Sanzo menguap dan duduk bersila di kaki lima,berlantaikan kayu dan menghisap rokok paip yang panjang. Dia menggaru bahagian perutnya,sambil menguap sekali lagi.Dia menyedari kehadiran seseorang dan hanya menoleh,Pheara berjalan ke arahnya sambil menguap. Sanzo sekadar tersenyum sahaja,Pheara menyedari Sanzo duduk bersendirian.
"Pagi Sanzo.. Awalnya awak bangun.." kata Pheara.
"Pagi Pheara,kau nampak seperti gadis normal dengan pajama aku berikan.." ujar Sanzo tersengih.
"Kerana saya dewi,tidak semestinya saya kena berlagak dewi setiap masa..." jelas Pheara.
"Aku hanya memberi pandangan.." ujar Sanzo dan Pheara duduk di sebelahnya.
"Lagipun.. Kau lebih comel bila kau tidak mengenakan pakaian zirah tu.." jelas Sanzo dan Pheara tersentak.
"Baiklah.. Kau duduk dulu,aku nak siapkan sarapan..." jelas Sanzo lagi berdiri dan pergi meninggalkan Pheara.
Pheara hanya mengangguk sambil memerhatikan Sanzo beredar,dia terdiam kerana kata-kata Sanzo dan menekup kedua-dua pipinya. Mukanya memerah dan ini kali pertama,seorang lelaki buatkan dia segan.
"Pheara.. Basuh muka kau dulu.. Lepas tu baru datang ke dapur.." kata Sanzo dari jauh.
"Baik!" Pheara berlari pergi meninggalkan kawasan itu.
Sanzo kehairanan dan menyambung menyediakan sarapan,nasi dikepal dan diletakkan pada atas pinggan. Sanzo hanya tersenyum sahaja,sambil dia menyediakan makanan untuk sarapan.
"Agak lama juga tidak bersarapan dengan seseorang huh?" ujar Sanzo sendirian.
Pada masa yang sama juga,Igdes dan Aena berada di satu tempat dalam Kayangan. Mereka amat marah kerana Pheara tidak dibunuh,malah askar yang mereka hantar tewas.
"Siapa yang selamatkan dia? Walaupun hampir nak mati,dia sememangnya bernasib baik..." kata Aena geram.
"Aku tak tahu siapa,tapi sesiapa halang jalan aku... Akan mati bersama perempuan tu!" ujar Igdes menghentak dinding.
"Bertenang kita siasat dahulu.. Tak guna terburu-buru..." kata Aena.
Dua dewa itu tidak sedar mereka diperhatikan,kemudian si pemerhati beredar dengan segera.
"Pheara,di mana kau?" soal orang itu.
Sanzo menguap panjang dan meregangkan ototnya,dia kemudian tersengguk-sengguk dan matanya berat. Tidak lama lepas itu dia terlelap,Pheara yang baru sahaja mandi menyedari keadaan itu.
Pheara menghampiri Sanzo yang tertidur dan memerhatikan lelaki itu,dia hanya tersenyum dan entah kenapa dia seperti merasakan Sanzo seseorang yang dikenali olehnya.
Tidak lama kemudiannya hujan turun dengan tiba-tiba,Pheara hanya diam dan terus memerhatikan. Hujan semakin lebat dan menyebabkan tanah lecak,Pheara tidak berkata dan hanya mendiamkan diri.
Sanzo masih lena dan sesuatu timbul dari kawasan tersebut,Pheara hanya leka memerhatikan hujan sambil tersenyum. Air memancut keluar dan menangkap Pheara tanpa sebarang isyarat,dewi itu ditarik ke dalam lecak.
Sanzo terbangun dari lena,dia memandang ke kiri dan ke kanan. Hujan lebat dan kelibat Pheara tiada,Sanzo kemudian melihat ke arah kawasan lecak tersebut. Pada masa yang sama,Pheara bergelut dalam dasar air yang bagaikan dalam laut.
Dia tidak akan mampu bertahan dengan lama,kekuatannya masih belum pulih dan dia akan mati jika ini berterusan. Pheara menyedari kelibat sesuatu,dari jauh diamati dengan teliti dan dia terkejut kerana melihat makhluk separuh manusia bagaikan duyung.
