Semua orang terkejut dan tidak tahu nak bereaksi,Yamasato Kenji berdiri di hadapan mereka. Pheara yang diracun oleh Ashliel melalui tubuh Ruka,diselamatkan oleh dia.Semua tidak percaya lebih-lebih lagi Sanzo dan Irish,Aphys hanya memegang lengan Sanzo dan tergamam melihat lelaki yang muncul dengan tiba-tiba itu.
"Kau berani mengganggu urusan aku?!" soal Ashliel yang mengawal badan Ruka.
"Aku? Sudah tentu.. Banding dengan kau yang tahu gunakan tubuh orang tidak bersalah.." ujar Kenji membidas kata-kata Ashliel.
Ashliel ternyata berang dengan kata-kata Kenji,maruahnya tercabar dan sinaran cahaya keemasan dihasilkan. Kenji hanya bersiul sahaja,dia tersengih dan Ashliel yang berada di dalam tubuh Ruka melancarkan serangan.
Sinaran laser menembak laju ke arah Kenji,Pheara menghasilkan pelindung untuk mereka. Kenji menghalakan tangan ke satu arah,pedang bilah hitam yang terpamer di ruang tamu terapung dan terus meluru ke genggaman Kenji.
"Kau jaga pedang ayah dengan baik.. Terima kasih anakku.." ujar Kenji dan Sanzo sekadar tersenyum.
Kenji melakukan libasan menangkis tembakan laser cahaya daripada Ashliel,gerakan Kenji begitu pantas dan serangan Ashliel tiada satu pun yang dapat menyentuhnya.
"Apa?! Bagaimana?! Mustahil!!" Ashliel benar-benar marah.
"Kau fikir dapat tewaskan aku dengan serangan pengecut macam tu?" soalan Kenji menaikkan darah Ashliel.
"Sekarang.. KELUAR DARI TUBUH GADIS TU!!" Kenji memberi amaran dan Ashliel merapatkan kedua-dua tapak tangannya.
"Apa yang dia nak buat?" soal Rea merasai sesuatu tidak kena.
"Rasanya..." ujar Sanzo mencelah dan semua menoleh ke arahnya.
"Self destruction magic.." Pheara pula mencelah,Kenji hanya tersengih dan tergelak kecil.
"Oto-sama?" Pheara kehairanan apabila mendengar reaksi Kenji.
"Panggilan yang tepat.. Pheara.. Oto-sama akan selesaikan masalah ini.." kata Kenji tersenyum selamba.
"Apa yang kau rancangkan,tidak akan berjaya! Aku akan hancurkan semua tempat ni..!!" Ashliel berkata dengan yakin.
"Tch.. Tch.. Kau naif anak muda.." kata Kenji menyarung pedangnya,dia terus merendahkan posisi badannya.
"Apa?"
"Tiada satu pun benda yang aku tidak boleh potong.." Kenji berkata dengan riak muka yang serius,Ashliel merasai ketakutan dengan tiba-tiba.
"Pergi matilah!!" Ashliel mengaktifkan kuasanya dan bersiap-sedia untuk melepaskan serangan dia.
Kenji menolak sedikit pedang dan sekelip mata,dia sudah bergerak di belakang Ashliel dengan pedang di dalam genggaman tangannya. Cahaya yang dihasilkan oleh Ashliel,terus lenyap dan Ashliel rebah tidak sedarkan diri.
Semua yang menyaksikan keadaan itu kecuali Sanzo dan Irish,hanya mampu tergamam melihat gerakan pantas Kenji.
"Apa yang berlaku?" soal Tez.
"Gerakan dia.." Elene hanya mampu terkedu.
"Begitu pantas.." Rea bagai tidak percaya dengan gerakan Kenji.
Sanzo hanya menghela nafas pendek,dia mendekati tubuh Ruka dan memeriksa keadaan gadis remaja tersebut.
"Bagaimana dengan gadis tu?" soal Kenji.
"Dia selamat.. Terima kasih pada Oto-sama.." kata Sanzo menjawab soalan ayahnya.
"Ruka!!" Aphys dan Astia mendapatkan Ruka yang tidak sedarkan diri,Sanzo memberi laluan pada mereka berdua.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...