Chapter 61 : A Little Weak From You

1.1K 128 35
                                    


Semua terkejut dengan kehadiran orang misteri,Farhan Al'Tuzeman berdiri sambil tersenyum selamba. Bilah pedangnya diletakkan pada bahu,Tez dan Elene hanya terkebil-kebil bingung.

"Nama kau sahaja berlainan.. Adakah kau dari dunia lain?" soal Igdes.

"Kau nampaknya percaya dengan kewujudan dunia lain.. Boleh dikatakan begitu.." ujar Farhan sambil tersengih.

"Apa tujuan kau datang ke dunia ini?" soal Igdes lagi.

"Apa kena-mengena dengan kau.. Lagipun kau bukan dewa alam ini.." kata Farhan tersengih lagi.

Igdes mengetap gigi dan urat timbul di dahinya,dia ternyata sedang menahan amarahnya. Perancangan dia terganggu oleh pihak luar,Farhan menarik sebilah belati dan membaling lalu tercacak di hadapan kaki Tez.

"Apa yang kau nak lakukan?" soal Tez.

"Berdiri situ diam-diam.." jelas Farhan.

"Apa?" soal Elene tidak faham.

"Jangan soal.. Ikut sahaja.."

Pada masa yang sama juga,ada bunyi kedengaran di luar dojo. Mereka menoleh dan terkejut melihat seorang wanita dengan berambut merah,Sanzo dan Pheara berpandangan.

Wanita berambut merah itu segera,menyentuh rumput di halaman dojo dengan telapak tangannya. Muncul bulatan corak yang tidak dikenali,pada masa yang sama juga di tempat Tez dan Elene berdiri turut bersinar.

Igdes terkejut begitu juga Tez dan Elene sendiri,mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tez memandang ke arah Farhan,lelaki berpedang itu hanya menoleh ke belakang sambil tersenyum.

"Sampaikan khabar aku pada Sanzo..." ujar Farhan.

Sebelum sempat Tez ingin bertanya,lokasi mereka berdua terus berubah sekelip mata kembali di tengah-tengah halaman dojo. Sanzo terkejut dan wanita berambut merah itu sudah hilang,yang ada hanyalah pisau belati..

"Tez?" soal Rea.

"Jauhkan diri kau dari akak aku!!" Irene menghadiahkan tapak kaki ke muka Tez.

"Berani kau pijak muka aku?! Budak mentah?! Si dada kecik!" Tez berkata bengang.

"Hey dada saya tiada kena-mengena okay?!" Irene mempertahankan dirinya.

"Apa-apa jelah! Si dada kecik!" kata Tez bengang.

"Kau memang nak mampus ya setan tak guna?!"

"Marilah dewi mentah!!"

"Hey hentikannya!" Elene cuba meleraikan pergaduhan Tez dan Elene.

Sanzo berjalan ke arah pisau belati itu,Pheara hanya sekadar memerhatikan sahaja. Pisau itu dicabut dan diperhatikan lama oleh Sanzo,kemudian dia tersenyum sahaja sambil menggelengkan kepala.

"Awak kenal lelaki itu?" soal Pheara.

"Lebih dari kenal.." ujar Sanzo dan Irish hanya mendiamkan diri.

"Dia merupakan sahabat guru saya.." jelas Sanzo dan Pheara mulanya terkejut,kemudian dia tersenyum.

"Dia seorang yang baik hati.." ujar Sophie tidak teragak-agak dan Sanzo mengangguk.

"Ya.. Dia juga yang mengajar saya dalam asas pedang.." jelas Sanzo memegang erat pisau tersebut.

Igdes tergamam melihat keadaan tersebut,Tez dan Elene telah hilang kemudian diganti dengan kemunculan wanita berambut merah.

"Good job,Fara..." kata Farhan tersengih.

"Thank you.." ujar Fara pula bangkit dari terus melutut sebelah kaki.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now