"Jadi...." ujar Sanzo menghela nafas pendek."Adik beradik kau akan tumpang di sini dalam waktu terdekat ni?" soal Sanzo menyambung lagi,sambil memandang ke arah Tez yang mukanya lebam berdarah.
"Y-ya.." jawab Tez dan Sanzo mengusap belakang kepala.
"Pheara.. Boleh tolong ambilkan first aid? Ada di tepi dinding sana.." ujar Sanzo lagi menuding ke sebelah pintu bilik ruang tamu.
Pheara mengangguk sahaja dan berjalan ke arah yang ditunjukkan,Elene pula hanya memeluk tubuh duduk di sebelah Tez dengan muka geram. Pheara menghulurkan peti rawatan pada Elene,si dewi terkejut dengan tindakan Pheara.
"Rawat dia.. Awak yang buat dia macam tu.." ujar Pheara dan Elene mendiamkan diri.
"Elene...." Pheara memanggil namanya dan Elene menoleh kemudian terkejut.
"Rawat dia boleh?...." ujar Pheara dengan senyuman yang penuh aura menakutkan.
Elene tersentak dan air liur ditelan,muka berpeluh dan peti first aid di capai. Dia segera merawat Tez yang menahan sakit,Sanzo dan Pheara memerhatikan keadaan itu. Sophie dan Rea juga sama tidak mengganggu,namun Astia memerhatikan keadaan itu dengan girang.
"Err... Ya ada apa yang saya boleh bantu?" soal Elene.
"Kakak.. Kakak amat cantik..!!" puji Astia tersengih.
"Eh? Terima kasih..?" Elene tidak tahu apa yang di fikirkan oleh gadis di hadapannya.
"Adakah kakak ni teman wanita abang?!" soal Astia tersenyum girang.
"NO WAY!!" Elene membidas seiring membenamkan Tez ke lantai tanpa dia sedar.
KRAKKK!!!
"ARGHH!!!" lantai berkecai dan Tez menjerit,Elene baru sedar tindakannya.
"Maaf Tez!!" Elene menarik kepala Tez dan darahnya memancut keluar.
"Aku kat mana? Seberang sungai.. Haha.. Sungai yang tenang..." ujar Tez separuh sedar.
"JANGAN MATI!!"
"Itu hentakan yang kuat,kalau tak mati satu keajaiban..." serentak mereka berkata dalam hati.
"Sabarlah Thaz,ibu sokong kamu..." Sophie hanya mampu memerhatikan keadaan itu.
Seperti biasa Tez kembali semula tanpa sebarang masalah,sekejap adalah masalah sedikit sebab Elene hentak kepala dia ke lantai. Kita balik semula ke penceritaan,Sanzo hanya menghela nafas pendek kemudian menjeling ke arah Tez.
"Nasib baik kau hidup lagi..." ujar Sanzo.
"Haah... Ya.. Nasib baik.." kata Tez menjeling Elene,manakala Elene memandang ke arah lain.
"Jadi..." Sanzo berkata sambil memandang Astia.
"Sophie... Kenalkan diri kamu.." Rea memberi arahan dan Astia bangun tersenyum.
"Apa khabar,nama saya Astia Lucas! Anak ketiga Demon Lord... Harap kita boleh berkenal lebih rapat..!!" kata Astia dengan ceria dan Pheara tersenyum melihat gelagat Astia.
"Kalau macam tu izinkan kami mengenalkan diri..." ujar Sanzo.
"Baik!....." Astia membalas dengan anggukan.
"Nama saya Yamasato Sanzo,saya manusia cuma hidup beratus tahun.. Pemilik dojo lama ni..." ujar Sanzo.
"Saya Pheara.. Goddess of Valkryie.." Pheara menyambung selepas Sanzo.
"Elene Goddess of Knight...saya berkhidmat bawah Pheara..." kata Elene.
"Hehe.. Awak bakal kakak ipar saya?" soal Astia dan Sophie hanya ketawa kecil.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...