Sanzo dan Brollmuthaz atau singkatan Tez,berbalas pandangan dan Tez hanya tersenyum lebar. Sanzo mula terasa jengkel dan mencengkam muka Tez,maka Tez meronta-ronta menahan sakit."Sasasasakit!!!" ujar Tez tangannya kedua-dua bergoyang.
Tangan Sanzo yang mencengkam muka Tez,berjaya si demon lepaskan dan memegang kedua-dua pipi. Tez tertanya-tanya siapa manusia ni?
Cengkam tahap gaban.
"Perlu ke kau buat macam tu?" soal Tez merungut.
"Aku terasa menyampah tengok muka kau.." ujar Sanzo dengan muka tiada perasaan.
"Aku kagum kau mampu berkata dengan reaksi seperti itu.." ujar Tez.
"Sanzo? Saya dengar suara awak berbual dengan seseorang?" suara Pheara kedengaran dan terus muncul.
Sebaik Pheara tiba di situ dia melihat Sanzo bersama seseorang yang asing,dia hanya kehairanan sahaja dan memerhatikan Tez.
"Kawan awak?" soal Pheara memandang ke arah Sanzo.
"Lebih kurang begitu..." ujar Sanzo memeluk tubuh.
"Apa kata suruh dia masuk? Ni dah waktu malam..." Pheara memberi cadangan dan tersenyum.
Sanzo hanya menghela nafas pendek,dia merenung tajam ke arah Tez. Menyedari renungan itu membuatkan Tez hanya mampu tersengih sahaja,Sanzo berpaling dan menghela nafas pendek sekali lagi.
"Aku tak nak ada masalah,jangan sampai terbongkar yang kau tu demon dengan perempuan tu..." jelas Sanzo.
"Apa maksud kau?" soal Tez.
"Pheara tu dewi Valkryie..." jelas Sanzo lagi dan Tez terkejut.
"Kenapa seorang dewi seperti dia tinggal bersama manusia mortal macam kau?" soal Tez dan Sanzo tersengih.
"Manusia mortal? Berapa umur kau demon pemalas?" soal Sanzo pula.
"Demon pemalas? Umur aku? 560 tahun.." ujar Tez.
"Ceh budak lagi rupanya.." kata Sanzo melangkah memasuki pintu belakang dojo.
"Oi apa maksud kau?" soal Tez kehairanan.
Tez memasuki dojo tersebut dan merasakan sesuatu tidak kena,Sanzo hanya terus melangkah dan Tez sekadar mengangkat bahu. Dia mengekorinya dari belakang,Tez merasakan Sanzo bukan manusia biasa.
Pada masa yang sama juga,seseorang berdiri memerhatikan dojo tersebut. Senyuman sinis diberikan sebelum hilang dari pandangan,seorang lelaki tua perasan orang yang hilang itu.
"Magik ke apa?"
Sanzo bersila dan Pheara memberikan teh pada Tez,hanya anggukan sahaja daripada Tez sebaik Pheara meletakkan cawan teh.
"Awak sesat ke?" soal Pheara tersenyum.
"Err.. Saya baru kena halau dari tempat tinggal,sekarang saya ke sana sini tanpa hala tuju..." ujar Tez berdusta dan Sanzo hanya mengangkat sebelah kening kiri.
"Tuan rumah halau awak? Kesiannya.." Pheara simpati dan Sanzo terkejut kerana Pheara percayakan apa yang dikatakan oleh Tez.
"Ya.. Saya barunya sahaja kehilangan kerja,kerana tak bayar sewa saya dihalau.. Uuhh..." jelas Tez berpura-pura membuat muka kasihan.
"Sanzo apa kata awak beri dia tinggal sini?" cadang Pheara tersenyum menoleh ke arah Sanzo.
"Hah?" Sanzo terkejut.
"Please....?" rayu Pheara dengan membuat muka comel,Sanzo tergamam lalu menghela nafas pendek.
"Fine... He can stay..." Sanzo mengangguk dan Pheara tersenyum girang.
"Terima kasih Sanzo.." kata Pheara tersenyum manis.
"Oi. Kau.. Mari ikut aku,biar aku tunjukkan bilik dia..." kata Sanzo.
Pheara mengemaskan cawan dan teko,dia memerhatikan Sanzo dan Tez melangkah pergi. Dia hanya tersenyum dan bernyanyi sambil mengemas,Sanzo dan Tez tiba di hadapan pintu.
"Mulai hari ni,kau tinggal sini.. Ni bilik kau.." ujar Sanzo.
"Kenapa macam jauh dari bilik yang lain?" soal Tez mengangkat sebelah kanan keningnya,muka dicengkam oleh Sanzo.
"Kau membuat cerita palsu,mengumpan ehsan Pheara memujuk aku... Kau ingat aku tidak tahu?" soal Sanzo dengan muka menyeramkan.
"Hait.... Sumimasen.." ujar Tez ketakutan.
"Lagipun kau tu demon,takkan la kawasan gelap ni kau takut.." Sanzo berkata sebaik melepaskan cengkaman muka Tez.
"Biarpun aku demon tak bermakna aku berani!" ujar Tez geram.
"Sudah kau pergi masuk bilik kau.. Ni kuncinya.." balas Sanzo dan beredar meninggalkan Tez.
Tez hanya memegang kunci,memerhatikan Sanzo beredar dan tidak lama satu demon muncul. Tez mengeluh sahaja dengan kehadirannya,demon wanita yang agak seksi penampilannya.
"Lohrryn.. Aku dah kata,aku tak nak jadi Demon King seterusnya.." ujar Sanzo.
"Bagaimana dengan ayah awak?" soal demon wanita dipanggil Lohrryn itu.
"Aku tidak mahu ambil tahu pasal dia.. Biar dia pilih adik aku sahaja..." ujar Tez dan membuka kunci pintu.
Tez terkejut kerana bilik itu begitu kemas,malah seakan dijaga setiap hari. Lohrryn hanya kehairanan dan menyedari sesuatu,tetapi melihat Tez yang kagum itu. Lohrryn menghela nafas pendek,dia beredar dan keluar dari dojo.
"Tak elok tahu menyelinap ke dalam rumah orang lain..." sapa Sanzo sebaik Lohrryn keluar.
Lohrryn terkejut dan menoleh ke arah Sanzo,lelaki tersebut hanya menyandar dinding memerhatikan dia tanpa emosi. Lohrryn terkejut kerana Sanzo berjaya kesan dia,teknik halimunan dia adalah yang terbaik.
Lohrryn memerhatikan Sanzo dengan penuh minat,dia ingin tahu kenapa manusia seperti Sanzo mempunyai aura yang amat kuat?
Dia seperti melihat seorang dewa berdiri di hadapannya,Lohrryn menelan air liur. Tez pula pada masa yang sama hanya baring selamba di atas katilnya,sambil tersenyum kucing.
============================
Seorang lagi demon muncul,siapa Lohrryn ni pula ya?
Apa yang Sanzo akan lakukan pada demon perempuan itu?
Well guys
Simple je
Tunggu je la sambungan
Ciao
😂😂
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...