"Terima kasih kerana selamatkan isteri saya...." ujar Lucas menundukkan kepalanya pada Sanzo.Semua terkejut kecuali Sophie dan Sanzo,Lucas tidaklah terlalu menakutkan seperti yang disangka. Tez dan Elene hanya memerhatikan keadaan itu,Sanzo hanya mendiamkan diri.
"Cukuplah... Angkat kepala kau demon king.." ujar Sanzo.
Lucas mengangkat kepala dan tersenyum melihat reaksi manusia itu,Sanzo sekadar menghela nafas pendek.
"Saya tidak sangka akan bertemu dengan seorang manusia yang luar biasa.." puji Lucas.
"Cukuplah la dengan formality..." kata Sanzo.
"Merendah diri.. Aku puji sikap kau.. Biarpun aku demon...kau tetap layan normal..." ujar Lucas tersenyum.
"Jadi isteri kau dah bebas.. Apa yang kau nak lakukan demon king?" soal Sanzo dan Lucas memerhatikan Sophie serta Tez.
"Aku rasa.. Ada baiknya isteri aku tinggal dengan kamu semua di sini..." ujar Lucas tersenyum.
"Kau pasti?" soal Sanzo.
"Aku tak mahu kejadian lama berulang lagi.. Lagipun aku boleh datang sini sekali sekala bukan?" soal Lucas.
"Boleh apa salahnya.." kata Sanzo menyilangkan tangannya pada bahagian dada.
"Kalau begitu aku ucapkan terima kasih sekali lagi.." Lucas menundukkan kepalanya tanda terima kasih.
"Jadi apa kau nak buat dengan demon yang ni?" soal Sanzo lagi sambil menoleh ke arah seekor demon yang lebam teruk dan diikat.
"Lepaskan aku!! Aku tak mengaku bukan demon yang kahwin dengan demon king!!" ujar demon tersebut.
"Sebab tu kau kurung dia?" soal Sanzo.
"Ya.. Dia tidak layak berkahwin dengan demon king! Demon king kami!" kata demon itu lagi dan Lucas segera bangkit.
"Swoz.. Kau cakap terlalu banyak..." ujar Lucas menghampiri demon dipanggil Swoz.
"Tuanku?" Swoz tersengih risau.
"Berani kau kata macam tu mengenai isteri aku?" Lucas sedikit demi sedikit menghampiri Swoz.
"Kau nak kata isteri aku tak layak? Kerana dia dari puak naga? Kerana dia bukan demon?" soal Lucas dengan aura menakutkan,tumpu terus pada Swoz dan membuatkan Swoz menjerit ketakutan.
"MAAFKAN SAYA TUANKU!!"
Lucas tersenyum dan mengangkat demon tersebut,pintu portal dibuka dan Sanzo hanya memerhatikan sahaja bersama yang lain. Sophie menghampiri Lucas bersama Tez,Elene dan Pheara sekadar memerhatikan mereka.
"Terima kasih abang..." ujar Sophie.
"Ya.. Thaz.. Jaga ibu kamu elok-elok.." kata Lucas tersengih.
"Sir yessir!" sahut Tez menabik hormat.
"Apa kau? Askar?" Sanzo mencelah.
"Tapi kalau buat ibu menangis,ayah lipat kau elok-elok macam baju..." kata Lucas menambah.
Tez memeluk tubuhnya menggigil,Lucas tersengih dan terus segera hilang dari pandangan mata. Tez memeluk tubuh dan mengeluh,Sophie hanya ketawa kecil sahaja. Sanzo berpaling ingin beredar dari situ,Pheara menoleh ke arahnya.
"Awak nak ke mana?" soal Pheara dan langkah Sanzo terhenti kemudian dia memandang ke arah dewi itu.
"Sudah hampir waktu makan tengah malam..." jelas Sanzo kemudian beredar.
Elene mengejar Sanzo dan menawarkan diri untuk membantu,Pheara agak terkejut melihat keadaan itu dan hanya sekadar tersenyum sahaja.
"Pheara!" Sanzo memanggil dan Pheara menoleh.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...