Nama aku Yamasato Reiji,jika dari pandangan orang biasa. Aku hanyalah remaja normal,tetapi mereka tidak tahu aku dan keluarga bukan dari kalangan yang normal.Sebab apa?
Ayah aku adalah lelaki kacukan naga dan manusia,malah dia adalah kekal abadi dan aku juga menerima kuasa kekal abadi tersebut.
Ibu aku seorang dewi atau bekas dewi perang,The Goddess of Valkryie. Aku ada seorang mak cik,dia adalah dewi dan berkawan dengan seorang dari kalangan demon.
Aku mendapat tahu berita ini di usia enam tahun,sebab aku dikatakan genius kerana mampu memahami sesuatu ketika masih kanak-kanak.
Ataupun kerana genetik darah immortal?
Aku ada dua orang kawan sejak kecil,malah mereka juga duduk berjiran di rumah sebelah.
Rumah atau sebuah dojo,ya dojo lama.
Aku mengenali mereka di usia 5 tahun,mereka berdua adalah adik beradik.
"Yo Reiji! Termenung jauh nampak?" soal satu suara.
Speak by devil,here they are.
Kirisaki Haru si abang dan si adik Kirisaki Kumiko,mereka amat rapat sebagai adik beradik.
"Tiada apa yang nak dibuat.. Homework aku dah siap.." kata aku membalas kata-katanya.
"Ehh??!" Haru tercengang.
"Apa hal?" soal aku kehairanan.
"Kau dah siap homework? Serius ah.." kata Haru dan adakah itu benda yang pelik.
"Ya? Aku tak nak buat last minute.. Lagipun topiknya mudah.. Jadi aku siapkan la.." jelas aku.
"Pinjam weh!" Haru berkata dengan senyuman manis.
"Tak boleh.." jawab aku dengan segera,Kumiko hanya ketawa dan menekup mulutnya.
"Kau!? Kedekut ah!" keluh Haru menangis.
"Kau kelas 1-A beb.. Takkan minta tolong kelas bawah..? Memalukan la.." kata aku dan Haru tersentak.
"Betul la tu onii-san.. Buat malu je.." Kumiko berkata seraya menahan dari ketawa.
"Diamlah kau.. Kau pun sama belum buat!" kata Haru bengang.
"Tak betul.. Saya dah hampir siap.." ujar Kumiko dan Haru membesarkan matanya.
"Good job Kumiko!" ujar aku pula.
"Sejak bila?" soal Haru.
"Seminggu cuti musim panas bermula..?" jawab Kumiko tersenyum manis.
"Pengkhianat!!"
Pagi sekitar jam 5 sudah mula terang,sinonim dengan nama gelaran negara iaitu negara matahari terbit. Aku berlari jogging disusuli Haru dan Kumiko,Haru merupakan ahli dalam kelab kendo dan bintang utama kelab tersebut.
Walaupun baru beberapa bulan Haru sudah terpilih dalam menjadi ahli elit termuda,serta dapat menyertai pertandingan kendo antara sekolah-sekolah.
Manakala Kumiko pula aku dengar dia sedang mensasarkan menjadi pengerusi persatuan pelajar.
Aku rasa dia pasti menjadi pengerusi persatuan pelajar tanpa sebarang masalah,otak dia umpama komputer mampu mengingati benda yang sukar dengan hanya sekali lihat sahaja.
Aku?
Aku lebih selesa bergerak solo dan tidak mahu terikat dengan peraturan,aku mempunyai tubuh badan yang kekal abadi bukan?
Jadi perjalanan aku masih jauh jika dibandingkan dengan ayah aku.
Aku menggeliat panjang dan kini waktu persekolahan telah lama tamat,jadi aku segera bergerak pulang. Haru ada aktiviti kelab dia,Kumiko pula mungkin di perpustakaan.
BRAAM!!!
Aku terkedu kerana di hadapan ada sesuatu terhempas.
"Ouch! Ouch!" ujar orang itu dan aku kenal.
"Uncle Tez?" soal aku dan lelaki itu menoleh,Brollmuthaz nama penuhnya.
"Ehey! Reiji-kun! What's up my dear nephew!" ujar uncle Tez tersengih.
"What are you doing?" soal aku.
"Well.. Flight problem.. Hehe.. Ayah kau sihat?" soal uncle Tez.
"Ya.. Dia sihat.." kata aku dan kami melangkah beriringan.
Uncle Tez duduk dekat di dojo lama ayah aku,sekarang datuk dan nenek yang menjaga tempat itu bersama auntie Yuna,Fuyuko dan Natsumi.
"Hahaha.. Lama betul aku tak jumpa ayah kau.." kata Tez sambil tersenyum girang.
"Nak singgah ke?" soal aku.
"Hmm..? Mungkin bukan sekarang.. Sampaikan salam aku pada ayah kau.." kata Tez membuka sayapnya,kemudian terus terbang pergi dari situ.
Aku membalas lambaiannya tetapi,dia tidak risau orang lain perasan keadaan tersebut?
Uncle Tez terus hilang dari pandangan mata.
"Ah.. Dia gunakan teknik stealth.." sapa seseorang dan aku menoleh,aku tersenyum.
"Hai ibu.." ujar aku dan ibu aku tersenyum mengusap kepalaku.
"Uncle Tez kamu tak ajar benda-benda pelik kan?" soal ibu.
"Tiada..kami cuma berbual.." ujar aku.
Aku tersenyum memejamkan mata,entah kenapa aku selesa apabila ibu mengusap kepala aku.
"Awal pula ibu pulang?" soal aku.
"Ayah kamu yang risau.. Sebab kerap sangat kami pulang lewat.." jelas ibu.
Aku hanya mengangguk sahaja,sebaik sahaja tiba di rumah Koharu sudah pulang. Kelab karate dia tiada aktiviti agaknya,ayah aku tanya soalan yang sama semasa aku jelaskan ada berjumpa dengan uncle Tez.
Uncle Tez,apa kisah uncle dengan ayah aku?
Malam itu selepas makan malam,aku duduk bersebelahan dengan ayah dan bertanyakan benda yang aku ingin tahu selama ini.
"Pengalaman hidup?" soal ayah aku yang sedang membaca akhbar dalam tab,mengikut peredaran masa katakan.
"Ya.. Ayah sekarang dah 900 tahun lebih kan? Apa yang ayah lalui?" soal aku.
Ayah aku meletakkan tab di atas meja,dia menyisirkan rambutnya dan berdehem seketika. Dia memandang ke arah ibu yang sedang bermain dengan Fumie dan juga Koharu.
"Ia akan jadi kisah yang panjang dan bosan.. Kamu tak kisah?" soal ayah dan aku tersenyum.
"Ia kisah ayah saya.. Jadi panjang pun tak apa.." balas aku.
Ayah aku tersenyum dan mengusap kepalaku,sama seperti ibu usapan kepala ayah memberikan aku perasaan yang tenang.
"Baiklah kalau kamu kata begitu.. Ceritanya begini.."
======================
Yes that's it
No more story again
Finally I'm done
And
Adios!
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...