Chapter 73 : Yamasato Kenji

1.1K 120 12
                                    


Irish dan Osiris berada di kedai makan,Osiris hanya tersenyum kelat melihat wajah Irish yang menahan bengang. Raut wajahnya jelas sedang marah,antara faktornya adalah daripada Kenji sudah pasti.

Air muka Irish yang marah sambil merenung Kenji yang melangkah masuk ke dalam kedai makan,lalu lelaki berambut panjang hitam menghampiri mereka. Malah lebih berani dia duduk bersebelahan Irish,Osiris menelan air liur kerana takut-takut Irish akan apa-apakan lelaki tersebut.

"Hai.." sapa Kenji tersenyum namun tiada balasan,Irish kekal dingin tidak memandangnya langsung.

Kenji sekadar tersenyum kelat,Osiris sekadar mendiamkan diri. Dia tidak mahu berbuat apa-apa,Kenji diam dan perhatikan Irish agak lama.

"Awak tahu.. Awak cantik dan ayu.. Muka marah hanya cacatkan kecantikan wajah awak.." kata Kenji dengan senyuman manis.

Irish tersentak dan Osiris tergamam kerana kata-kata Kenji,Osiris risau apakah tindakan Irish dan memandang dewi tersebut. Osiris membesarkan matanya terkejut,kerana Irish mukanya merah padma dan memandang ke arah Kenji.

Irish dan Kenji saling berbalas pandangan,Kenji tersenyum redup dan Irish terkejut dengan mukanya merona merah malu. Ini adalah kali pertama seseorang memuji wajah dia,selama ini dewa dan dewi takut untuk mendekatinya kerana sifat ketegasannya.

"Apa yang awak merepek ni? Kalau awak cuba memikat,lupakan.. Saya tidak akan tertipu..!" ujar Irish.

"Pikat? Mana ada? Saya puji ikhlas.. Awak memang cantik.." jelas Kenji tersenyum.

Irish terus terdiam dan menundukkan wajahnya,dia benar-benar segan. Osiris terkebil-kebil melihat keadaan tersebut,ini kali pertama Osiris melihat Irish berkeadaan begitu.

"Oh Osiris-san? Awak akan bermalam di sini? Waktu begini agak berbahaya jika kamu teruskan perjalanan.." kata Kenji mengubah topik.

"Err.. Kami tidak terfikir tentang itu.." ujar Osiris.

"Kalau begitu apa kata kamu tumpang di rumah saya?" soal Kenji tersenyum dan Osiris agak terkejut dengan pelawaan Kenji.

"Tidak apakah? Apa tidak menyusahkan kamu sekeluarga?" soal Osiris.

"Ouh.. Jangan risau,saya tinggal sendiri.." jelas Kenji dan Osiris terdiam,Irish mengangkat kepalanya menoleh ke arah Kenji.

Tanpa banyak soal Osiris meneriam pelawaan Kenji,Irish tiada pilihan lain selain mengikut Osiris. Rumah Kenji jenis sederhana,namun mampu muatkan dua atau tiga tetamu.

Tidak besar juga tidak kecil.

"Selamat datang ke rumah saya.. Jemput la masuk.." pelawa Kenji.

"Terima kasih..." ujar Osiris dan Irish menahannya dengan memegang bahunya.

"Apa?" soal Osiris kehairanan dan Irish merenungnya lama,kemudian melepaskan pegangan bahu Osiris.

"Tidak.. Tidak ada apa-apa.." balas Irish dan Osiris hanya mengangkat bahu.

"Jemput la duduk.." Kenji mempelawa dan mereka berdua menurut.

"Sekejap,saya sediakan minuman.." kata Kenji.

Kenji sekadar tersenyum dan menyediakan minuman untuk mereka berdua,dua cawan teh bunga dan Kenji duduk di hadapan mereka. Irish mengerling matanya ke arah sebilah pedang yang disangkut pada dinding,jelas aura yang begitu kuat dan besar dirasai dari pedang tersebut.

"Kau dapat rasakan sesuatu yang berbeza dari pedang tu ke?" soalan Kenji mengejutkan Irish.

"Apa maksud kau?" soal Irish.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now