Seorang lelaki berambut hitam dengan anak mata biru,sedang berdiri di puncak gunung. Dia memegang tongkat sambil tersenyum,udara dihirup lalu dihelakan lega. Tapak kaki seseorang menapak,dia menoleh ke belakang dengan tersengih."Kau senyum macam tu apahal?" soal lelaki itu atau Ikhwan Syah Al'Solleh.
"Tak sangka kau datang.." kata lelaki berambut hitam,ataupun lebih tepat ialah Zane a.k.a Z.
"Aku dipanggil emperor god.." jelas Ikhwan.
"Ouh yeah? Apa yang dia nak?" soal Z.
"Hmm.. Sesuatu mengenai untuk pembangkitan askar kematian?" ujar Ikhwan dan Z membesarkan matanya.
"Tengok reaksi kau.. Nampaknya kau tahu mengenai benda tu?" soal Ikhwan tersenyum.
"Perkara itu mesti serius sehinggakan emperor mintak bantuan kau.." kata Z dan Ikhwan hanya mendiamkan diri kemudian memandang ke arah permandangan di hadapannya.
"Kau pula? Menyemak sini apahal?" soal Ikhwan.
"Hmm... Aku ada benda nak cari di sini..." jelas Z berfikir sejenak.
Aphys,Astia dan Ruka berpandangan. Mereka terkebil-kebil kemudian memandang ke arah lelaki eyepatch itu,Hazen Siegfried yang tersengih-sengih. Perutnya berkeruncung sekali lagi,Hazen hanya mampu tersenyum kelat. Ruka menghela nafas pendek,Astia dan Aphys memandang ke arahnya.
"Kita singgah di restoran ayah saya..." kata Ruka.
Seketika kemudian...
Hazen tergamam dan kagum melihat makanan yang dihidang,matanya bersinar-sinar dan memandang ke arah tiga orang gadis itu.
"Silakan makan..." ujar Ruka tersenyum.
Hazen tersenyum lebar dan menjamah makanan,dalam masa yang sama telefon Aphys berdering. Aphys kehairanan kenapa Sanzo menghubungi dia?
"Hello?" soal Aphys.
"Aphys? Kamu ada di mana?" suara Sanzo kedengaran di hujung talian.
"Kenapa ni?" soal Aphys dan Sanzo menghela nafas pendek.
"Boleh datang ke taman berdekatan dojo?" Sanzo menyoal kemudian Aphys mengangguk lalu matikan talian.
"Kenapa ni?" soal Astia.
"Abang Sanzo panggil saya.." ujar Aphys dan Astia tersengih.
"Jadi? Pergilah..! Mungkin ada hal penting..nanti saya menyusul.." duga Astia dan Aphys memandang ke arah Ruka,gadis berambut blonde hanya tersenyum lalu mengangguk bersetuju.
Aphys segera beredar dengan segera,dia kehairanan kenapa Sanzo memanggilnya. Tetapi dia harus berjumpa dengan Sanzo,entah kenapa dia teringat ibunya.
Akhirnya dia tiba di taman permainan berhampiran dojo,dia termengah-mengah dan menyedari Sanzo berdiri dengan muka yang sayu sambil tersenyum. Aphys kehairanan dan Pheara bersama Rhumiel,lalu seseorang berjalan keluar dari belakang Sanzo.
Aphys terkejut kerana Irish berdiri di hadapannya,dia tergamam bagaimana ibunya boleh berada di sini?
"Ibu?" soal Aphys membesarkan matanya.
"Ini ke Aphys? Adik kamu?" soal Irish dan Aphys kehairanan kenapa nada ibunya berbeza.
"Ya.. Inilah Aphys..." jelas Sanzo dan Irish menekup mulutnya lalu menangis,Aphys tidak faham apa yang berlaku.
"Aphys..." ujar Sanzo dan Aphys memandang ke arahnya.
"Untuk pengetahuan kamu.. Aku adalah abang kandung kau.." ujar Sanzo dan Aphys terkejut mendengar dari mulut Sanzo.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...