Chapter 70 : The Demon Psycho

1.1K 130 70
                                    


Tez berjalan sambil berfikir siapa lelaki yang dia berhadapan tadi,lepas tu pula pergi macam itu sahaja. Rambutnya digosok sehingga serabai,pening untuk terus berfikir dan dia terus putus asa.

"Uish rambut serabai pulak.. Tak macho la.." kata Tez sendirian dan mengemaskan semula rambutnya.

Sebaik kemas dia tersengih dengan efek bersinar-sinar,sebelum suasana menjadi sunyi sepi. Tez sedar tiada siapa nampak,kemudian teruskan berjalan dan dari dalam semak kelihatan memerhatikannya dengan muka blur.

"Apahal mamat tu? Telan air ketum banyak sangat ke?" soal Z dan dia tu apahal dalam semak?

"Ni undercover namanya.." ujar Z pada penulis,teruskan penceritaan dan abaikan watak bangang ni.

"Ouch that's hurt..." kata Z menjeling ke arah penulis.

Macam diberitahu kita teruskan pada penceritaan,abaikan mamat tu.

Tez tiba di satu simpang kawasan taman perumahan,Sanzo berdiri menyandar sambil memandang dia. Tez tersengih sahaja lalu dia menghampiri Sanzo,manakala Sanzo pula hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Kau mana pergi? Dari pagi sampai sekarang baru nak balik..." ujar Sanzo.

"Auww.. Kau risaukan aku? Terharunya.. Isk.. Isk.." kata Tez dengan air mata palsu.

"Kau tak payah balik pun tak apa.." Sanzo berkata bengang.

"Kau nak halau aku? Sampai hati kau sepupuku uhuk.. Uhuk.." Tez berkata lagi dengan berdrama,sebelum mukanya dicengkam oleh Sanzo.

"Adedededeii...! Okay aku minta maaf.." Tez berkata dengan mata bersinar-sinar dan Sanzo hanya memandang kosong ke arahnya.

KRAKKK!!!

"Adedededeh!! Apasal kau makin kuat cengkaman kau!!?"

"Tak ada sebab,aku sengaja kuatkan.." jelas Sanzo dengan muka tiada perasaan.

Selang berapa minit Sanzo dan Tez berjalan beriringan,menyusuri lorong jalan taman perumahan mereka. Tez mengurut kepalanya yang kebas,dek cengkaman daripada Sanzo.

"Ada sesuatu yang berlaku ke?" soal Sanzo dan Tez menoleh ke arahnya.

"Apa maksud kau?" soal Tez.

"Kau dari arah sana,tempat tu jauh ke hadapan dari taman perumahan.." jelas Sanzo memeluk tubuh.

"Ada seseorang atau sesuatu mengekori aku tadi.. Nak kata manusia atau syaitan,entahlah... Aku sendiri tak boleh nak pasti..." jelas Tez.

Sanzo hanya mendiamkan diri,dia merasakan daya kuasa yang negatif. Malah ia datang dari arah Tez datang sebentar tadi,selain daya kuasa yang negatif. Sanzo merasai daya kuasa yang amat kuat,daya kuasa itu pula seperti dia kenal lama.

" Tak mungkin dia.." ujar Sanzo berbisik.

"Hrmm? Kau cakap sesuatu?" soal Tez dan mukanya rapat ke muka Sanzo.

Sanzo menghela nafas pendek,Tez pula muka melekat pada dinding pagar taman perumahan.

"Berapa kali aku nak beritahu? Jangan buat macam tu? Kau ingat aku dua alam macam kawan si blonde tu ke?" kata Sanzo menghela nafas pendek.

"Hehe.. Sorry bro,habit bro.. Hehe.." kata Tez tersengih.

DUSH!!!

KNOCK OUT!!

Tez melambung tinggi dek tumbukan Sanzo,kemudian terjatuh menghempas bumi. Terkangkang meniarap dibuatnya,Sanzo sekadar memerhatikan keadaan tersebut dengan muka tanpa emosi.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now