal.

Rea memerhatikan tikam lidah di antara adiknya dan Sanzo,kemudian tersenyum sendirian dan Sophie faham kenapa. Pheara dan Elene tidak mahu masuk campur,Rea yang lama diperhatikan merenung mereka berdua.

"Kenapa dua orang dewi ada di sini?" soal Rea.

"Mereka tinggal di sini..." jelas Sanzo dan Rea agak terkejut kemudian tersenyum sinis.

"Begitu ya?" soal Rea.

"Sorry Sanzo.. Akak aku tak berapa sukakan dewa..." ujar Tez berbisik.

"Dia bencikan dewa,itu masalah dia.." kata Sanzo pula.

"Saya agak kagum.. Memikirkan manusia memiliki dua orang dewi yang cantik.. Tidakkah itu seperti tamak?" sindir Rea dan Pheara mendiamkan diri,Elene mula hilang sabar.

"Apa awak kata?!" Elene ingin berkata lebih namun dihalang Sanzo.

"Hentikannya Elene!" Sanzo berkata dengan tegas dan Elene mendecih kemudian duduk diam di sebelah Pheara.

"Tengok.. Betul bukan kata-kata saya.." Rea berkata sinis.

"Miss Amreadous.." ujar Sanzo dan Rea menoleh ke arahnya dengan tersenyum sinis,tetapi mukanya berubah cuak.

Rea melihat aura membunuh Sanzo yang amat kuat,renungan mata Sanzo buatkan Rea sesak nafas. Sophie hanya menghela nafas pendek,Tez pula tidak mahu berkata apa-apa.

"Dua orang dewi ini adalah tetamu saya begitu juga awak.. Saya tidak mahu awak terus menerus menghina mereka kerana awak tidak sukakan dewa.." ujar Sanzo dengan nada yang dingin.

"Apa?" Rea mengetap gigi.

"Kerana saya hormat pada puan Sophie.. Saya tidak akan campak awak keluar dari dojo..." Sanzo memberi amaran namun aura bunuhnya,lenyap kerana lengannya dirangkul Pheara.

"P-Pheara?" soal Sanzo dan Pheara memandangnya,kemudian menggelengkan kepala.

"Tolong hentikannya..." ujar Pheara.

"Dia hina awak Pheara.." Sanzo berkata dengan nada lembut.

"Tolong Sanzo... Saya merayu.." pinta Pheara dan Elene geram tetapi dia hanya mendiamkan diri.

"Baiklah.. Saya akan hentikannya.." ujar Sanzo dan bangkit dari duduk,kemudian beredar dan Pheara serta Elene mengekori dia meninggalkan ruang tamu.

Tez hanya memerhatikan Sanzo beredar dengan muka menahan marah,Sophie sekadar mendiamkan diri dan Rea mengetap gigi. Dia sedar tangannya menggigil,Rea mengepalkan penumbuknya.

"Siapa manusia tu?!" soal Rea menahan marah.

"Manusia yang hidup beratus tahun..." jawab Tez muka selamba.

"Ibu tempat ini bukan tempat ibu! Mari kita pulang!" Rea berkata risau.

"Pulang? Demon Realm?" soal Sophie.

"Sudah tentu!" Rea berkata sambil mengangguk tersenyum.

"Ibu lebih selesa di sini.." kata-kata Sophie membuatkan Rea tersentak.

"Ibu ingin kekal di sini?" soal Rea.

"Ya..." jawab Sophie.

"Bersama-sama manusia biadab dan dewi berdua itu?"

"Ya lagi..."

"Tapi kenapa?!"

"Ibu tidak mahu duduk di tempat yang hampir membunuh ibu..." balas Sophie dan Rea terdiam.

"Saat ibu perlukan bantuan kamu,tetapi Rea tiada dan tidak terfikir nak cari ibu?" soal Sophie dan Tez hanya membisu memerhatikan kakaknya hilang kata-kata.

"Bagaimana Thaz? Dia juga tidak mencari ibu!" Rea ingin menyalahkan adiknya.

"Oi jangan salahkan aku.." Tez berkata selamba.

"Sekurang-kurangnya Thaz datang selamatkan ibu.." kata Sophie.

"Bersama manusia tadi.." kata Tez sinis.

Rea mengetap gigi menahan marah,dia segera duduk dan mendiamkan diri. Tez hanya memandang kakaknya tanpa berkata-kata,Sophie yang memerhatikan sikap anak sulungnya hanya tersenyum.

"Ibu bencikan Rea?" soal Rea dan Sophie agak terkejut dengan soalannya.

Sophie bingkas bangun dan mendekati anak perempuannya,kemudian dipeluk dengan lembut dan kepala Rea diusap perlahan-lahan.

"Bagaimana ibu sanggup bencikan anaknya... Ibu sayang kamu semua.. Rea.. Thaz dan Astia..." ujar Sophie dan Rea memeluk ibunya dengan erat.

"Rea sayangkan ibu.. Maafkan Rea.." pinta Rea dan Sophie mengangguk tanda memberikan kemaafan.

"Macam budak-budak.." ujar Tez berbisik dan tersentak dengan renungan Rea.

"Ha. Ha.. Ha.. Kan bagus Astia ada sekali di sini..." ujar Tez mengalihkan topik.

"Apa kamu merepek? Dia memang ada di sini..." Rea berkata sebaik melepaskan pelukan ibunya.

"APA?! ASTIA ADA DI SINI?!" Tez terkejut.

"Abang panggil adik?" soal seorang gadis berambut hitam,menjengah dari luar tingkap.

"Uwah! Dia di sini!!" Tez berkata terkejut dek tindakan gadis itu.

"Abang! Adik rindukan abang!!" Gadis itu memasuki ke bilik itu melalui tingkap dan memeluk Tez.

"Nanti Astia!! Uwah!!" Tez terkial-kial dan kedudukan dia tidak seimbang lalu terjatuh serta menghasilkan bunyi yang kuat.

"Apa hal ni bising-bising?!" soal Sanzo muncul semula disusuli oleh Pheara dan Elene.

Elene terkejut kerana Tez dipeluk oleh seorang gadis yang dia tidak kenal,Elene terbeku seketika dan Sophie menarik Rea jauh sedikit dari situ. Elene menyeru senjatanya dan mukanya kemerahan,Tez pula mukanya pucat apabila Elene menyeru senjatanya.

"TAK TAHU MALU!! GATAL!! MIANG!!" Elene menyerang Tez dengan marah.

"Ahh!! Ini salah faham! Dengar dulu penjelasan saya Elene!!" Tez terkial-kial mengelak serangan Elene.

Gadis bernama Astia menepuk tangan melihat keadaan tersebut,Sanzo yang bersama Pheara hanya menghela nafas pendek.

"Tambah seorang lagi..."
















===========================

Hellooo guys

Maaf jika lambat

Bagaimana penceritaan setakat ini?

Korang puas hati atau tidak?

Sila komen dan juga tekan butang star

Ciao!

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now