Sanzo dan Pheara agak terkejut,kerana Tez berkata seperti itu. Tez hanya tersenyum kemudian beredar,Sanzo dan Pheara ingin memanggil namun tidak berani. Tez hilang di dalam lautan manusia,meninggalkan Sanzo dan Pheara yang bingung.Sanzo dan Pheara duduk di kerusi awam,mereka hanya duduk memerhatikan manusia normal lalu lalang. Mereka senyap agak lama,Elene dan Hilna serta Frirja hanya memerhatikan sahaja dari jauh.
"Mereka senyap.." ujar Frirja.
"Ya.." kata Elene pendek.
"Mereka bergaduh?" soal Hilna tersenyum seperti gembira.
Elene menjeling sahaja dan Hilna hanya tersengih,Frirja pula menggelengkan kepala. Sanzo menghela nafas pendek,Pheara menoleh ke arahnya.
"Awak memang tak tahu mengenai hal ni?" soal Pheara.
"Kalau saya tahu,takkan la saya terkejut sekali.. Lagipun mesti saya dah ceritakan pada awak bukan?" jawab Sanzo dan Pheara mengangguk.
"Betul tu.. Maaf.. Tapi.. Patut kita beritahu Elene?" soal Pheara dan Sanzo berfikir panjang.
"Saya rasa patut kita biarkan Tez yang uruskannya.." ujar Sanzo.
"Biarkan? Kalau Tez kita balik nanti dah hilang macam mana?" soal Pheara.
"Pheara.. Bertenang okay?" ujar Sanzo dan Pheara tersentak lalu menghela nafas pendek.
Pheara meletakkan kepala pada bahu Sanzo,manakala Sanzo hanya membalas dengan memeluk bahunya. Perbuatan mereka membuatkan Hilna mencengkam tiang sehingga kemik,Elene dan Frirja hanya mampu terdiam.
"Hilna.. Please calm yourself.. This is not God realm.." kata Frirja dan Hilna tersentak lalu melepaskan cengkaman pada tiang.
"Maaf..." ujar Hilna dan Frirja memulihkan kerosakan itu.
"Sanzo.." ujar Pheara.
"Yeah.." balas Sanzo.
"Mereka tidak sedar kita nampak mereka.."
"Yeah.. Apa yang mereka buat?"
Hilna,Frirja dan Elene duduk di meja. Kepala masing-masing tunduk ke meja,Pheara merenung mereka dengan memeluk tubuh dan Sanzo hanya mendiamkan diri sahaja..
"Apa yang kamu buat?" soal Pheara.
"Kami cuma risaukan awak,Pheara..." ujar Hilna.
"Sanzo ada bersama saya.. Kamu tidak perlu bimbang.." kata Pheara.
"Walaupun dia kekal abadi tidak bermakna dia mampu melindungi awak selamanya Pheara.." kata Hilna dan Frirja cuba menenangkan dia.
"Apa yang saya buat.. Ia adalah keputusan saya.. Tolonglah faham Hilna.." ujar Pheara.
"Saya tidak akan terima hubungan kamu berdua!" ujar Hilna lagi dan Pheara hanya menghela nafas pendek.
"Siapa kamu? Ibu Pheara?" soal Sanzo tersenyum lucu.
"Jaga sikit mulut kamu manusia.." Hilna berkata dengan renungan tajam.
"Atau? Kamu nak buat apa?" soal Sanzo.
"Tengoklah dia Pheara,dia tidak tahu adab.." ujar Hilna merenung Sanzo,Pheara tidak risaukan apa yang dikatakan oleh Hilna tetapi dia risau apa yang akan Sanzo balas.
"Miss Valkryie.. You don't have a quality for an angel.." ujar satu suara dan mereka semua menoleh.
Takemikazuchi diiringi Ebisu serta Bishamonten,berjalan ke arah meja mereka. Elene terkejut kerana tiga nama dewa yang tertinggi,di alam ini muncul di hadapan mereka.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...