Irish berjalan mencari Kenji dan Lucas,berdasarkan jejak mereka Irish tiba di satu tempat yang agak sunyi. Dia merasai aura yang menakutkan datang dari sebalik semak yang tebal,Irish berjalan dengan berhati-hati ke arah semak tersebut.TANG!
KTANG!!
ZTANG!!
Kenji dan Mazus berbalas tangkisan pedang,Mazus dilihat bukan sembarangan musuh yang mudah dikalahkan. Setiap serangannya amat jitu dan padu,Kenji tersenyum teruja kerana menghadapi musuh yang hebat.
TANG!!!
"Kau hebat manusia! Tiada manusia yang mampu menandingi aku selama ini..." ujar Mazus teruja.
"Tolonglah.. Jangan berlagak hebat sangat.." balas Kenji menghayunkan pedangnya,Mazus terseret ke belakang sebaik menangkis hayunan Kenji.
"Menarik... Menarik..." ujar Mazus menundukkan wajahnya,Kenji memusingkan pedangnya.
"MENARIK MANUSIA!! BERIKAN AKU KESERONOKAN LAGI!!" Jerit Mazus dan terus meluru ke arah Kenji.
KTANG!!
KTANG!!
TANG!!
Kenji menepis dan menangkis setiap hayunan buas Mazus,ternyata Mazus belum menunjukkan kuasa penuh. Kenji menghelakan nafas lalu menghayunkan libasan,sekelip mata dada Mazus berdarah hitam memancut keluar.
Mazus terkejut dan Kenji hanya merenungnya,suasana tegang seketika dan aura gelap meletus lalu menyebabkan Kenji tercampak. Lucas turut terkejut melihat Kenji menyeret lalu berhenti di sebelahnya,Mazus mula berang dan marah.
"Perlukan pertolongan?" soal Lucas tersengih dan Kenji mencebik.
"Jangan sengih pada aku masa kau dalam demon form,jijik!" ujar Kenji terus meluru ke arah Mazus semula.
"Hek eleh.. Ini bentuk demon aku kot? Nak aku buat macam mana lagi?!" ujar Lucas tidak puas hati.
KRAANG!!
Kenji dan Mazus sekali lagi berlaga pedang,mereka berbalas senyuman dan ternyata mereka menikmati pertarungan tersebut.
KTANG!!
TANG!!
KRAANG!!
"Bahahaha!!! Human! You really something else!" ujar Mazus.
Kenji tidak menjawab dan terus menghayunkan pedangnya,Mazus menahan dengan terkial-kial dan tangannya mula terasa kebas. Kenji menarik nafas panjang,lalu hayunkan sekali lagi dan Mazus mengetap gigi.
"SIAL KAU MANUSIA!!" Mazus berteriak dan Kenji menghayunkan sekali lagi,pedang Mazus terlepas dari pegangannya.
Mazus terkejut dan pedangnya terpacak di belakangnya,Mazus tergamam dan Kenji menghela nafas pendek sambil memegang erat pedangnya.
"Ada kata-kata terakhir?" soal Kenji dan Mazus tersenyum sinis.
Kenji kehairanan dan terus ingin menghayunkan pedang,namun saat dia hayunkan pedangnya sesuatu muncul di sebelahnya. Seekor lagi demon tahap tinggi selain Mazus?
"Teruk!" Kenji tidak boleh hentikan hayunannya,selain mengelakkan serangan demon seekor lagi.
KTANG!!!!
Irish muncul tepat pada masanya dan menahan serangan demon itu,Kenji terkejut begitu juga Lucas. Suasana menjadi tegang dan Irish,melakukan hayunan yang kuat dan mencampakkan demon tersebut. Kenji terkejut dengan kehadiran Irish,demon itu pula segera menghampiri Mazus.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...