Tetapi duyung mampu menggunakan kuasa magis seperti ini?
Makhluk seperti duyung itu hanya tersenyum sahaja,Pheara kekal bergelut namun sia-sia. Dia tidak dapat bergerak untuk ke permukaan,makhluk itu hanya menunggu Pheara mati. Tetapi bunyi sesuatu masuk ke dalam air dengan kuat,makhluk itu menoleh dan terkejut.
Sanzo muncul di belakangnya,lalu dicengkam mukanya dan permukaan tanah meletus. Sesuatu tercampak dan merempuh dinding dojo,Sanzo muncul sambil mendukung Pheara.
"Kau okay?" soal Sanzo tetapi Pheara tidak mampu berkata apa.
Sanzo memandang ke hadapan,makhluk itu menunjukkan dirinya. Manusia separuh ikan dan Sanzo,meletakkan Pheara di tepi penjuru dojo.
"Oi muka ikan,siapa kau?" soal Sanzo.
"Seorang yang akan mati tidak perlu tahu.." jelas makhluk itu dan Sanzo hanya menggaru perutnya,sambil menguap.
"Dengar apa yang aku kata!!" ujar makhluk itu bengang.
"Ah maaf,apa yang kau mahukan?" soal Sanzo dengan muka selamba.
"Aku cuma mahukan wanita itu,kau berikan dia dan kau selamat.." makhluk itu cuba membuat tawaran.
"Aku tolak.." ujar Sanzo.
"Kenapa tidak?" soal makhluk itu.
"Macam ni la.. Aku tak ada mood sebenarnya,kau kacau tidur tengahari aku.. Jadi sama kau berambus,atau mampus.." jelas Sanzo selamba.
"Kau memang berani.." kata makhluk itu geram.
Tetapi Sanzo hanya berdiri tegak,makhluk itu terus melompat masuk ke dalam air buangan air hujan. Suasana menjadi sunyi dan hanya hujan kedengaran,Sanzo berdiri tegak tengah-tengah hujan.
Sanzo menarik nafas pendek,sambil membiarkan dirinya dibasahi hujan dan diam tidak bersuara. Tembakan air ditepis oleh Sanzo,makhluk itu kembali bersembunyi untuk lancarkan serangan lagi.
Lelaki itu menurunkan tangannya ke paras pinggang,dia memejamkan mata dan merasai gerakan air hujan. Penumbuknya dikepal erat dan menghela nafas pendek,makhluk itu muncul lalu ingin menyerang Sanzo dari belakang.
Tetapi Sanzo berpaling ke arahnya,lalu menyebabkan makhluk itu turun semula ke dalam air lecak. Sanzo hanya menghela nafas pendek,nafas helaan dilepaskan dan mengangkat sebelah tangan.
"Kau cuma tahu serang hendap sahaja ya?" ujar Sanzo sendirian.
"Yamasato Secret Art..."
Sanzo merendahkan sedikit tubuhnya,mata dia meliar mencari sasaran kemudian dipejamkan erat. Makhluk itu terus menerpa dari belakang,kerana sudah hilang sabar. Tetapi gerakan Sanzo lebih pantas,sekelip mata Sanzo sudah berada di belakangnya dan badannya terbelah.
"Hidden Blade.." Sanzo sudah menghunus sebilah pedang,makhluk air itu terus mati tanpa sempat berbuat apa-apa.
"Cuba lagi... Dewa.." ujar Sanzo mendongak dan seseorang berdiri di atas bumbung.
Seseorang berdiri sambil mengetap gigi,dia hilang dari pandangan dan Pheara membuka kelopak matanya. Dia menyedari tubuh terbelah,dan melihat ke arah Sanzo yang memegang pedang katana. Sanzo menoleh ke arahnya,dia tersenyum sedar bangun.
"Kau tak apa-apa?" soal Sanzo.
"Ya.. Terima kasih.." jelas Pheara.
========================
Helloooo guys
Apa khabar sihat?
Harap sihat walafiat
Apa komen anda untuk cerita chapter baru ini?
Komen jika kekurangan
Vote jika puas
Ciao!
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...