Chapter 51 : Hot Spring Bath

1.2K 134 14
                                    


Tez dengan muka yang serius dan berpeluh,kening kanannya bergerak-gerak. Giginya diketap rapat menyeringai sehingga nampak taringnya,dia membuka mulut dan bersuara.

"Onsen..." ujar Tez.

"Onsen?" soal Sanzo dan ketika itu,Takemikazuchi dan Ebisu turut ada bersama.

"Bukankah ini novel anime style?!! Kenapa tidak ada babak ke rumah mandian kolam air panas?!" soal Tez dengan muka yang serius.

"Betul juga.." ujar Ebisu.

"Oi jangan layan dia.." kata Sanzo.

"Sampai hati kau Sanzo! Kau tak nak tolong sepupu kesayangan kau ni ke?!" soal Tez dengan menangis.

"Siapa sepupu kesayangan hah?" bidas Sanzo dengan muka menahan geram.

"Kenapa kau nak pergi ke kolam air panas?" soal Takemikazuchi dan Tez tersenyum sinis.

"Ah dia dah mula..." kata Sanzo menekup muka.

"Aku nak intai Elene mandi!!" kata Tez dengan bangganya siap efek mercun roket di belakang (sila bayangkan)

Tetapi tepat pada masanya,Elene sudah berada di belakang lelaki tersebut ketika Tez menyuarakan hasrat dia. Sanzo,Takemikazuchi dan Ebisu segera beredar. Tez kehairanan dengan tindakan mereka,dia cuba memanggil mereka namun tidak dilayan.

"Ai.. Kenapa diorang lari? Itu kan impian lelaki.." kata Tez.

"Itu hanya awak seorang.." ujar Elene dan Tez menggeletar seluruh badan.

"Eh.. Elene.. Bila masa sampai.." ujar Tez tersenyum menelan air liur.

"Bila ya? Masa awak kata 'Aku nak intai Elene mandi' masa tu lah..." kata Elene tersenyum dan Tez mukanya pucat ternganga.

"Ha.. Ha.. Ha.. Elene sayang.. Itu.. Err.. Itu saya boleh jelaskan... Hehehe.." kata Tez menelan air liur dan jantungnya berdegup macam kelajuan keretapi.

"Tez..." ujar Elene dengan tersenyum.

"Ya sayang?" soal Tez terasa semacam.

"Sila meninggal?" kata Elene dengan senyuman mesra atau menakutkan?

Tez tersengih dan jeritan kuat kedengaran,Sanzo,Ebisu dan Takemikazuchi hanya mampu memerhatikan dari jauh. Siapa suruh cari pasal sangat,memang mendapatlah jawapannya.

"Uuuu...teruk tu.." ujar Takemikazuchi ngeri melihat Tez dibantai oleh Elene.

"Sudah tentu..salah dia sendiri.." jelas Sanzo.

"Tak apa ke biarkan dia macam tu?" soal Ebisu.

"Jangan risau dia immortal plus healing ability dia lebih pantas daripada aku..." jelas Sanzo lagi.

"Wauuu.. Lebih pantas dari The Great Immortal Sanzo.." ujar Takemikazuchi secara sarcasm.

"Itu gelaran orang lain,kang kena kecam karang.." balas Sanzo dan mereka berdua berpandangan hairan.

Sanzo beredar membiarkan dua dewa itu,menyaksikan Tez yang diseksa oleh Elene. Langkah dia terhenti dan memandang ke luar halaman,bunyi burung berkicauan dan ikan koi berenang diperhatikan.

"Onsen huh? Apa salahnya.." kata Sanzo tersenyum sendirian.

"Rumah Mandian Kolam Air Panas?" soal Pheara dan Sanzo mengangguk.

"Yeah.. Awak nak belajar mengenai tempat ini bukan?" soal Sanzo.

"Kalau macam tu kita nak ke mana?" Pheara bertanya kerana ingin tahu.

"Kawasan perumahan sini ada.. Tempat tu memang besar.." jelas Sanzo mengingati semula keadaan tempat itu.

Sanzo pada masa yang sama teringat ketika dia pergi ke rumah mandian kolam air panas itu,bersama Koharu suatu ketika dan dahulu. Sanzo hanya tersenyum kelat dan menghela nafas pendek.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now